Friday 26 April 2013

BAHASA ARAB BAHASA SYURGA

BAHASA ARAB BAHASA SYURGA
اللغة العربية لغة الجنة




BAHASA ARAB WAJIB DIPELAJARI  OLEH SETIAP PELAJAR ISLAM

 Bahasa Arab merupakan bahasa ibunda orang Arab, samalah juga dengan bahasa Melayu yang merupakan 
bahasa ibunda bagi orang Melayu. Orang Arab tinggal di sekitar tanah Arab yang bermula di Iraq di Timur 
Tengah sehinggalah di Maghribi yang terletak di Barat Afrika. Istimewanya bahasa Arab ini adalah kerana 
ia merupakan bahasa ibunda kepada kekasih agung Rasulullah S.A.W. Selain daripada bahasa Inggeris, 
bahasa Arab juga turut diajar dalam sistem pendidikan kebangsaan namun ia bersifat selektif dan tidak
diwajibkan kepada semua pelajar sebagaimana bahasa Inggeris. Sepatutnya bahasa Arab ini perlu 
diwajibkan pembelajarannya kepada semua pelajar yang beragama Islam atas sebab-sebab yang tertentu.




Antaranya adalah kerana bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran. Seperti semua sedia maklum,
Al-Quran merupakan mukjizat agung Nabi Muhammad S.A.W. yang masih kekal hingga ke hari ini
dan baginda sendiri pernah bersabda bahawa sesiapa yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadith
tidak akan tersesat. Oleh itu, amat penting bagi setiap muslim untuk memahami bahasa Arab. Terdapat
juga sesetengah pihak yang mengatakan bahawa tidak perlu diwajibkan subjek bahasa Arab kepada 
setiap pelajar Islam kerana sudah wujud banyak terjemahan-terjemahan dan tafsiran-tafsiran Al-Quran 
di pasaran. Pendapat ini secara hakikatnya memang sahih, akan tetapi berapa kerat sahaja pelajar yang 
rajin membuka helaian-helaian tafsiran untuk mengetahui maksudnya? Mana yang lebih banyak, 
pelajar yang membuka terjemahan atau mereka yang membaca Al-Quran tanpa mengetahui sebarang 
maksud? Realitinya dek kerana tidak tahu bahasa Arab, terlampau ramai dalam kalangan generasi baru
 pada hari ini yang tidak mengetahui dan tidak memahami mesej yang disampaikan oleh AllahTaala 
melalui Al-Quran dan ajaran Rasulullah melalui kitab-kitab hadith nabawi. Tuntasnya, subjek 
bahasa arab seharusnya diwajibkan kepada semua pelajar Islam atas dasar ingin memahami maksud 
Al-Quran dan menghayati hadith Nabi S.A.W.


Selain itu, pemahaman bahasa Arab adalah sangat penting dalam bab solat. Solat yang khusyuk
akan datang daripada hati yang memahami setiap kata-kata yang diucapkan dalam solat.
Seperti yang semua sudah maklum, solat adalah salah satu jambatan bagi menghubungkan
manusia dengan Sang Pencipta. Jika orang yang menunaikan solat itu tidak faham tentang apa
yang diucapkan melalui takbir, tahmid dan surah-surah yang dibaca, maka samalah nilai solatnya
dengan keadaan mengigau. Sewaktu mengigau, tiada seorangpun yang tahu akan perkataan yang
diucapkan. Adakah kita mahu reda dengan nilai solat kita yang sama dengan nilai mengigau?
Adakah Allah Taala akan menerima solat yang tidak berkualiti seperti itu? Sudah semestinya
jawapannya adalah tidak! Sudah tentu kita akan cuba mempersembahkan solat yang berkualiti tinggi
yang mempunyai khusyuk dan penghayatan tentang pengabdian diri kepada Allah Taala. Barulah
solat kita akan diterima dan dikira sebagai amalan yang boleh memberatkan timbangan mizan
di akhirat nanti. Untuk memastikan solat kita pada tahap yang direstui oleh Allah Taala, maka seharusnya
 bahasa Arab ini diajar supaya segala ucapan dalam solat dapat difahami dan dihayati oleh semua muslim
 bermula di peringkat sekolah lagi.


Di samping itu, bahasa Arab adalah roh Islam sebagaimana yang pernah diperkatakan oleh Hassan
Al-Banna. Bahasa Arab telah melalui proses islamisasi sepanjang tempoh penyebaran Islam pada zaman
Nabi Muhammad S.A.W. Pendifinisian sesetengah huruf itu telah diperkuatkan dengan nilai-nilai Islam.
Sebagai contohnya perkataan “kareem” yang membawa maksud mulia telah diislamisasikan dengan
dimasukkan nilai taqwa ke dalamnya. Hal ini boleh dibuktikan dengan melihat intipati ayat ke-13
dalam surah Al-Hujurat. Nyatalah di sini bahawa penghayatan bahasa Arab membawa maksud
penghayatan mesej Islam. Bahasa Arab dikatakan sebagai roh Islam juga atas faktor pemusatan
keilmuan Islam dahulu yang tertumpu di sekitar jazirah Arab. Suatu ketika dahulu, ramai penganut
Islam dari seluruh dunia datang ke tanah Arab untuk belajar tentang Islam disebabkan oleh di situlah
berkumpulnya segala jenis ilmu Islam sejak disebarkan oleh Rasulullah S.A.W. sehinggalah kepada
pembentukan pelbagai jenis mazhab. Bahasa Arab merupakan medium perantaraan. Begitu kayanya bahasa
Arab dengan ilmu-ilmu Islam, maka tidak hairanlah mengapa Tok Kenali memperkenalkan ilmu nahu
kepada para pelajarnya sewaktu beliau giat menyebarkan ilmu satu ketika dahulu di Kelantan. Oleh sebab
 itu, perlu untuk kita mewajibkan semua pelajar Islam belajar bahasa Arab untuk memudahkan mereka
menguasai banyak lapangan ilmu dalam Islam.


Konklusinya, berdasarkan sebab-sebab yang telah dikemukan maka amatlah wajar bagi
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mewajibkan semua pelajar
 Islam belajar bahasa Arab dan menjadikannya sebahagian daripada pelan-pelan pendidikan.
Meskipun ada sesetengah pihak yang melihat usaha ini sebagai tidak memberikan apa-apa manfaat
dalam kemajuan negara, perlu kita ingat di sini bahawa sistem pendidikan dalam Islam tidak
hanya menekankan aspek menjadikan rakyat sebagai pekerja yang taat sahaja. Ia mempunyai matlamat
yang lebih utama iaitu untuk melahirkan hamba Allah yang soleh. Saya menyeru kepada semua pihak
supaya tidak memandang  remeh hal ini dan menganggap ia perlu ditolak ke tepi. Semoga dalam
merencana kemajuan sahsiah rakyat, kita menemui sesuatu yang mampu memberikan impak
yang tinggi dan bahasa Arab diyakini mampu menjadi faktor penyumbang yang kukuh dan kuat.




UCAPAN YANG BIASA DIGUNAKAN  BAHASA ARAB
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Bismillah_ir Rahmani_ir Rahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sejahtera ke atas anda
Assalamualaikum
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Selamat datang
Ahlan wa sahlan
اَهْلاً وَسَهْلاً
Selamat datang buat anda
Ahlan bik
أهْلاًً بِيْك
Dengan suka cita
Bikullis surur
بِكُلِّ سُّرُور
Awak apa khabar? 
Anta, khaifahaluk?
 أنْتَ كَيْفَ حَالُك؟
Baik, terima kasih
 Toyyib, syukran
طَيْب، شُكْراً
Selamat pagi
 Sobahul khair
صَبَاحُ الْخَيْر
Selamat pagi
 Sobahun nur
صَبَاحُ النُّوْر
Selamat pagi
 Sobahul ful
صباح الفول
Selamat pagi
 Sobahus surur
صَبَاحُ السُّرُور
Bagaimana keadaan awak pagi ni?
Kaifa asbahtum?
كَيْفَ اصْبَحْتُمْ؟
Selamat petang
Masa ul khair
مَسَاءُ الْخَيْر
Selamat petang
Masa un nur
مساء النور
Selamat malam
Tusbihu ‘alal khair
تصبح الخير
Bagaimana keadaan awak petang ini?
Khaifa amsaitum?
كيف أمسيتم؟
Silakan semua
Tafaddalu
تَفَضَّل
Saya harap Arju
أرْجُو
Kami baik dan sihat
Nahnu bikhair walhamdulillah
نَحْنُ بِخَيْر، وَالْحَمْدُ لله
Dari mana awak datang?
Min aina jik ta?
من أين جئت؟
Awak dari mana?
Min aina anta?
مِنْ اَيْنَ اَنْتَ
Silakan masuk, saudara
 Ya akhi, ud khul
اُدْخُلْ يَا أَخِيْ
Silakan minum
Tafaddal, isyrab
تَفَضّلْ إشْرَب
Berapa umur awak?
Kam umruk?
كَمْ عُمْرُكَ
Terima kasih
Syukran
أشْكُرُكَ
Terima kasih kepada anda
Asy kurukum
أشْكُرُكُمْ
Terima kasih atas pertolongan anda
Syukran li musa ‘adatik
شُكْرًا لِمُسَاعَدَتِكَ
Terima kasih banyak
Syukran jazilan
شُكْرًا جَزِيْلً
Terima kasih banyak
 Syukran khatira
شُكْرًا كَثِيْرًا
Terima kasih untukmu
Asy syukru lak
الشُّكْرُ لَك
Semoga Allah membalas kebaikkanmu
Jazakallahu khaira
جَزَاكَ اللهُ خَيْر
Ya
Na’am
نَعَمْ
Ya, benar
Na’am, sohih
نَعَمْ ، صَحِيْحًٌ
Baiklah
Hasanan
حَسَنًا
Tidak
La
لا
Tidak, salah
La, khoto’
لا، خطأ
Awak tahu atau tidak?
Anta ta’rif au la’?
أنت تعريف أو لا؟
Awak pintar
Anta zakiun
أنا ذكي
Awak semua faham?
Hal antum tafhamun?
هل أنتم تفهمون؟
Adakah awak tahu?
A ta’rif?
أتعرف؟
Ya, kami tahu
 Na’am, na’rif
نعم، نعرف
Berhenti semua
Kifu
قفوا
Sudah lama awak tidak meziarahi saya
Ma zur tani min zaman
ما زرتني من زمان
Saya juga demikian
Wa ana kazalik
أنا كذلك
Dimana rumah awak?
Aina baituk?
أين بيتك
Wahai anak
Aiyuhal walad
أيها الولد
Berapa harganya?
Kam si3ruhu?
كم سعره؟
Lihatlah
Unzur
أنظر
Maaf
Ma3zirah
معذرة
Akur
Sam’an wa to’atan
سمعا وطعة
Tidak mengapa
La ba’ sa
لا بأس به
Tiada apa-apa
La syaik
لا شيء
Saya tidak bermaksud
Laisa min qaSdi
ليس من قصدي
Saya meminta maaf
Ana aasif
أنا آسف
Mari ke sini
Ta’al huna
تعال هنا
Saya lupa
Ana Nasit
أنا نسيت - نسيت
Saya akan hubungi awak
Sa attaSil bik
ساتصل بيك
Tunggu sebentar
 Intazir lahzah
إنتظار لحظة
Saya tidak boleh
La aqdar
لا أقدر
Saya hadir
Ana hadir
أنا حاضر
Saya tidak hadir
Ana ghaib
أنا غائب
Awak rajin
 Anta nasyit
أنت نشيط
Ulang sekali lagi
Raddid marratan ukhra
كرر مرة أخرى
Cepat!
Bi sur ’ah
بسرعة
Sangat cantik
 
Jamilatun jiddan
جميلةٌ جداً
Sangat besar
 Kabiratun jiddan
كبيرةٌ جداً
Awak lewat Anta
muta akhhir
متى أخر
Saya sakit
Ana mari
D
أنا مريض
Saya gembira sangat
Ana farhan jiddan
أنا فرحان جداً
Saya takut sangat
Ana kha'if jiddan
أنا خائف جداً
Saya lapar
Ana jau ‘an
أنا جوعان
Saya kenyang
Ana syab ‘an
أنا شبعان
Ajarkan saya
 3allim ni
علمني
Boleh saya bertanya?
Hal yumkini an as al
هل يمكنني  أن أسال؟
Bertenang
Ihda’
إهداء
Selamat tinggal
Wada ‘an
وداعاً
Selamat tinggal
Ilal liqa’
إِلَى اللِقَاء
Semoga dalam keamanan
 Fi amanillah
فِي أَمَانِ الله
Samoga Allah menyembuhkan awak
shafaaka Allah
شفاك الله
Apa yang awak rasa
Maza tash ‘ur
ماذا تشعر؟
Awak telah mengingatkan saya
 Zakkar tani
ذكرتني
Adakah ini betul?
hal haza sohih?
هل هذا صحيح؟
Sangat menarik
 Mumti ‘un jiddan
ممتع جداً
Menakjubkan
Ajib
عجيب، سبحان الله
Bersabarlah
ISbir
اصبر
Tawakklah kepada Allah
Tawwakkal ‘alallah
توكل على الله
Rahmatilah kami
Irhamna
ارحمنا
Tolonglah kami
Saa3id na
ساعدنا
Selamatkanlah kami
Qi na
قنا
Ambil ini
Khuz haza
خذ هذا
Tinggalkannya
Utruk hu
اتركه
Cuba
Jarrib
جَرِّب
Sebelum
Qabla
قَبْلَ
Selepas
 Ba3da
بَعْدَ
Minggu ini
Hazal usbu’
هذا الاسبوع
Minggu hadapan
Usbu ‘ul qaadim
الاسبوع القادم
Saya sangat memerlukannya
Ahtaju ilaihi jidaan
أنا احتاج إليه جداً
Saya hendak pergi
Uriduz zahab
أريد الذهب
Saya hendak belajar
Uridut ta3alum
أُرِيْدُ التَّعَلَّم
Saya rindukan awak
Ana musytaqun ilaik
أنا مشتاقٌ عليه
Saya cintakan awak
Ana uhibbuk
أنَا أُحِبُّك

No comments:

Post a Comment