Friday 26 April 2013

Pisang Buahan Dalam Syurga


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum, pernah makan pisang? Ana yakin, semua orang pernah makan pisang. Tetapi, tahukan anda bahawa pisang adalah salah satu daripada buah yang telah disebutkan di dalam Al-Quran. Pernah tahu? Mungkin ada yang sudah tahu, dan mungkin ada yang masih belum tahu. Saya di sini ingin kongsikan apa yang telah saya ketahui kepada seluruh pembaca yang budiman.

Mana mungkin kita tahu jika tidak diberitahu. Ana kongsikan untuk pengenalan dan sebahagian sahaja isi kandungan mengenai pisang ini. Insya-Allah. Sekadar yang ana ada, ana akan kongsikan. Tajuk sebenar mengenai artikel ini ialah seperti di bawah :-

PISANG MENURUT AL-QURAN DAN SAINS
PENGENALAN

Di dalam Al-Quran banyak disebutkan mengenai asas untuk pelbagai bidang untuk manusia mengkaji dan memanfaatkannya dalam pembangunan teknologi. Disebaliknya tersimpan pelbagai hikmah yang tersurat dan tersirat. Oleh yang demikian, untuk mendapatkannya perlulah kepada usaha mengkaji dan membongkar rahsianya baik dari bidang sains atau pun bidang-bidang yang lain. Dalam bidang sains, segala penceritaan mengenainya sudah cukup untuk memberikan idea yang boleh membawa tamadun manusia lebih maju dan jauh ke hadapan. Oleh yang demikian, suatu kajian penafsiran dan kajian sains mengenai perkataan pisang dibuat bagi menyahut seruan untuk membawa kembali hikmah yang telah hilang suatu masa dahulu. Walaupun ianya amat sedikit, sekurang-kurangnya boleh menjadi perintis kepada kajian yang seterusnya.


Pisang atau nama saintifiknya dikenali sebagai Musa sp. yang dikenali di dalam pelbagai nama di seluruh dunia. Antara nama yang digunakan untuk merujuk kepada pisang ialah banana, bananier (Perancis), bananen, bananenpisang, bananenstaude (Jerman), banana (Spain, Amerika Latin), chotda banana (Jepun), djantoong, getang, pisang (Indonesia), pisang (Malaysia), saging (Filipina) dan barbaro, zapolete (Mexico). Terdapat lima jenis taksonomi di bawah genus Musa, dua daripadanya ialah pisang yang boleh dimakan. Musa sp. ini adalah daripada Famili Musaceae  Di bawah order Zingiberales. 


PETIKAN AYAT AL-QURAN MENGENAI PISANG

Pisang atau Talhin telah disebut sekali di dalam Al-Quran pada Surah ke 56 iaitu Surah Al-Waqi’ah ayat yang ke 29 :-

ﮍ ﮎ ﮏ

[Ayat : 29] Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya.[1]

Mengikut Tafsir Ibn Kathir yang dimaksudkan Talh ialah “(Talh Mandud) means: "The banana tree.'' And he (Ibn Abi Hatim) said, "Similar is reported from Ibn `Abbas, Abu Hurayrah, Al-Hasan, `Ikrimah, Qasamah bin Zuhayr, Qatadah and Abu Hazrah. '' Mujahid and Ibn Zayd said similalry, Ibn Zayd added, "The people of Yemen call the banana tree, Talh.'' Ibn Jarir mentioned no other explanation for Talh.”[2]

Tafsiran ini membawa maksud Talhin ialah pokok pisang yang mana telah disebutkan juga oleh Ibn ‘Abbas, Abu Hurayrah, Al-Hasan, ‘Ikrimah, Qasamah bin Zuhyr, Qatadah dan Abu Hazrah. Dikatakan juga perkara yang sama oleh Mujahid dan Ibn Zayd menambah bahawa orang Yamen memanggil pokok pisang dengan panggilan Talh. Walaubagaimana pun, Ibn Jarir menyebut tiada penerangan lain mengenai Talh. Tetapi dapat difahami maksud tafsiran ini ialah merujuk kepada pokok pisang.

Menurut Tafsir Al-Jalalayn, ayat tersebut bermaksud “and clustered plantains, banana trees, [weighed down] with its load [of fruit] from top to bottom,[3] Tafsiran ini pula menyebut mengenai buah tropika yang bergugusan (banyak), pokok pisang dan sifat buahnya yang bermula daripada atas ke bawah. Dapat difahami juga, tafsiran ini merujuk kepada pisang.

Mengikut Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs maksud ayat tersebut ialah “(And clustered plantains) and clustered banana trees; and it is also said that this means: continuous and uninterrupted,”[4] Tafsiran ini juga menyebutkan talha itu ialah buah tropika yang bergugus (banyak) dan pokok pisang serta juga bermaksud berterusan dan tidak diganggu. Memberikan maksud pisang tersebut dan juga menyebutkan keadaannya pertumbuhannya yang tidak digangu dan berterusan ataupun memberi maksud keadaan tanpa gangguan.

Mengikut Tafsir Filzilali Qur’an, ayat 29 tersebut ditafsirkan dengan maksud, “Dan pokok-pokok talha yang tersusun rapi.” Talha ialah sejenis pokok dari pokok-pokok yang tumbuh di Hijaz dari sejenis pokok-pokok besar yang renek dan berduri, tetapi pokok talha di sini tersusun rapi mudah diambil tanpa penat dan sulit.[5] Tafsiran ini pula tidak menyebut talha itu pokok pisang, tetapi menerangkan sifat pokok itu yang tersusun elok dan mudah untuk diambil. Tafsiran ini difahami merujuk kepada pokok Accacia dengan cara pentafsiran sifat pokok tersebut.

Walaupun terdapat pelbagai tafsiran, pisang adalah tafsiran yang banyak digunakan. Namun, dalam bahasa arab juga menggunakan موز (mauzun) sebagai pisang juga. Dan perkataan itulah yang biasa digunakan mereka untuk merujuk kepada pisang. Ada juga yang menyatakan bahawa طلح (talh) itu adalah pokok yang berduri seperti Acacia dalam Famili Fabaceae.


INFO LAIN MENARIK TENTANG PISANG.


Pisang Buahan Dalam Syurga



Pisang


Perhatian:



Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”



PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Diharapkan, perkongsian ini dapat menambah pengetahuan kita kepada ciptaan Allah serta kalam Allah dan mendapat manfaat daripadanya. Insya-Allah.


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Sekian, Terima kasih.
www.pusrapi.com

No comments:

Post a Comment