Sunday 21 April 2013

Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kita tidak akan tahu bila Malaikat Maut akan datang menjemput kita, adakah amalan kita suda cukup untuk dihadapkan di depan Allah S.A.W? adakah kita digolongan yang beriman? Mari kita lihat apakah tanda-tandanya apabila kematian semakin dekat dengan kita.

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT;Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu matimaka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.



Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.




7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.



3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.






Inilah yang terjadi pada tubuh badan di alam kubur
Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun selepas itu.



malam Pertama

Di kuburan pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan mempunyai satu warna saja.

malam Kedua

Di kuburan, mulailah ahli-ahli badan mayat seperti limpa, hati, paru-paru dan perut.



hari Ketiga

Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluatkan bau busuk tidak sedap.



seminggu Setelah itu

Wajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua-dua lisan dan pipi.



Setelah 10 hari

Tetap terjadi pembusukan pada kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut, perut, perut, limpa ..



Setelah 2 Minggu

Rambut mulai gugur



Setelah 15 Hari

Lalat hijau akan mula boleh mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuhnya



Setelah 6 Bulan

Yang tersisa hanya rangka tulang saja.



Setelah 25 Tahun

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan mencari satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.



Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh badan yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itulah, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.

KEMATIAN ITU URUSAN ALLAH S.W.T
SEBAGAI HAMBA ALLAH SENTIASALAH KITA MEMOHON KEAMPUNAN & REDHA ALLAH DUNIA & AKHIRAT


Kematian itu adalah pasti.

Ada sesiapa yang tidak percaya dia akan mati bila-bila masa sahaja daripada sekarang?

Manusia yang hidup semuanya akan berakhir dengan mati.

Dan kematian tidak mengenal usia atau tahap kesihatan.

Tak semestinya bila dah tua baru kematian menjemput.

Tak semestinya bila sakit baru mati.

Sekelip mata sahaja Allah SWT boleh tarik nyawa seseorang itu tanpa sebab.


Contoh paling jelas ialah mati disebabkan kemalangan.

Orang yang paling sihatpun boleh mati bila accident kan.

Orang yang memandu dengan cukup berhemahpun boleh terlibat dengan accident sebab accident akan melibatkan 2 pihak ataupun lebih.

Kalau kita berhemah tetapi pihak satu lagi memandu secara berbahaya, accident tetap akan berlaku.

Adakalanya accident berlaku disebabkan brek tiba-tiba tak berfungsi, jalan tiba-tiba licin ataupun bermacam punca accident lain yang kita tak dapat jangkakan.

Penunggang motosikal paling tinggi risiko terkorban bila accident berbanding kenderaan lain.
Itu salah satu contoh paling mudah kematian tidak mengenal usia dan tahap kesihatan.
Ada banyak contoh lain seperti kematian akibat dibunuh.



Selain daripada itu, ada juga yang mati akibat kompilasi selepas pembedahan (jantung, buang tumor, dll)

ataupun selepas beranak (perempuan) Tragis yang berlaku pada sesetengah insan Allah S.W.T sebab dia hidup lagi lepas lahirkan baby tapi mati beberapa minit selepas itu.



Bila kita tengok di TV (Berita-berita) dan baca surat khabar atau artikel di blog-blog berkenaan mati, adakah kita terfikir yang kita juga akan mati suatu hari nanti?

Adakah kita dah bersedia untuk hadapinya?

Apa yang dimaksudkan adalah bekalan untuk bertemuNya nanti audit diri cukupkah?

Dalam pada kita mengejar dunia, jangan dilupa bekalan untuk akhirat.



Sedikit tertarik dengan kata-kata di bawah ini;



"Apabila bangun daripada tidur setiap hari, panjatlah rasa syukur padaNya kerana masih diberi peluang bernafas di bumiNya sehari lagi, bekerjalah pada hari ini seolah-olah akan hidup selamanya dan beribadatlah kamu hari ini seolah-oleh kamu akan mati keesokannya"

KES KEMATIAN MENGEJUT BERLAKU DIMANA-MANA
CONTOH KES KEMATIAN YANG BERLAKU DI MALAYSIA.
BANYAK ISTIGHFAR PADA ALLAH S.W.T
BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

MOHD NORDIN AHMAD BAKRI 
JATUH AKIBAT SERANGAN JANTUNG.


KUALA LUMPUR, - Walaupun ajal maut adalah ketentuan Ilahi tetapi beberapa insiden yang berlaku pada hari kejadian Mohd Nordin Ahmad Bakri meninggal dunia di depan pejabat Perdana Menteri amat mengecewakan rakyat.
Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani ada beberapa faktor turut bertanggungjawab menyumbang berlakunya kes kematian itu.
Antaranya kelewatan ketibaan pihak doktor dan ambulan ke tempat kejadian melebihi 20 minit walaupun Hospital Putrajaya terletak lebih kurang 4.3 kilometer dari tempat kejadian yang mana dijangka boleh sampai dalam masa 5 minit menggunakan kenderaan ambulan.
Mohd Nordin meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 12 April lepas dipercayai akibat serangan jantung ketika berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.
Beliau dipercayai meninggal akibat dari lambat diberikan bantuan kecemasan.
Taufek juga turut mempersoalkan, apakah tidak ada pasukan paramedik yang bertugas sepenuh masa di pejabat Perdana Menteri bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian kecemasan?
"Tidak mustahil, ia boleh melibatkan kejadian yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di Pejabat Perdana Menteri termasuk YAB Perdana Menteri?," kata Taufek dalam sidang media di lobi Parlimen petang tadi.
Malah beliau juga mempertikaikan pegawai-pegawai kerajaan tidak diberi latihan kecemasan seperti memberi bantuan penafasan kecemasan khususnya pihak anggota polis bagi menghadapi kes-kes kecemasan seperti yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Nordin.
Tegasnya, pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sewajarnya menjadi pejabat yang mempunyai kemudahan mesra rakyat di mana rakyat yang hadir untuk berjumpa beliau diberi keutamaan dan kemudahan yang sesuai.
"Apa yang boleh disimpulkan daripada kejadian ini Putrajaya yang dicanang sebagai pusat Petadbiran Negara yang canggih dan moden sebenarnya masih jauh ketinggalan dan perlu dilakukan transformasi segera," katanya.
Justeru itu katanya yang juga mewakili Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah, Perdana menteri sewajarnya memberi bantuan kepada keluarga mangsa iaitu isteri dan lima orang anak di mana 3 daripadanya masih bersekolah.
Beliau menuntut satu siasatan terperinci dijalankan oleh polis berdasarkan laporan polis yang telah dibuat di Putrajaya pada hari ini bagi memastikan kejadian sama dapat dielakkan dari berulang pada masa depan.
--Harakahdaily

HIDUP INI ADA HENTINYA...

Adakala kita merasakan kehidupan ini akan berterusan tanpa hujungnya lalu jiwa kita terasa selesa dengan kesenangan dunia. Adakala impian kita untuk kehidupan sementara ini mendaki kemuncak tertinggi di dalam jiwa lalu merasai dunia itu milik kita selamanya. Ketika itu kita lupa bahawa kehidupan kita ini ada titik hentinya lalu kita melupakan tempat kembali kita yang hakiki.

Ketika itulah, ketika jiwa terputus hubungan dengan yang menjadikannya serta mengurniakannya kehidupan lalu jiwa kita menjadi kering dan hilang kepekaan. Lalu kita menyangkakan keseronokan itu kebahagiaan dan nafsu itu jalan menujunya. Kita teraba-raba mencari ketenangan lalu kita temui keserabutan, kita mencari kelapangan lalu kita menemui kesempitan jiwa . Kita sudah lupa hakikat diri dan kesementaraan hidup ini hingga kita hanya melihat kesalahan pada manusia lain, kita menyalahkan takdir untuk segala petaka yang hadir.

Melupakan mati adalah kematian jiwa manakala mengingatinya adalah kehidupan yang sebenar. Mengingati kematian tidak menjadikan kita cetek pemikiran atau pendek aqal bahkan kita dapat menghayati keluasan kehidupan. Kematian adalah peringatan untuk setiap kelalaian dan guru bagi setiap kejahilan. Mengingati kematian menjadikan jiwa kita hidup dan penuh harapan serta mewarnai hidup dengan perjuangan. Mengingati kematian adalah penghubung jiwa kepada sumber segala kehidupan; Allah Robbul Jalil, Rabb sekelian alam.

Mengingati mati adalah sumber kekayaan jiwa hingga kita tidak lagi lemah menghadapi kehidupan beserta halangannya.

“Sesiapa yang ingin terus ‘hidup’ harus memiliki sebanyak mungkin kekayaan jiwa. Inilah kunci-kunci untuk membongkar segala kelemahan. Semua ini akan menjadikan jiwa kita tenang dalam kesibukan, tersenyum dalam kesedihan, jiwa tinggi di bawah tekanan, bergerak dalam kepayahan, optimis mendepani halangan dan gembira dalam segala kesulitan.”
Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sedar siapa dirinya di depan Allah SWT lalu dia menjadikan seluruh hidupnya sebagai ketundukan dan kepatuhan. Dia sentiasa memperbaharui keimanan, keikhlasan, keberanian, kesabaran dan keteguhan jiwa. Lalu jiwanya mampu istiqamah ketika mengharungi hari-hari dimana jiwanya kadang-kadang terasa sunyi dan bersendiri.

Pada ketika itulah jiwanya akan dapati kemudahan dalam setiap kesukaran, kelapangan dalam setiap kesempitan, apabila ia berkata-kata maka kata-kata itu sampai pada hati-hati manusia, apabila ia beramal maka amalannya menjadi contoh pada jiwa manusia dan apabila ia muncul dikhalayak ramai maka mata-mata tertumpu padanya lalu ketenangan hatinya mengalir masuk kejiwa-jiwa yang keresahan dan dahagakan keimanan.
      
Kematian Hadir Tanpa Diduga.

     Kematian hadir tanpa duga. Tiada siapa tahu bila dan dimana. Namun ada insan yang kecewa dengan hidup dan berangan untuk mati. Mereka sanggup terjun bangunan setinggi lapan belas tingkat untuk mengakhiri hidup akibat putus cinta. Mereka fikir, mati itu satu kemanisan dan penyelesai segala kekusutan hidup. Biar mati terhina daripada hidup terseksa! Mereka tidak sedar mati begitu menyakitkan ibarat dicincang oleh seratus bilah pisau. Apatahlagi mati dalam keadaan kufur. Roh yang keluar amat busuk dan dikutuk oleh sekalian makhluk. Segala binatang dan makhluk boleh melihat roh melainkan manusia dan jin sahaja yang tidak diizinkan Allah untuk melihatnya. 

     Roh itu dicaci dan terawang-awang dengan penuh kekesalan. Tapi lain pula halnya bagi calon syurga. Daripada hadith, bahasanya pada mukmin, apabila putus hubungannya dari dunia dan berhadapan dengan akhirat, saat hembus nafas, turunlah atas mukmin itu malaikat dari langit. Putih segala mukanya seolah-olah mereka itu matahari dan serta dengan mereka itu kapan daripada kapan syurga - jika si jenazah adalah calon syurga. Maka duduklah malaikat itu disisi mukmin itu sejauh sepandang mata. Kemudian malaikat maut pun datang, duduk dekat kepalanya lalu berkata, “Keluarlah olehmu hei nafsu mutmainnah. 

    Kembalilah olehmu kepada keampunan Allah dan keredhaan Nya.. sabda Nabi maka keluarlah ia dan mengalir dari badannya seperti mengalir titiknya air dari bekasnya. Maka malaikat ambil akan nafsu tadi dan diserahkan kepada malaikat rahmat. Dia menghantar nafsu itu. Dan terhidulah bau wangi nafsu itu seperti bau kasturi. Masyarakat umum mempercayai seseorang itu sudah mati apabila tiada lagi desah nafas dan berhenti sudah degup jantung. Manakala masyarakat Islam mempercayai bahawa mati bermaksud tercabutnya roh dari badan. Dan persoalan demi persoalan berkaitan roh hanya mampu dijawab oleh Allah s.w.t.



Apa yang berlaku selepas mati…

     Badan kita terdiri dari jutaan sel. Sel-sel berkumpul membentuk lapisan demi lapisan. Lapisan sel inilah yang akhirnya membentuk tisu dan organ seperti jantung, kulit dan hati. Sel seolah-olah sebuah rumah yang mempunyai komponen yang sentiasa bekerja tanpa henti. Mitokondria, jasad Golgi, ribosom, nukleus, dan sitoplasma bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Untuk bekerja secara normal, sel memerlukan tenaga yang diambil dalam bentuk tenaga ATP. Sel juga memerlukan oksigen, fosfat, kalsium dan bahan makanan sebagaimana kita. Setiap apa yang kita makan akan disalurkan kepada sel-sel tertentu mengikut pengkhususan kerja mereka. Namun jika berlaku sebarang masalah dan bekalan ini tidak mencukupi, sel akan mati.Boleh dikatakan bahawa kematian bermula apabila roh dikeluarkan dari jasad. Jasad adalah pakaian roh. Maka apabila manusia mati, jantung berhenti mengepam darah 
ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagi menerima oksigen yang diangkut oleh darah. Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Kematian sel bermula pada sel otak dan berakhir pada sel kulit. Dalam beberapa minit darah akan mengalir dari bahagian atas ke bahagian bawah dan berkumpul di situ akibat tarikan graviti bumi. 





    Bahagian atas yang ketiadaan darah kelihatan pucat manakala bahagian bawah menjadi lebih gelap. Tempoh perubahan badan adalah berbeza-beza. Sel otak akan mati jika ia mengalami kekurangan oksigen selama tiga minit. Sel otot boleh bertahan setelah beberapa jam manakala sel tulang serta kulit boleh bertahan berhari-hari lamanya. Perlu diketahui bahawa badan bernafas secara aerobik iaitu dengan menggunakan oksigen. Maka apabila mati, proses respirasi aerobik akan terhenti dan menghalang penghasilan tenaga molekul yang diperlukan untuk melakukan tindakbalas biokimia otot. Ion kalsium akan berkejaran ke sel-sel otot bagi menghalang otot berehat atau mengendur. Tapi apa yang berlaku ialah otot menjadi kaku dan keras, tidak bergerak lagi.  Sel telah mati. Tidak mampu melawan bakteria daripada memusnahkan dirinya. Enzim dan bakteria sebenarnya sudah wujud dalam sel semasa kita masih hidup lagi. Oleh sebab itulah, diriwayatkan jika kita ditemukan dengan tanda berupa denyutan atau kedutan di antara dahi kanan dan kiri menandakan kematian kita akan terjadi dalam beberapa hari lagi, kita digalakkan berpuasa supaya badan kita tidak mengandungi banyak kotoran dan ini memudahkan memandikan mayat kita nanti. Pengebumian jenazah... Mengikut agama Islam, jenazah lebih dimuliakan dari jasad yang hidup. Mengurus jenazah orang Islam adalah wajib dan merupakan fardu kifayah yakni jika tiada orang mengurus jenazah tersebut, semua orang Islam di kawasan itu berdosa. Tetapi apabila sudah dikerjakan oleh beberapa orang Islam, maka orang Islam yang lain akan terlepas dari menanggung dosa. Di antara perkara yang wajib dilakukan ke atas jenazah adalah memandikan, mengkafankan, melakukan solat jenazah dan mengebumikannya. Berbeza dengan sesetengah agama, Islam tidak membenarkan membakar mayat. Mayat tidak boleh dibakar kerana ini dikhuatiri akan menyakitinya. 

     Malah melakukan bedah siasat tanpa ada keperluan juga turut ditegah. Betapa sakitnya jenazah, hanya dia yang mengetahui sedang kita yang masih hidup tidak mendengar rintihan sang jenazah. Dari segi pengebumian, jenazah hendaklah ditanam sehingga tiada bau dapat dihidu oleh orang yang masih hidup dan tidak memudahkan binatang mengorek balik lubang kubur tersebut. Orang yang syahid dalam peperangan, dikafankan dalam kain yang mereka terbunuh dalamnya melainkan jika dikehendaki oleh keluarga supaya mengkafankan dalam kain lain. Nabi bersabda “ selimutkanlah mereka dengan luka dan darah mereka”. “Bau Luka itu bau kasturi”.Imam syafie rahimahullah berkata, “ Saya lebih menyukai bahawa di dalamkan kuburan mayat itu kadar sedepa dan yang lebih dari itu, lalu ditimbus, nescaya memadai. Saya menyukai yang demikian adalah supaya tidak tercapai oleh binatang buas dan tidak mudah kepada seseorang, kalau ia mahu membongkarnya. Dan tidak timbul baunya. Diletakkan mayat dalam kuburnya atas lambung kanan. 


Ditinggikan kepalanya dengan batu atau batu bata, disandarkan mereka supaya tidakmenelungkup atau menelentang, dan kepala diletakkan mengadap kiblat. Kebiasaannya di Malaysia, penggalian kubur adalah sedalam 6 depa. Antara lain hikmah mengebumikan jenazah adalah dari segi kesihatan ialah tidak tersebarnya penyakit. Sejarah pengebumian jenazah bermula di zaman Nabi Adam alaihis salam lagi. Peristiwa ini tercatat dalam surah al-Maidah dari ayat 27-31. Menurut Kitab Tafsir AlQuranul Karim terbitan Yayasan Amal Bakti Sumatera Utara tahun 1967, dalam qaul pertama, diceritakan sebab pembunuhan antara kedua putera Adam yang menyebabkan berlakunya peristiwa pertama dalam sejarah pengebumian manusia. Menurut riwayat, adalah Siti Hawa melahirkan sepasang kembar setiap kali ia melahirkan anak. Lelaki dari pasangan pertama akan dikahwinkan dengan perempuan dari pasangan kedua dan begitulah seterusnya. Kebetulan, anak Nabi Adam yang bernama Qabil dilahirkan dengan pasangan kembar perempuannya yang cukup cantik. Gadis ini akan dikahwinkan dengan Habil manakala kembar Habil yang akan dikahwinkan dengan Qabil kurang elok rupa parasnya. Kerana itu, Qabil tidak mahu menerimanya, katanya perbuatan itu hanya kemahuan bapanya sahaja, bukan dari Tuhan. Maka Nabi Adam menyuruh Qabil dan Habil melakukan korban. 

Korban siapa yang diterima Allah, dialah yang akan dikahwinkan dengan saudaranya yang rupawan itu. Qabil adalah seorang pekebun manakala Habil merupakan seorang penternak. Habil telah mengorbankan kambingnya yang gemuk sedang Qabil telah mengorbankan tanaman gandumnya yang kurang elok. Maka oleh Allah diterimanya akan korban Habil dengan mendatangkan api dari langit mengambil korban Habil dan tidak diterima oleh Allah akan korban Qabil itu. Kerana hal itu, maka timbullah kedengkian Qabil terhadap Habil lalu ia bercita-cita untuk membunuh Habil. Menurut kata Imam Razy, Iblis menunjukkan kepada Qabil bagaimana cara membunuh Habil. Iblis telah datang dengan mengambil seekor burung lalu dipukul tepat di kepalanya dengan menggunakan batu, lalu Qabil mendapat idea bagaimana mahu membunuh Habil. Lalu dia pun mencari batu besar dan dicarinya Habil. Didapati Habil sedang tidur lalu dipukulnya kepala Habil dengan batu, lalu Habil mati di situ juga. Inilah peristiwa pembunuhan pertama dalam sejarah anak-anak Adam. 

Sesudah Qabil melakukan pembunuhan itu, dia tidak tahu bagaimana harus disembunyikan mayat Habil. Qabil mengusung mayat Habil ke sana kemari dengan penuh kekesalan dan dicerca ibu-bapanya sehingga Allah menunjuknya jalan.. Jumhur ulamak telah menerangkan bahawa Allah telah mengutus dua ekor burung gagak berkelahi berbunuh-bunuhan di hadapan Qabil, lalu mati seekor. Yang hidup mengorek-ngorek tanah dengan paruhnya sehingga lama-kelamaan terbentuklah lubang dan ditanamilah gagak yang mati itu. Dengan menyaksikan perbuatan gagak itu tahulah Qabil bahawa dia harus menanam mayat Habil dengan menggali tanah membentuk lubang kubur. Reput tanpa kebumi…Amat besar hikmah mengkebumikan jenazah di dalam kubur. Manusia yang dicipta dari segumpal tanah akhirnya kembali kepada tanah. Kita sedia maklum, semua jasad yang mati, lama kelamanan akan mereput. Proses pereputan ini berlaku berperingkat-peringkat di dalam kubur. Seandainya jenazah tidak disemadikan di tanah perkuburan, maka akan tersingkaplah kejadian pereputan yang mengaibkan ini dan manusia tidak dapat hidup aman lantaran bau busuk yang dikeluarkan dari mayat. Malahan, bakteria akan tersebar dan menularkan penyakit kepada manusia yang masih hidup.

Peringkat pertama pereputan dikenali sebagai Pemecahan Sendiri. Enzim yang terdapat dalam badan akan menghadamkan badan sendiri. Struktur membran sel akan rosak dan enzim penguraian dilepaskan. Ia akan menyahaslikan makromolekul dalam badan. Peringkat pertama ini bermula dalam sel yang aktif menjalankan metabolisma seperti sel perembes dan makrofaj. Peringkat kedua adalah peringkat pembusukan akibat tindakan bakteria anaerobik . Oksigen sudah tiada menyebabkan wujud suasana anaerobik ( tiada oksigen) dalam mayat. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan bakteriaanaerobik terutamanya pada bahagian organ dalaman badan seperti perut. Bakteria ini menguraikan zat makanan iaitu karbohidrat, protein dan lipid pada mayat dan menghasilkan asid dan gas. Gas yang dilepaskan mengakibatkan tubuh mengembung bermula dari perut yang akan mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletus dari mulut dan hidung mayat akibat tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Organ dalam tubuh seperti paru-paru, jantung dan hati turut membusuk. Pandangan yang paling menjijikkan adalah di sekitar perut, akibat kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan akhirnya pecah lalu menyebarkan bau yang meloyakan.Peringkat ketiga adalah peringkat pereputan. Pada akhir peringkat kedua, cecair badan yang busuk telah mengalir keluar. Daging akan luruh satu persatu bermula dari bahagian tengkorak. Kulit dan jaringan lembut yang lain akan tercerai-berai. Otak turut membusuk dan kelihatan seperti tanah liat. Tisu-tisu badan yang lembut menjadi kecut dan kering. Proses pereputan berterusan hingga akhirnya mayat tinggal rangka.Peringkat keempat adalah peringkat terakhir dalam proses pereputan. Pada masa ini, tiada lagi daging untuk dihancurkan. Semuanya telah dimakan bakteria dan serangga di dalam kubur. Yang tinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi. 

Akhirnya, mikroorganisma seperti bakteria, kulat, alga dan serangga berjaya menakluki tulang. Berlakulah perembesan asid dan enzim metabolisma. Mikroorganisma tersebut memetabolismakan matriks tulang pula hingga tulang hancur. Penguraian tulang ini dibantu oleh bahan kimia di persekitaran. Pada persekitaran berasid, kalsium fosfat yang terdapat dalam tulang akan melarut. Tulang akan musnah. Maka, tiada apa lagi yang tinggal pada jasad. Sehebat manapun kita, akhirnya akan mati dan hancur jua. Apabila mati, 
segalanya telah berlalu dan tidak dapat diubah. Maka ingatlah sentiasa akan mati kerana ia satu peringatan.. 


Cukuplah Kematian Sebagai Satu Peringatan


Perjalanan seseorang insan di atas muka bumi Allah ini diibaratkan seperti kita berehat sebentar di bawah pokok melepaskan lelah. Sangat singkat. Begitu singkatnya perjalanan seseorang itu di bumi ini sebelum kita beralih ke terminal lain di mana destinasi terakhirnya hanya dua, Syurga atau neraka. Apa yang pasti, di hujung perjalanan kehidupan manusia ialah kematian. Mahu atau tidak, ia akan pasti terjadi. Kematian itu sentiasa mengintai-intai kita. Bila kita mati dan bagaimana kita mati semua tersimpan kemas dalam pengetahuan Allah.

Kematian, satu keniscayaan..

Kematian adalah suatu perkara yang pasti. Kita semua bakal melalui saat itu. Cuma bila, dimana dan bagaimana kondisi kematian kita, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Maha Suci Allah, Zat yang Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib. Firman Allah yang bermaksud,

”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” Ali Imran:185

Subahanallah.. Sedarkah kita bahawa suatu hari nanti kita pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini. Kita akan meninggalkan harta-harta bertumpuk yang kita usahakan siang dan malam. Kita pasti juga akan meninggalkan rumah mewah kita, anak-anak kita, suami/isteri kita, syarikat-syarikat kita? Lalu, kenapa kita lalai dalam mengingati bahawa kita akan pergi?

Lupakah kita dengan hadith ini?
“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu kematian!” (HR. Tirmidzi)

Dunia, persinggahan yang sementara

Firman Allah yang bermaksud:

”Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS Al-Hadid:20)

Ramai dari kita ditipu dengan kemilauan warna harta dunia sehingga menyebabkan mereka jauh dari tujuan sebenar mereka diciptakan. Apa sebenarnya tujuan penciptaan kita? Di dalam buku tulisan Fathi Yakan yang bertajuk “ Apa Ertinya Saya Menganut Islam” dalam bahagian yang pertama ada menginggung tentang sifat-sifat yang wajib ada pada seorang Muslim. Antara kewajipan seorang muslim ialah dia seharusnya beriman bahawa matlamat kewujudan insan adalah untuk mengenali Allah seperti mana yang telah Allah jelaskan, memberi sepenuh ketaatan dan mengabdikan diri kepadaNya.

Sebagaimana yang tertulis dalam kalam Allah, Allah berfirman yang bermaksud,
”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” ( QS 51:56). Jelas sekali kita diciptakan supaya beribadah kepada Allah.

Warna warni kilauan perhiasan dunia telah menyirna dan mengaburi pandangan mata kita. Orientasi pandangan kita hanya tertumpu untuk mengumpul sebanyak mana harta dunia yang menentukan kedudukan kita dipandangan mata manusia. Manusia giat berusaha tanpa henti siang dan malam untuk itu. Manusia lebih dipilih untuk dipuji dan dijunjung oleh manusia. Bukan hanya itu, manusia juga terhibur dengan hiburan dunia. Manusia memang selalu tersilap dalam membuat pengiraan dan membuat tafsiran. Kebahagiaan yang sementara itulah yang sering dikejari sedangkan ada lagi kebahagiaan yang menjadi dambaan semua hamba Allah, iaitu kenikmatan Syurga sering dilupakan. Kemewahan dunia dan kebahagiaan inilah yang membuatkan kita seringkali lalai dari mengingati mati. Hati kita sudah terhijab dengan warna-warna kota itu.

Diri dan sahabat, yuk sama-sama kita renungi sejenak ayat-ayat Allah ini,

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir.” (QS Yunus:24)

“Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia), kehidupan dunia adalah sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur karenanya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (18:45)

Ia semakin menghampiri, bersediakah kita?

Sahabat, mari kita lihat sejenak... Dalam sehari, berapa kalikah kita mengingati bahawa kita akan mati? Secara realitinya, kebanyakkan dari kita (termasuk penulis sendiri) kadangkala menghindari untuk berfikir tentang kematian. Ah! Usiaku masih muda, tak perlu aku fikirkan dulu tentang ini. Aku sibuk dengan harianku, kuliahku, perniagaanku, makan minum anak-anak dan ahli keluargaku.. Aku tidak punya waktu untuk itu. Lihat, ditambah lagi dengan kehidupan di zaman yang serba moden dan sibuk ini, waktu-waktu kita terisi dengan kesibukan kita menguruskan perniagaan, menyelesaikan assignment dan kuliah, semuanya berkisar tentang aktiviti dan kebutuhan kita dalam kehidupan. Ada di antara kita bahkan takut untuk berbicara soal ini. Kenapa sampai jadi begitu? Mungkin mereka menganggap bahawa kematian ini hanya dikhususkan kepada orang yang sudah lanjut usianya. Tidak sahabatku, bahkan tiada siapa pun yang dapat menjamin bahawa kita akan hidup seminit selepas ini. Mungkin jika kita tidur malam ini, kita akan kita tidak akan bangkit lagi untuk esok hari. Setiap hari, ada sahaja berita tentang kematian orang-orang yang berada di sekeliling kita. Adakah kita mengambil pelajaran, bahawa suatu hari nanti kita akan menjadi seperti itu juga?

Bagaimana pengakhiran hidup kita? Husnul atau Su’ul Khatimah?

Bila kita akan mati semuanya tercatat dalam pengetahuan Allah. Dialah Maha Mengetahui segalanya. Jadi kita tidak tahu bagaimana agaknya kondisi kita ketika nyawa kita dijemput untuk menghadap Allah. Adakah kita berada dalam keadaan yang mentaati Allah atau dalam keadaan kita bermaksiat kepada Allah?

Allah SWT boleh mengambil nyawa kita dalam kondisi apapun. Mungkin kita sedang tidur, kecelakaan jalan raya, lemas di dalam air, mungkin ketika kita sedang makan dan mungkin juga ketika kita sedang bergembira. Kita tidak tahu, ketika itu kita dalam keadaan bermaksiat kepada Allah ataupun sedangberama kepadaNya.

”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS Al-Imran:102)

Yuk, sama-sama kita perbanyakkan doa kepada Allah semoga kita akan meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang baik.


Kematian, terkandung hikmah

Sesungguhnya tidaklah Allah SWT menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia tanpa ada apa-apa tujuan dan setiap perkara itu pasti ada terselit hikmah yang perlu digali dan dicari oleh kita. Begitu juga kematian. Antara hikmah yang boleh diambil dari kematian ialah Allah mahu menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang telah dilakukan. Sebagaimana dalam firman yang bermaksud,” Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (QS Al-Mulk:2)
Adakah setiap ibadah dan perkerjaan yang kita lakukan hanya kerana Allah atau sebaliknya?. Kadang-kadang mungkin ada langkah-langkah dalam kehidupan kita sedikit terpesong atau salah. Seharusnya kita cepat-cepat bermuhasabah dan sedar supaya apa yang dilakukan itu hanya total untuk Allah.

Selain itu, antara hikmah kematian ialah sebagai bukti bahawa Allah Maha Berkuasa untuk mematikan manusia dan makhluk lain. Hanya Allah yang Maha berkuasa atas segalanya dan kita sebagai seorang yang beriman wajib yakin dengan perkara ini. Manusia adalah makhluk lemah yang dijadikan Allah dengan seizinNya. Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(QS Al-Imran:145)

Hikmah yang seterusnya ialah, untuk menyedarkan manusia bahawa hidup ini hanya sementara cuma. Tidak guna harta yang bertumpuk yang kita kumpulkan, tidak guna kita miliki rumah-rumah mewah, kilang-kilang, ladang-ladang pertanian, emas dan permata kerana semuanya adalah pinjaman dari Allah dan tidak akan membantu kita.


KISAH TAULADAN BUAT YANG HIDUP


azab kubur
Photo ini adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di Oman, Timur Tengah. Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam di makamkan yang di saksikan oleh ayahnya .

Pemuda tersebut meninggal dirumah sakit dan setelah dimandikan lalu dimakamkan secara Islam hari itu juga. Tetapi setelah pemakaman, ayahnya merasa ragu atas diagnosa dokter dan menginginkan untuk diidentifikasi kembali penyebab kematiannya. Seluruh kerabat dan teman-temannya begitu terkejut saat mereka melihat kondisi mayat . Mayat tsb begitu berbeda dalam 3 jam. Dia berubah tampak keabu-abuan seperti orang yang sudah tua. Rambutnya yang semula hitam legam menjadi putih keperakan seluruhnya seolah seperti kehabisan darah.
Tampak jelas bekas siksaan dan pukulan yang amat keras dan dengan tulang-tulang kaki dan tangan yang hancur begitu juga ujung ujungnya sehingga menekan kebadannya. Seluruh badan dan mukanya memar. Matanya yang terbuka memperlihatkan ketakutan, kesakitan dan keputusasaan. Darah yang begitu jelas menandakan bahwa pemuda tersebut sedang mendapatkan siksaan yang amat berat. Pada akhirnya ayahnya mengakui bahwa anaknya ini sering melalaikan shalatnya. Sebagai penutup dari orang yang meninggal tersebut semuanya di tujukan kepada Ilmu Pengetahuan tentang Islam yang mana tidak dapat dipungkiri lagi keterangannya bahwa siksa kubur itu benar adanya seperti yang diperingatkan oleh ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW.
azab kubur
Sebenarnya adanya azab kubur itu sesuatu yang sudah qath’i dan pasti sifatnya. Tidak perlu dipermasalahkan lagi. Dalam banyak ayat Al-Quran Al-Kariem dan juga tentunya hadits Rasulullah SAW, kita mendapatkan bahwa dalil yang jelas dan qath’i. Demikian juga Rasulullah SAW menyebut-nyebut azab kubur secara tegas, jelas dan terang.
A. Ayat-ayat Quran
Ayat Pertama Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran Al-Kariem tentang adanya azab kubur. “Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat diwaktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, : “Keluarkanlah nyawamu” Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah yang tidak benar dan kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya. (QS. Al-Anam : 93)
azab kubur

Ayat berikutnya adalah : “Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.” (QS. At-Taubah : 101)

Di ayat ini teramat jelas bahwa Allah SWT menyiksa orang zalim itu dua kali, yaitu pada alam kubur dalam kematiannya yaitu setelah nyawa dicabut hingga menjelang hari kiamat. Dan berikutnya adalah siksaan setelah hari kiamat yaitu di neraka.

Demikian juga yang Allah SWT lakukan kepada Fir’aun yang zalim, sombong dan menjadikan dirinya tuhan selain Allah SWT. Allah SWT mengazabnya dua kali, yaitu di alam kuburnya dan di akhirat nanti. Di alam kuburnya dengan dinampakkan kepadanya neraka pada pagi dan petang. Ini merupakan siksaan sebelum dia benar-benar dijebloskan ke dalamnya dan terjadinya pada alam kuburnya.

Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya Kiamat. : “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras”. (QS. Al-Mu’min : 46)
Ayat ini lalu dikuatkan juga dengan ayat lainnya yang juga menyebutkan ada dua kali kematian, yaitu kematian dari hidup di dunia ini dan kematian setelah alam kubur. Mereka menjawab : “Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali , lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan untuk keluar ?” (QS. Al-Mu’min : 11)
B. Dalil Hadits Shahih Selain ayat-ayat Al-Quran Al-Kariem,
hadits-hadits shahih pun secara jelas menyebutkan adanya azab qubur. Sehingga tidak mungkin bisa ditolak lagi kewajiban kita untuk meyakini keberadaan azab kubur itu, sebab bila sudah Al-Quran Al-Kariem dan hadits shahih yang menyatakannya, maka argumentasi apa lagi yang akan kita sampaikan ?

Dalam hadits yang pertama kami sampaikan tentang azab kubur ini, haditsnya masih amat kuat berhubungan dengan ayat Al-Quran Al-Kariem. Yaitu firman Allah SWT dalam Al-Quran Al-Kariem : Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki. (QS> Ibrahim : 27)

Sebuah lafaz dalam ayat di atas menyebutkan tentang : ucapan yang teguh yang dalam bahasa Al-Quran Al-Kariem disebut dengan “al-qouluts-tsabit”. Dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahwa itu adalah tentang pertolongan Allah SWT ketika seseorang menghadapi azab kuburnya. Dari Al-Barra’ bin Azib dari Rasulullah SAW bahwa ketika seorang mukmin didudukkan di dalam kuburnya, didatangilah oleh malaikat, kemudian dia bersyahadat tiada tuhan kecuali Allah SWT dan bahwa Muhammad adalah Rasulullah SAW, maka itulah makna bahwa Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh . (HR. Bukhari kitab Janaiz Bab Maa Jaa Fi azabil Qabri hn. 1280)
Ada sebuah doa yang dipanjatkan oleh beliau dan diriwayatkan dengan shahih dalam shahih Al-bukhari. Dari Aisyah ra bahwa Rasulullah SAW berdoa dalam shalat, “Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari azab kubur” (HR. Bukhari kitab azan bab doa sebelum salam hn. 789)
Dalam kitab shahihnya itu, Al-Bukhari pun membuat satu bab khusus azab kubur. Dari Aisyah ra bahwa seorang wanita yahudi mendatanginya dan bercerita tentang azab kubur dan berkata, “Semoga Allah SWT melindungimu dari azab kubur”. Lalu Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang keberadaan azab kubur itu. Rasulullah SAW menjawab, “Ya, azab kubur itu ada”. Aisyah ra berkata, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW melakukan shalat kecuali beliau berlindung kepada Allah SWT dari azab kubur”. (HR. Bukhari kitab Janaiz Bab Maa Ja’a Fi azabil Qabri hn. 1283)

Dalam kitab shahihnya itu juga , Al-Bukhari membuat satu bab khusus tentang berlindung kepada Allah SWT dari azab kubur.

Dari Musa bin ‘Uqbah berkata bahwa telah menceritakan kepada anak wanita Khalid bin Said bin Al-Ash ra bahwa dia telah mendengar Rasulullah SAW berlindung kepada Allah SWT dari azab kubur. (QS. (HR. Bukhari kitab Janaiz Bab At-Taawwuz min azabil Qabri hn. 1287)
Dari Aisyah ra bahwa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW tentang apakah manusia diazab di dalam kubur, lalu Rasulullah SAW menjawab, “Aku berlindung kepada Allah SWT dari hal itu (azab kubur). (HR. Bukhari kitab jum’at bab berlindung kepada Allah SWT dari azab kubur ketika gerhana hn. 991, 996)
Kesimpulan : Umat Islam sejak masa Rasulullah SAW hingga hari ini telah berijma’ (bersepakat) bahwa azab kubur itu adalah sesuatu yang pasti adanya. Sehingga mereka yang mengingkarinya hanya dua kemungkinannya. Pertama, mereka kurang dalam dan luas dalam mempelajari ayat dan hadits. Kedua, mereka tahu ada dalil dan nash yang sharih tapi mengingkarinya. Lepas dari motivasinya masing-masing.
Semoga Allah SWT senantiasa membimbing dan merahmati kita.

KISAH KEMATIAN YANG TRAGIS









Semoga kita semua sentiasa bergerak di atas rel kehambaan yang sebenar dalam menuju kepada Tuhan.







Terkenang sahabat lama....yang dianggap sebagai seorang kakak yang pernah bersama-sama berkongsi suka & duka dalam menjadi Khalifah Allah dimuka buminya yang indah...Al-Fatihah untuk beliau.

“Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, 
tidak dapat disangkal lagi. Allah S.W.T berfirman:
“Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya.
Itulah yang kamu selalu lari dari padanya.” (QS: Qaaf: 19)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan agar
banyak mengingat kematian. Beliau bersabda, yang artinya:
“Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan (maut)”
(HR: At-Tirmidzi, hasan menurutnya).

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Sama-sama kita renungkan.


SALAM TAKZIAH BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG KEHILANGAN ORANG TUA MEREKA.






Seratus ribu kali sehari jantung berdegup,
Berapa kali pula hati berzikir;
Daripada bercakap kosong baiklah senyap,
Itu tandanya orang berfikir.
Hendak tidur tidurlah mata,
Moga esokkan dirahmati;
Ilmu dicurah bagaikan permata,
Moga di Sana terus diberkati.
Duhai saudara janganlah bimbang,
Kudoakan hidup matimu diredhai;
Dakwah dan tintamu menjadi lambang,
Itu tandanya ilmumu dirahmati.
Seratus ribu kali sehari jantung berdegup,
Setiap nafas adakah zikir untuk-Nya;
Itulah bekalan di masa hidup,
Dihitung di akhirat sebagai penyelamatnya.
Bersatu hati atas tali Allah,
Menyebarkan dakwah kerana cinta pada-Nya;
Melalui pena kita berdakwah,
Moga di akhirat menjadi bekalannya.
Syukur sungguh mendapat sahabat,
Sahabat akhirat menyatukan hati;
Matlamatnya sama untuk bekalan akhirat,
Bila berpena harus berhati-hati.
Hidup ini cuma sementara,
Bila tiada hilanglah semuanya;
Hanya tinggal semangat membara,
Tanda kasih pada yang hidup untuk selamanya.
Kasihku pada pembaca melebihi diriku,
Kalian adalah penyambung dunia akhiratku;
Apa kesalahan maafkan daku,
Sepotong doamu penyeri akhiratku.
Bicara tentang Allah tiada penghujungnya,
Seperti berada di Taman-Taman Syurga;
Tenangnya jiwa selamanya,
Tutur katamu bak penghuni Syurga.
Cinta pada Allah seutuhnya,
Wangian cinta mendapat redha-Nya;
Berkasih sayang hanya kerana-Nya
Seperti berada di Taman Syurga-Nya.
Wajah berseri mendapat hidayah,
Rasakan dunia tak ke mana;
Hati terpaut hanya kepada Allah,
Moga diredhai bila ke Sana.
Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
Hanya semata kerana Allah dicintai;
Biar pembaca mendoakan kunanti,
Sebar luaskanlah hasil penaku ini.
Sama-sama mencari cinta Allah,
Di alam maya kita disatukan;
Saling bertarbiyah kerana-Mu Ya Allah,
Balaslah cinta kami itulah yang diaminkan.
Berbaik sangka sesama sendiri,
Sahabat akhirat sahabat sejati;
Amalan riak memakan diri,
Saling ingat mengingati menuju mati.
Orang bijak ingat mati,
Semasa hidup muhasabah diri;
Di dalam kubur tidak sendiri,
Amal ibadat peneman diri.
Teman baik saling muhasabah diri,
Saling mengingati di hari mati;
Hatimu luhur hidup menerangi,
Moga amalan berkekalan hingga ke mati.
TIDUR ITU ADALAH ADIK BERADIK KEPADA MATI, MAKA SEBELUM TIDUR MARILAH KITA BERSIWAK & MEMBACA DOA SEBELUM TIDUR. MOGA TIDURMU TIDUR YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T

Koleksi Video Mengingati Kematian.
Ayuh Muslimin & Muslimat Kita Berubah Demi Allah S.W.T
















والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)





No comments:

Post a Comment