Saturday 25 May 2013

Hadis Sahih Muslim

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Madu

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air."
Sabda Rasulullah saw., "Minumkan madu kepadanya." Lalu diminumkan madu kepadanya.
Kemudian dia datang pula kepada Nabi saw. lalu katanya, "Telah ku minumkan madu kepadanya, tetapi sakitnya bertambah."
Nabi saw. menyuruhnya pula meminumkan madu sampai berulang tiga kali.
Dia datang untuk keempat kalinya, Nabi saw. tetap menyuruhnya supaya meminumkan madu. Kata orang itu, "Aku telah meminumkannya, ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga."
Sabda Rasulullah saw., "Allah Maha Besar! Perut saudara mu itulah yang dusta."
Lalu diminumkannya pula madu, maka sembuhlah saudaranya.
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2073.

Amalan Berbekam



Dari Humaid r.a., katanya: "Anas bin Malik ditanya orang tentang tukang bekam. 

Jawab Anas, "Rasulullah saw. pernah berbekam. Yang membekamnya ialah Abu Thaibah. Setelah selesai berbekam, Rasulullah saw. memerintahkan supaya memberi Abu Thaibah dua gantang makanan, dan beliau menganjurkan kepada majikan Abu Thaibah supaya meringankan tugas yang dibebankan kepadanya." 

Kemudian Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya berbekam itu termasuk cara pengubatan yang utama, atau termasuk ubat yang baik."
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1545


Tanda Umat Rasulullah SAW



Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Kelak di hari kemudian, telagaku lebih luas dari jarak antara Ailah dan Aden. Airnya lebih jernih daripada salju, lebih manis daripada madu dicampur susu. 


Bejana-bejananya lebih banyak daripada bintang-bintang di langit. Aku melarang orang mendekat ke telagaku itu, sebagaimana orang menghalau unta orang lain apabila datang ke telaganya."

Tanya mereka, "Ya, Rasulullah! Apakah anda mengenali kami ketika itu?"

Jawab Rasulullah saw., "Ya! Ketika itu anda mempunyai tanda yang tidak dipunyai umat-umat lain. Anda akan datang kepada ku bercahaya-cahaya gilang-gemilang kerana bekas wuduk"
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0194.


Sebelum Kiamat


Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda:
"Belum akan terjadi kiamat sebelum umat ku mengikuti jejak umat beberapa abad sebelumnya, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta."
Ada orang bertanya: "Ya Rasulullah! Mengikuti orang Persia dan Romawi?"
Jawab beliau: "Siapa lagi orangnya selain ini?"



Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1967.


Ketahuilah!


Dari 'Iyadh bin Himar Al Mujasyi'iy r.a. katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw. bersabda dalam khutbah sebagai berikut: "Ketahuilah! Sesungguhnya Tuhan ku memerintahkan kepada ku supaya mengajarkan kepada kamu sekalian apa-apa yang belum kamu ketahui. Iaitu pengajaran yang diajarkan Allah kepada ku hari ini.

Firman Allah: Setiap harta yang Aku (Allah) berikan kepada seseorang hamba adalah halal. 

Dan sesungguhnya Aku telah menciptakan hamba-hamba-Ku semuanya berada dalam agama yang lurus. Tetapi mereka kemudian didatangi oleh syaitan-syaitan lalu syaitan membelokkan mereka dari agama mereka dan mengharamkan apa-apa yang telah Ku halalkan bagi mereka, dan menyuruh mereka supaya mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak diberi kekuasaan apa-apa. Sesungguhnya Allah mengawasi penduduk bumi dengan kemarahan, baik bangsa Arab maupun bangsa Ajam, kecuali sisa-sisa Ahli Kitab.

Firman Allah Ta'ala, "Sesungguhnya Aku mengutus engkau untuk mengujimu dan menguji orang lain dengan engkau. Aku turunkan kepada mu Kitab yang tidak hilang kena air, yang dapat engkau baca di waktu tidur dan bangun. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada ku supaya membangkitkan kemarahan orang-orang Quraisy."

Jawab ku, "Ya, Tuhan ku! Nanti mereka pecah kepala ku dan mereka tinggalkan seperti (pecahan) roti."

Firman Allah, "Usir mereka seperti mereka mengusirmu. Perangi mereka, nanti Kami bantu kamu memerangi mereka. Keluarkan segala dana, nanti Kami beri dana engkau. Kirim pasukan tentera, nanti Kami kirim pula tentera membantumu lima kali lipat. Perangilah olehmu bersama-sama orang yang taat kepada mu, mereka yang durhaka kepada mu.








Firman Allah Ta'ala, "Penduduk syurga ada tiga macam: 

(1) Penguasa yang adil, pemurah, dan bertindak sesuai dengan hukum. 

(2) Orang yang berhati pengasih dan berhati lembut terhadap karib kerabat dan kaum muslimin. 

(3) Orang daif yang tidak terkendalikan otaknya, mereka di samping kamu hanyalah ikut-ikutan, mereka tidak mahu berkeluarga dan tidak menghendaki kekayaan.



Penduduk neraka ada lima macam: 

(1) Orang daif yang tidak mempergunakan otaknya, mereka hanya menjadi pengikut, tidak berusaha mencari nafkah untuk diri dan keluarganya. 

(2) Pengkhianat yang tidak tahu malu, sampai hal-hal kecil dikhianatinya juga. 

(3) Orang yang pagi petang berusaha hendak menipumu, tentang keluargamu, dan harta mu, 

(4) Orang bakhil atau pendusta. 

(5) Orang yang bermulut kotor (orang yang berperangai buruk dan suka menggunjing).

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2442.








Hanya Seekor Semut




Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya:
"Seekor semut menggigit seorang Nabi di antara para nabi-nabi, lalu Nabi tersebut menyuruh bakar sarang semut itu, lalu dibakarlah.
Kemudian Allah swt. mewahyukan kepadanya, "Hanya seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan suatu umat yang selalu membaca tasbih."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2096.

Misw

Bersugi Setiap Kali Solat


Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Jikalau tidak memberati bagi umat ku, atau bagi manusia umumnya, nescaya ku suruh mereka mengosok gigi setiap kali akan solat
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0478.




Bersiwak membuatkan gigi
Bercahaya Luar & Dalam

Merokok membuatkan Gigi terjadinya
bau busuk & Gigi cepat rosak
akhirnya membakar seluruh organ
dalaman yang Allah S.W.T anugerahkan
Kepada kita.
Gantikan tabiat merokok Kepada tabiat Sugi
Tidak bersyukurkah kita...
Fikir-fikirkan lah...


Menziarahi Kubur



Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. ziarah ke kubur ibunya, lalu beliau menangis, maka menangis pulalah orang sekelilingnya.
Kemudian beliau bersabda: "Aku mohon izin kepada Tuhan ku untuk memintakan ampun bagi ibu ku, tetapi tidak diperkenankan-Nya.
Kemudian ku mohon izin untuk menziarahi kuburnya, maka diperkenankan-Nya bagi ku.
Kerana itu pergilah kalian ke kubur, kerana hal itu akan mengingatkan kalian kepada maut."
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0924.

Nabi SAW & Umatnya Menjadi Saksi Dihari Kiamat.


Dari Abu Said Al Khudri ra., Rasulullah bersabda: Nabi Nuh dipanggil pada hari kiamat.
Beliau menjawab: "Ya, Tuhan!"
Tuhan berfirman: "Sudahkah engkau sampaikan ajaran agama?"
Beliau menjawab: "Ya, sudah".
Lalu ditanyakan kepada umatnya: "Adakah Nuh menyampaikan kepada kamu?"
Mereka menjawab: "Tiada datang kepada kami orang yang menyampaikan peringatan".
Ditanyakan kepada Nuh: "Siapakah yang jadi saksi engkau?"
Nuh menjawab: "'Nabi Muhammad dan umatnya".
Lalu mereka (umat Muhammad) menjadi saksi, bahawa sesungguhnya Nuh telah menyampaikan, dan Rasulullah jadi saksi terhadap kamu (umat).
Hal itu disebutkan dalam firman Tuhan: "Dan begitulah Kami jadikan kamu umat pertengahan (adil) supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu". (Surat Al Baqarah, 143)

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1579.







































BAHAYA SENTIASA ADA DIMANA-MANA BANYAKKAN BERDOA PADA ALLAH S.W.T

























Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment