Saturday 1 June 2013

Powernya Istighfar Astaghfirullah!

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Imam Ahmad r.a telah mengembara dan terpaksa bermalan disuatu tempat.  Bila dia kemasjid penjaga masjid ( Yang tak kenal imam Ahmad) tidak membenarkan dia masuk. Imam Ahmad merayu kepada
penjaga itu tapi tetap tidak dibenarkan. Kecewa dengan keadaan itu, imam Ahmad redho dengan ketentuan bahawa dia kena tidur dilaman masjid sahajalah pada malam itu. Pengawal itu menjadi semakin marah dan menghalau iman Ahmad  dari situ.

Seorang pembuat roti berdekatan , melihat insiden tersebut dan berasa kasihan. Dia mengajak imam Ahmad bermalam dirumahnya.Semasa dirumah penjual roti tersebut imam Ahmad mendengar dia sentiasa beristgfar (memohon ampun kepada Allah) semasa bekerja. dan di waktu paginya  Imam Ahmad  bertanya kepada penjual roti  tentang dia sentiasa mohon ampun kepada Allah.

Penjual roti itu berkata, ia dah jadi tabiat baginya , Imam  Ahmad bertanya : "Adakah anda mendapat apa-apa hadiah/ganjaran dari amalan ini?

Jawab pembuat roti:  " Tak ada doa yang telah saya buat yang tak dimakbulkan Allah kecuali satu.

" Apakah doa itu ? tanya imam Ahmad.

" Untuk melihat batang tubuh Imam Ahmad Ibn Hambal"
Imam Ahmad berkata " Akulah Imam Ahmad bin Hambal"

Dia kemudian menambah:-
" Maha suci Allah , aku sebenarnya dihantar ketempat kamu supaya doa kamu terkabul"

Kuasa  istigfar- cubalah amalkan dalam kehidupan anda dan lihatlah perubahan hidup anda-Insyallah.

Aku mohon ampun pada Allah, Tuhan sekalian makhluk, Aku mohon ampun pada Allah, dari segala dosa, Tuhanku, tambahkan aku ilmu yang bermanfaat, Dan terimalah amalan ku, Dan berikan aku rezeki yang luas, Dan terimalah atas kami taubat nasuha, Dan ini rahsia doa Aku berharap moga dipermudahkan Aku hamba lagi fakir Sesungguhnya fakir yang amat berhajat Dan cukupkan aku dengan ilmu, ya Tuhanku, Dengan segala soalan dan pilihanku YaTuhanku dan pemilikku, Engkau Maha Mengetahui Hal Kelakuanku,

                                           Video Pilihan



والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment