Sunday 20 October 2013

Pusrapi - SIHAT DENGAN WUDHUK

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

AMALAN KETIKA BERWUDUK


Syeikh Khatri menunjukkan cara wuduk Nabi seperti yang di perturunkan kepadanya oleh gurunya dengan rantaian (sanad) tanpa putus terus kepada Nabi SAW.. semoga Allah merahmati beliau.





AMALAN KETIKA BERWUDUK


Niat Sah Wuduk - "Sahaja aku mengangkat Wuduk Kerana Allah Taala"

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.

"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqim nanti".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".


Mari kita amalkan bersama...semoga bermanfaat

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Thursday 17 October 2013

Pusrapi - Temanku Al-Quran

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Temanku Al-Quran








والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Pusrapi - Si Cilik Celik Al-Quran

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Adik Maryam Yusuf Umur 4 Tahun
Mula Hafal Al-Quran



Semangat Anak-anak Syria Menghafalkan Al-Quran


Gadis kecil Syria yang bernama Maryam Yusuf dan baru berumur empat tahun ini berasal dari Kafar Zeita di tepi utara Hama dan kini ia tinggal di pengungsian di perbatasan Turki-Syria.

Ketika ditanya mengapa ia tinggal di pengungsian, ia lalu mengatakan bahwa Basyar Al-Assad telah menghancurkan rumah serta sekolahnya, dan ia kini datang ke pengungsian karena ia ingin mempelajari Al-Quran dan menghafalkannya..

Rezim Syiah Basyar Al-Assad dan sekutu-sekutunya mungkin bisa menghancurkan negeri Syria dan membunuhi orang-orang didalamnya. Namun ia tidak akan pernah bisa menghilangkan semangat dan kecintaan terhadap Al-Quran di dada generasi-generasi pejuang di bumi Syam.


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Monday 14 October 2013

Pusrapi - Reaksi Orang Apabila Solat Dikhalayak Ramai

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saksian video yang dirakamkan oleh Adam Saleh dan Sheikh Akbar berkenaan dengan solat di khalayak awam. Dalam video ini mereka cuba mendapatkan reaksi golongan non-muslim terhadap solat yang dilakukan mereka. pelbagai reaksi yang ditonjolkan, ada yang positif, malah begitu juga dengan negatif. Saksikan.


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Saturday 12 October 2013

Pusrapi - Lidah Ibarat Mata Pedang

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Lidah Ibarat Mata Pedang"

Selain hati dan perbuatan, perkara yang penting untuk dijaga ialah lisan atau lidah. Lidah adalah jurucakap kepada hati.Jika baik hatinya, maka baik jugalah pertuturannya.

Sabda Rasulullah s.a.w., “ Siapa yang menahan lidanhya, pasti Allah menutupi auratnya, siapa yang dapat menahan amarahnya, pasti Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya, dan siapa yang memohon ampunan kepada Allah, pasti Allah menerima permohonan ampunannya”
HR Ibnu Abu Dunya

Sabda baginda lagi, “ Bahaya lidah sangat besar dan tidak ada orang yang bisa selamat darinya kecuali orang yang diam. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Siapa yang diam, pasti selamat”.
HR Tirmizi
Oleh sebab itu, kita disarankan agar menjauhi perselisihan atau diskusi buta yang tidak mendatangkan manfaat pada ummah. Selain itu, kita juga tidak digalakkan untuk cuba memuaskan hati manusia dengan perkara-perkara yang masih banyak mengandungi perdebatan. Jauhilah banyak membantah dan banyak mengkritik. Namun, ini tidak bermaksud kita hanya menurut sepenuhnya atau menjadi lurus bendul. Kritiklah dengan ungkapan kalimah yang sopan dan berhikmah.

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Tajuk Nasyid : Bicara Kata
Artis : Inteam


Selain itu, penjagan lisan juga berkait rapat dengan tegahan Allah kepada perbuatan mengumpat dan mengeji orang lain. Kita hendaklah menjauhi daripada berkata perihal orang lain ketika ketiadaannya, yang mana akan mendatangkan kemarahan atau ketidaksenagan orang berkenaan apabila mendengarnya.

“ Bagi seorang ibu yang anaknya jatuh dari tempat tinggi, janganlah menyia-nyiakan waktunya untuk menjerit dan menangis, tetapi berusahalah dengan segera membalut luka anaknya itu.”

Ayat di atas menganjurkan kita supaya lebih menyibukkan diri dengan memperbaiki aib diri sendiri daripada memperkatakan aib orang lain Sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita maksum- yang hanya dimiliki oleh RasulNya. Namun ini tidak bermakna kita harus menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain. Jadikanlah ianya selari dan berpatutan, perbaikilah peribadi di samping mengajak orang sekeliling kita ke arah kebaikan.



Suatu ketika, Sahl bin Sa’ad bertanya kepada Rasulullah s.a.w. “Wahai Rasululllah, apakah jalan keselamatan?” Baginda menjawab, “ Tahanlah lidahmu, perluaskanlah rumahmu dan tangisilah kesalahanmu.”
HR Tirmidzi

Siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara dua janggutnya (lidah) dan dua kakinya, maka aku menjamin baginya syurga.
HR Bukhari

Hadith tersebut menerangkan bahawa antara punca utama anak Adam terjerumus ke lembah maksiat ialah mereka yang tidak menjaga dua perkara iaitu lidah dan kemaluannya. Maka ayuh rakan, kita perhalusi ungkapan yang keluar daripada mulut kita supaya kata-kata yang dikeluarkan tidak ada yang menyakiti hati orang lain, sentiasa mengandungi isi yang bermanfaat dan bebas daripada penipuan.

Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan kerana sesungguhnya dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan.”
HR Thabrani

Percayakah anda? Ini adalah gambar lidah kita apabila dilihat melalui melalui electron microscope . Mashaa Allah.. 

Sebenarnya lidah bukan hanya berfungsi sebagai indera untuk merasa kesedapan makanan atau untuk bercakap semata-mata.  Namun fungsi lidah jauh lebih menarik daripada yang itu.. Lidah juga berfungsi sebagai petunjuk kehadiran penyakit yang dideritai oleh badan kita tanpa kita sedari.. 

Menurut pengamal akupuntur dari Chatworth Clinik di London, Steward Trotter, lidah manusia digunakan sebagai alat pengukur kesihatan tubuh dan sudah lama diamalkan dalam dunia perubatan.

Orang yang terkena gejala typhus misalnya, lidahnya menjadi kotor dan keputihan. Lidah yang sihat biasanya berwarna merah segar.

Di bawah ini senaraikan perubahan warna pada lidah seseorang pesakit.

~ Hujung lidah berwarna merah menandakan anda sedang mengalami masalah emosi. Merah pada bahagian sisi sahaja atau hujung menandakan anda dalam keadaan marah atau tertekan.

~ Permukaan lidah berwarna coklat adalah tidak berbahaya. Hal ini boleh terjadi kerana penggunaan ubatan seperti antibiotik atau ubat-ubatan lain.

~ Lidah berwarna merah muda dan pucat petanda bahawa tubuh sedang mengalami dehidrasi. Dianjurkan untuk meminum banyak air suam sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

~Warna lidah sedikit keungu-unguan bermaksud badan sedang mengalami kitaran yang tidak seimbang. Tubuh kita memerlukan keseimbangan dari segi pergerakan, pemakanan dan sebagainya untuk menjamin fungsi tubuh dalam berlaku secara normal.

~ Lidah kelihatan putih dan pucat. Anda sedang kekurangan tenaga dan darah (anemia).

~ Bahagian tengah lidah kelihatan pecah atau retak petanda sistem penghadaman atau hati sedang mengalami masalah.

~ Pecah-pecah dan berwarna putih pada kedua sisi lidah menunjukkan anda kekurangan makanan yang berzat, kurang cairan dalam tubuh untuk membantu metabolisme serta kurang bersukan. 

~ Lidah berwarna kelabu menunjukkan anda sedang diserang batuk dan demam. Keadaan ini disertai dengan batuk berkahak dan sakit kepala. Warna kelabu pada lidah kerana terdapat kahak pada tekak.

~ Permukaan lidah terdapat selaput putih yang tebal berkemungkinan anda mengalami infeksi yang lama kerana gangguan kulat candida albicans.


Subhanallah Allah jadikan Lidah Kucing Comel Kecil Aja.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Friday 11 October 2013

Mukjizat Al Quran Penyembuh Penyakit Bisu.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mukjizat Al Quran Penyembuh Penyakit Bisu.


Bacaan ayat suci Kitab Allah telah menyembuhkan penyakit orang bisu, boleh bercakap sehingga dia empunya diri menjadi kebingungan diatas keajaiban yang berlaku. Masyallah.....Allahu Akbar.


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Monday 7 October 2013

Pusrapi - Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis.




Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.


Berikut ini adalah sebuah kutipan syair yang diriwayatkan di dalam buku karya Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah membuat Imam Ahmad menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Hal ini menunjukkan betapa lembut dan pekanya hati Imam Ahmad terhadap hal-hal yang mengingatkan manusia kepada Rabbnya, dosa-dosanya, dan kehidupan akhirat.

Syair Pelembut Hati
Jika Rabb-ku mengatakan kepadaku: “Tidak malukah kau bermaksiat kepada-Ku?!

Engkau menutupi dosa dari para makhluk-Ku, tapi malah dengan kemaksiatan kau mendatangi-Ku!”

Maka bagaimana aku menjawabnya, dan siapa yang mampu melindungiku…


Aku terus menghibur diri dengan angan-angan (dunia) dari waktu ke waktu…

Tetapi aku lalai dengan perihal setelah kematian, tentang apa yang dapat mencukupiku setelah itu…

Seolah aku akan hidup terus, dan maut tidak akan menghampiriku…

Saat sakaratulmaut yang dahsyat itu benar-benar datang, siapakah yang mampu melindungiku…


Aku melihat wajah orang-orang… Tidakkah ada diantara mereka yang mau menebusku?!

Aku akan ditanya, tentang apa -yang kukerjakan di dunia ini- yang dapat menyelamatkanku…


Maka bagaimanakah jawabanku setelah aku lupakan agamaku…


Sungguh celaka aku… Tidakkah ku dengar firman Allah yang menyeruku?!


Tidakkah pula kudengar ayat-ayat yang ada di Surat Qoof dan Yasin itu?!

Bukankah kudengar tentang hari kebangkitan, hari dikumpulkan, dan hari pembalasan itu?!

Bukankah kudengar pula panggilan kematian yang terus melayangkan panggilan dan seruan kepadaku?!


Maka ya Robb… akulah hambamu yang bertaubat… Tidak ada yang dapat melindungiku,

Melainkan Robb yang Maha Pengampun, lagi Maha Luas Karunianya… Dia-lah yang menunjukkan hidayah kepadaku


Aku telah datang kepada-Mu… maka rahmatilah aku, dan beratkanlah timbanganku…

Ringankanlah hukumanku… Sungguh Engkaulah yang paling kuharapkan pahalanya untukku.



Versi Bahasa Arab Syair yang Membuat Imam Ahmad Menangis


إذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي أمَا استحييتَ تَعصينِي … وتُخفي الذَّنبَ عن خَلْقي وبالعصيان تأتيني

فكيف أجيب يا ويحي ومن ذا سوف يحميني … أسلي النفس بالآمال من حين إلى حينِ
وأنسى ما وراء الموتِ ماذا بعدُ تكفيني … كأني قد ضمِنْتُ العيشَ ليس الموت يأتيني
وجاءت سكرة الموتِ الشديدةُ من سيَحْميني … نظرتُ إلى الوجوهِ أليسَ منهم من سيفديني
سأُسْأَل ما الذي قدَّمتُ في دنيايَ يُنجيني … فكيف إجابتي من بعدُ ما فرَّطتُ في ديني
ويا ويحي ألم أسمع كلام الله يدعوني … ألم أسمع بما قد جاء في قافٍ وياسينِ
ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والديني … ألم أسمع منادي الموتِ يدعوني يناديني
فيَا ربَّاه عبدٌ تائبٌ من ذا سيأويني … سوى ربٍّ غفورٍ واسعٍ للحقِّ يهديني
أتيتُ إليك فارحمني وثقِّل فِي موازينِي … وخفف في جزائي أنت أرجى من يُجازيني



والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Pusrapi - Syair Imam Shafie Ketika Akhir Hayatnya

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syair Imam Shafie Ketika Akhir Hayatnya.



Tajuk : Kepadamu (إلـيــك)

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا

Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia

"Ya Allah, perbaikkanlah bagiku agamaku yang mana ia merupakan pengikat urusanku, perbaikkanlah bagiku duniaku yang mana ia merupakan kehidupanku. Perbaikkanlah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku. Jadikanlah hidup bertambah bagiku pada setiap kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagiku daripada setiap keburukan."

(Doa Rasulullah s.a.w; riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Syair-Syair Imam al-Syafi'i


Imam al-Syafi'i Rahimahullah sudah sangat dikenal sebagai Imam Madzhab Fiqh Syafi'iyyah. Banyak karya yang lahir dari buah penanya, atau pun karya-karya mengenainya. Namun, sebagaimana para Imam Madzhab lainnya, satu sisi dari kompetensi yang dimiliki oleh beliau adalah menulis karya sastra, khususnya puisi, yang bercita rasa sastra tinggi. Hal inilah yang akan dicoba diulas secara singkat dalam tulisan ini.

Biografi Singkat
      Beliau bernama Muhammad dengan kunyah Abu Abdillah. Nasab beliau secara lengkap adalah Muhammad bin Idris bin al-‘Abbas bin ‘Utsman bin Syafi‘ bin as-Saib bin ‘Ubayd bin ‘Abdu Zayd bin Hasyim bin al-Muththalib bin ‘Abdu Manaf bin Qushay. Nasab beliau bertemu dengan nasab Rasulullah pada diri ‘Abdu Manaf bin Qushay. Dengan begitu, beliau masih termasuk sanak kandung Rasulullah karena masih terhitung keturunan paman-jauh beliau , yaitu Hasyim bin al-Muththalib.
     Para ahli sejarah dan ulama nasab serta ahli hadits bersepakat bahwa Imam Syafi‘i berasal dari keturunan Arab murni. Imam Bukhari dan Imam Muslim telah memberi kesaksian mereka akan kevalidan nasabnya tersebut dan ketersambungannya dengan nasab Nabi, kemudian mereka membantah pendapat-pendapat 
sekelompok orang dari kalangan Malikiyah dan Hanafiyah yang menyatakan bahwa Imam Syafi‘i bukanlah asli keturunan Quraysy secara nasab, tetapi hanya keturunan secara wala’ saja.          
      Ayahnya beliau, Idris, berasal dari daerah Tibalah (Sebuah daerah di wilayah Tihamah di jalan menuju ke Yaman). Dia hidup dari keluarga tidak punya. Awalnya dia tinggal di Madinah lalu berpindah dan menetap di ‘Asqalan (Kota tepi pantai di wilayah Palestina) dan akhirnya meninggal dalam keadaan masih muda di sana. Syafi‘, kakek dari kakek beliau, yang namanya menjadi sumber penisbatan beliau (Syafi‘i)- menurut sebagian ulama adalah seorang sahabat shigar (yunior) Nabi. As-Saib, bapak Syafi‘, sendiri termasuk sahabat kibar (senior) yang memiliki kemiripan fisik dengan Rasulullah saw. Dia termasuk dalam barisan tokoh musyrikin Quraysy dalam Perang Badar. Ketika itu dia tertawan lalu menebus sendiri dirinya dan menyatakan masuk Islam.
      Adapun ibu beliau, terdapat perbedaan pendapat tentang jati dirinya. Beberapa pendapat mengatakan dia masih keturunan al-Hasan bin ‘Ali bin Abu Thalib, sedangkan yang lain menyebutkan seorang wanita dari kabilah Azadiyah yang memiliki kunyah Ummu Habibah. Imam an-Nawawi menegaskan bahwa ibu Imam Syafi‘i adalah seorang wanita yang tekun beribadah dan memiliki kecerdasan yang tinggi. Dia seorang yang faqih dalam urusan agama dan memiliki kemampuan melakukan istinbath.
      Imam Syafi'i dilahirkan pada tahun 150H. Pada tahun itu pula, Abu Hanifah wafat sehingga dikomentari oleh al-Hakim sebagai isyarat bahwa beliau adalah pengganti Abu Hanifah dalam bidang yang ditekuninya. Tentang tempat kelahirannya, banyak riwayat yang menyebutkan beberapa tempat yang berbeda. Akan tetapi, yang termasyhur dan disepakati oleh ahli sejarah adalah kota Ghazzah (Sebuah kota yang terletak di perbatasan wilayah Syam ke arah Mesir. Tepatnya di sebelah Selatan Palestina. Jaraknya dengan kota Asqalan sekitar dua farsakh). Tempat lain yang disebut-sebut adalah kota Asqalan dan Yaman. Ibnu Hajar memberikan penjelasan bahwa riwayat-riwayat tersebut dapat digabungkan dengan dikatakan bahwa beliau dilahirkan di sebuah tempat bernama Ghazzah di wilayah Asqalan. Ketika berumur dua tahun, beliau dibawa ibunya ke negeri Hijaz dan berbaur dengan penduduk negeri itu yang keturunan Yaman karena sang ibu berasal dari kabilah Azdiyah (dari Yaman). Lalu ketika berumur 10 tahun, beliau dibawa ke Mekkah, karena sang ibu khawatir nasabnya yang mulia lenyap dan terlupakan.


Etos Pengembaraan Mencari Ilmu
     Di Mekkah, Imam Syafi ‘i dan ibunya tinggal di dekat Syi‘bu al-Khaif. Di sana, sang ibu mengirimnya belajar kepada seorang guru. Sebenarnya ibunya tidak mampu untuk membiayainya, tetapi sang guru ternyata rela tidak dibayar setelah melihat kecerdasan dan kecepatannya dalam menghafal. Imam Syafi‘i bercerita, “Di al-Kuttab (sekolah tempat menghafal al-Quran), saya melihat guru yang mengajar di situ membacakan murid-muridnya ayat al-Quran, maka aku ikut menghafalnya. Sampai ketika saya menghafal semua yang dia diktekan, dia berkata kepadaku, “Tidak halal bagiku mengambil upah sedikitpun darimu.” Ternyata kemudian dengan segera guru itu mengangkatnya sebagai penggantinya (mengawasi murid-murid lain) jika dia tidak ada. Demikianlah, belum lagi menginjak usia baligh, beliau telah berubah menjadi seorang guru.
     Setelah menyelesaikan menghafal al-Quran di al-Kuttab, beliau kemudian beralih ke Masjidil Haram untuk menghadiri majelis-majelis ilmu di sana. Sekalipun hidup dalam kemiskinan, beliau tidak berputus asa dalam menimba ilmu. Beliau mengumpulkan pecahan tembikar, potongan kulit, pelepah kurma, dan tulang unta untuk dipakai menulis. Sampai-sampai tempayan-tempayan milik ibunya penuh dengan tulang-tulang, pecahan tembikar, dan pelepah kurma yang telah bertuliskan hadits-hadits Nabi. Hal itu terjadi pada saat beliau belum lagi berusia baligh. Sampai dikatakan bahwa beliau telah menghafal al-Quran pada saat berusia 7 tahun, lalu membaca dan menghafal kitab Al-Muwaththa’ karya Imam Malik pada usia 12 tahun sebelum beliau berjumpa langsung dengan Imam Malik di Madinah.
       Beliau juga tertarik mempelajari ilmu bahasa Arab dan syair-syairnya. Beliau memutuskan untuk tinggal di daerah pedalaman bersama suku Hudzail yang telah terkenal kefasihan dan kemurnian bahasanya, serta syair-syair mereka. Hasilnya, sekembalinya dari sana beliau telah berhasil menguasai kefasihan mereka dan menghafal seluruh syair mereka, serta mengetahui nasab orang-orang Arab, suatu hal yang kemudian banyak dipuji oleh ahli-ahli bahasa Arab yang pernah berjumpa dengannya dan yang hidup sesudahnya. Ia adalah pencari ilmu yang sungguh-sungguh, zuhud, penyabar, dan atau beretos belajar yang tinggi. Simaklah syair yang disusunnya terkait pegembaraannya untuk mencari ilmu:

Merantaulah

Orang pandai dan beradab tak kan diam di kampung halaman 
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang 
Pergilah 'kan kau dapatkan pengganti dari kerabat dan teman 
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang. 

Aku melihat air yang diam menjadi rusak karena diam tertahan 
Jika mengalir menjadi jernih jika tidak dia 'kan keruh menggenang 
Singa tak kan pernah memangsa jika tak tinggalkan sarang 
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak kan kena sasaran 
Jika saja matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam 
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang 
Rembulan jika terus-menerus purnama sepanjang zaman 
Orang-orang tak kan menunggu saat munculnya datang 

Biji emas bagai tanah biasa sebelum digali dari tambang 
Setelah diolah dan ditambang manusia ramai memperebutkan 
Kayu gahru tak ubahnya kayu biasa di dalam hutan 
Jika dibawa ke kota berubah mahal jadi incaran hartawan

      Takdir Allah telah menentukan jalan lain baginya. Setelah mendapatkan nasehat dari dua orang ulama, yaitu Muslim bin Khalid al-Zanji (mufti kota Mekkah), dan al-Husain bin ‘Ali bin Yazid agar mendalami ilmu fiqih, maka beliau pun tersentuh untuk mendalaminya dan mulailah beliau melakukan pengembaraannya mencari ilmu. Beliau mengawalinya dengan menimbanya dari ulama-ulama kotanya, Mekkah, seperti Muslim bin Khalid, Dawud bin 'Abd al-Rahman al-‘Athar, Muhammad bin Ali bin Syafi’ (yang masih terhitung paman jauhnya), Sufyan bin ‘Uyainah (ahli hadits Mekkah), Abdurrahman bin Abu Bakar al-Maliki, Sa’id bin Salim, Fudhail bin ‘Iyadh, dan lain-lain. Di Mekkah ini, beliau mempelajari ilmu fiqih, hadits, bahasa (lughah), dan lainnya. Di samping itu beliau juga mempelajari keterampilan memanah dan menunggang kuda sampai menjadi mahir sebagai realisasi pemahamannya terhadap ayat 60 surat Al-Anfal. Bahkan dikatakan bahwa dari 10 panah yang dilepasnya, 9 di antaranya pasti mengena sasaran.
       Setelah mendapat izin dari para syaikh-nya untuk berfatwa, timbul keinginannya untuk mengembara ke Madinah, Dar al-Sunnah, untuk mengambil ilmu dari para ulamanya. Terlebih lagi di sana ada Imam Malik bin Anas, penyusun al-Muwaththa’. Maka berangkatlah beliau ke sana menemui sang Imam. Di hadapan Imam Malik, beliau membaca al-Muwaththa’ yang telah dihafalnya di Mekkah, dan hafalannya itu membuat Imam Malik kagum kepadanya. Beliau menjalani mulazamah kepada Imam Malik demi mengambil ilmu darinya sampai sang Imam wafat pada tahun 179. Di samping Imam Malik, beliau juga mengambil ilmu dari ulama Madinah lainnya seperti Ibrahim bin Abu Yahya, ‘Abdul ‘Aziz al-Darawardi, Athaf bin Khalid, Isma‘il bin Ja‘far, Ibrahim bin Sa‘d dan masih banyak lagi.
    Setelah kembali ke Mekkah, beliau kemudian melanjutkan mencari ilmu ke Yaman. Di sana beliau mengambil ilmu dari Mutharrif bin Mazin dan Hisyam bin Yusuf al-Qadhi, serta yang lain. Namun, berawal dari Yaman inilah beliau mendapat cobaan –satu hal yang selalu dihadapi oleh para ulama, sebelum maupun sesudah beliau-. Di Yaman, nama beliau menjadi tenar karena sejumlah kegiatan dan kegigihannya menegakkan keadilan, dan ketenarannya itu sampai juga ke telinga penduduk Mekkah. Lalu, orang-orang yang tidak senang kepadanya akibat kegiatannya tadi mengadukannya kepada Khalifah Harun al-Rasyid, Mereka menuduhnya hendak mengobarkan pemberontakan bersama orang-orang dari kalangan Alawiyah.
         Sebagaimana dalam sejarah, Imam Syafi‘i hidup pada masa-masa awal pemerintahan Bani ‘Abbasiyah yang berhasil merebut kekuasaan dari Bani Umayyah. Pada masa itu, setiap khalifah dari Bani ‘Abbasiyah hampir selalu menghadapi pemberontakan orang-orang dari kalangan ‘Alawiyah. Kenyataan ini membuat mereka bersikap sangat kejam dalam memadamkan pemberontakan orang-orang ‘Alawiyah yang sebenarnya masih saudara mereka sebagai sesama Bani Hasyim. Hal itu menggoreskan rasa sedih yang mendalam pada kaum muslimin secara umum dan pada diri Imam Syafi‘i secara khusus. Dia melihat orang-orang dari Ahl al-Bait Nabi menghadapi musibah yang mengenaskan dari penguasa. Maka berbeda dengan sikap ahli fiqih selainnya, beliau pun menampakkan secara terang-terangan rasa cintanya kepada mereka tanpa rasa takut sedikitpun, suatu sikap yang saat itu akan membuat pemiliknya merasakan kehidupan yang sangat sulit.
         Sikapnya itu membuatnya dituduh sebagai orang yang bersikaptasyayyu‘, padahal sikapnya sama sekali berbeda dengan tasysyu’ model orang-orang syi‘ah. Bahkan Imam Syafi‘i menolak keras sikap tasysyu’model mereka itu yang meyakini ketidakabsahan keimaman Abu Bakar, Umar, serta ‘Utsman , dan hanya meyakini keimaman Ali, serta meyakini kemaksuman para imam mereka. Sedangkan kecintaan beliau kepada Ahlu Bait adalah kecintaan yang didasari oleh perintah-perintah yang terdapat dalam al-Quran maupun hadits-hadits shahih. Kecintaan beliau itu ternyata tidaklah lantas membuatnya dianggap oleh orang-orang syiah sebagai ahli fiqih madzhab mereka.
     Tuduhan dusta yang diarahkan kepadanya bahwa dia hendak mengobarkan pemberontakan, membuatnya ditangkap, lalu digelandang ke Baghdad dalam keadaan dibelenggu dengan rantai bersama sejumlah orang-orang ‘Alawiyah. Beliau bersama orang-orang ‘Alawiyah itu dihadapkan ke hadapan Khalifah Harun al-Rasyid. Khalifah menyuruh bawahannya menyiapkan pedang dan hamparan kulit. Setelah memeriksa mereka seorang demi seorang, ia menyuruh pegawainya memenggal kepala mereka. Ketika sampai pada gilirannya, Imam Syafi‘i berusaha memberikan penjelasan kepada Khalifah. Dengan kecerdasan dan ketenangannya serta pembelaan dari Muhammad bin al-Hasan (ahli fiqih Irak), beliau berhasil meyakinkan Khalifah tentang ketidakbenaran apa yang dituduhkan kepadanya. Akhirnya beliau meninggalkan majelis Harun al-Rasyid dalam keadaan bersih dari tuduhan bersekongkol dengan ‘Alawiyah dan mendapatkan kesempatan untuk tinggal di Baghdad.
      Di Baghdad, beliau kembali pada kegiatan asalnya, mencari ilmu. Beliau meneliti dan mendalami madzhab Ahl al-Ra’yu. Untuk itu beliau berguru dengan mulazamah kepada Muhammad bin al-Hassan. Selain itu, kepada Isma‘il bin ‘Ulayyah dan Abd al-Wahhab al-Tsaqafiy dan lain-lain. Setelah meraih ilmu dari para ulama Irak itu, beliau kembali ke Mekkah pada saat namanya mulai dikenal. Maka mulailah ia mengajar di tempat dahulu ia belajar. Ketika musim haji tiba, ribuan jamaah haji berdatangan ke Mekkah. Mereka yang telah mendengar nama beliau dan ilmunya yang mengagumkan, bersemangat mengikuti pengajarannya sampai akhirnya nama beliau makin dikenal luas. Salah satu di antara mereka adalah Imam Ahmad bin Hanbal.
       Ketika kamasyhurannya sampai ke kota Baghdad, Imam Abdurrahman bin Mahdi mengirim surat kepada Imam Syafi‘i memintanya untuk menulis sebuah kitab yang berisi khabar-khabar yang maqbul, penjelasan tentang nasikh dan mansukh dari ayat-ayat al-Quran dan lain-lain. Maka beliau pun menulis kitabnya yang terkenal, Al-Risalah.
      Setelah lebih dari 9 tahun mengajar di Mekkah, beliau kembali melakukan perjalanan ke Irak untuk kedua kalinya dalam rangka menolong madzhab Ashhab al-Hadits di sana. Beliau mendapat sambutan meriah di Baghdad karena para ulama besar di sana telah menyebut-nyebut namanya. Dengan kedatangannya, kelompok Ashhab al-Hadits merasa mendapat angin segar karena sebelumnya mereka merasa didominasi oleh Ahl al-Ra’yi. Sampai-sampai dikatakan bahwa ketika beliau datang ke Baghdad, di Masjid Jami ‘ al-Gharbi terdapat sekitar 20 halaqah Ahl al-Ra’yi. Tetapi ketika hari Jumat tiba, yang tersisa hanya 2 atau 3 halaqah saja. Beliau menetap di Irak selama dua tahun, kemudian pada tahun 197 beliau kembali ke Mekkah. Di sana beliau mulai menyebar madzhabnya sendiri. Maka datanglah para penuntut ilmu kepadanya meneguk dari lautan ilmunya. Tetapi beliau hanya berada setahun di Mekkah.
       Tahun 198, beliau berangkat lagi ke Irak. Namun, beliau hanya beberapa bulan saja di sana karena telah terjadi perubahan politik. Khalifah al-Makmun telah dikuasai oleh para ulama ahli kalam, dan terjebak dalam pembahasan-pembahasan tentang ilmu kalam. Sementara, Imam Syafi‘i adalah orang yang memiliki kapasitas dan otoritas keilmuan yang integral. Karenanya, ia menulis Fiqh al-Akbar, sebagai upaya menjelaskan konteks integrasi antara kalam dan syari'at. Beliau sangat paham bagaimana pertentangan ilmu ini dengan manhaj al-salaf al-shalih –yang selama ini dipegangnya- di dalam memahami masalah-masalah syariat. Hal itu karena orang-orang ahli kalam menjadikan rasio dan logika sebagai patokan utama dalam menghadapi setiap masalah, menjadikannya rujukan dalam memahami syariat padahal mereka tahu bahwa akal juga memiliki keterbatasan-keterbatasan. Beliau tahu betul kebencian mereka kepada ulama ahlu hadits. Karena itulah beliau menolak madzhab rasional-murni dari mutakallim dalam memahami Islam.
         Puncak dari "fitnah" para mutakallim Istana, terutama Mu'tazilah, adalah provokasi mereka yang membuat Khalifah menggelar Yaum al-Mihnah, ketika dia mengumpulkan para ulama untuk menguji dan memaksa mereka menerima paham al-Quran itu makhluk. Akibatnya, banyak ulama yang masuk penjara, bila tidak dibunuh. Salah satu di antaranya adalah Imam Ahmad bin Hanbal. Karena perubahan itulah, Imam Syafi‘i kemudian memutuskan pergi ke Mesir. Sebenarnya hati kecilnya menolak pergi ke sana, tetapi akhirnya ia menyerahkan dirinya kepada kehendak Allah. Di Mesir, beliau mendapat sambutan masyarakatnya. Di sana beliau berdakwah, menebar ilmunya, dan menulis sejumlah kitab, termasuk merevisi kitabnya al-Risalah, sampai akhirnya beliau menemui akhir kehidupannya di sana. Kerelaannya menerima takdir Allah mendorongnya untuk menjemput takdir Allah lainnya. Terkait dengan hal ini, ia mengekspresikannya dalam syair-syairnya, seperti:


Rela Pada Ketentuan Allah

Biarkanlah hari-hari berbuat semaunya 
Berlapang dada-lah jika takdir menimpa 

Jangan berkeluh-kesah atas musibah di malam hari 
Tiada musibah yang kekal di muka bumi 
Jadilah laki-laki tegar dalam menghadapi tragedi 
Berlakulah pema’af selalu menepati janji 

Jika banyak aibmu di mata manusia 
Sedang engkau berharap menutupinya 
Bersembunyilah engkau di balik derma 
Dengan derma aibmu tertutup semua 

Jangan pernah terlihat lemah di depan musuhmu 
Sungguh malapetaka jika musuh menertawaimu 

Jangan berharap dari orang kikir kemurahan 
Di neraka tiada air bagi orang yang kehausan 
Rizkimu tidak berkurang karena kerja wajar perlahan 
Berlelah-lelah tidak menambah rizki seseorang 

Tiada kesedihan yang kekal tidak pula kebahagiaan 
Tiada kesulitan yang abadi tidak pula kemudahan 

Jika engkau berhati puas dan mudah menerima 
Sungguh, antara engkau dan raja dunia tiada beda 

Barangsiapa kematian datang menjemputnya 
Langit dan bumi tak kan mampu melindunginya 

Bumi Allah begitu lapang luas membentang 
Namun seakan sempit kala ajal menjelang 

Biarkanlah hari-hari ingkar janji setiap saat 
Kematian tak mungkin dicegah dengan obat

Sisi Kepenyairan Imam Syafi'i
        Seperti dijelaskan di atas, Imam Syafi'i juga tertarik mempelajari ilmu bahasa Arab dan syair-syairnya. Beliau memutuskan untuk tinggal di daerah pedalaman bersama suku Hudzail yang telah terkenal kefasihan dan kemurnian bahasanya, serta syair-syair mereka. Hasilnya, sekembalinya dari sana beliau telah berhasil menguasai kefasihan mereka dan menghafal seluruh syair mereka, serta mengetahui nasab orang-orang Arab, suatu hal yang kemudian banyak dipuji oleh ahli-ahli bahasa Arab yang pernah berjumpa dengannya dan yang hidup sesudahnya.
TIPUAN PALSU

Aku melihat tipu muslihat dunia,
tatkala ia bertengger di atas kepala-kepala manusia,
dan membincangkan manusia-manusia yang terkena tipunya.
Bagi mereka, Orang sepertiku tampak amat tak berharga.
Aku disamakan olehnya, dengan anak kecil yang sedang bermain di jalanan.


MENCINTAI AKHIRAT

Duhai orang yang senang memeluk dunia fana,
Yang tak kenal pagi dan sore dalam mencari dunia,
Hendaklah engkau tinggalkan pelukan mesramu,
kepada duniamu itu.
Karena kelak engkau akan berpelukan,
Dengan bidadari di surga.
Apabila engkau harap menjadi penghuni surga abadi,
maka hindarilah jalan menuju api neraka.


RENDAH HATI

Bagaimana mungkin kita dapat sampai ke Sa’ad,
Sementara di sekitarnya terdapat gunung-gunung
dan tebing-tebing.Padahal aku tak beralas kaki,
dan tak berkendaraan.
Tanganku pun kosong dan,
jalan ke sana amat mengerikan.


TENTANG CINTA

Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya.
Ini adalah suatu kemustahilan.
Apabila benar engkau mencintai-Nya,
pastilah engkau taati semua perintah-Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,
Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.
Dia telah kirimkan nikmat-Nya kepadamu,
setiap saat dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada-Nya.


KEPUASAN (QANA’AH)

Aku melihat bahwa kepuasan itu pangkal kekayaan,
lalu kupegang erat-erat ujungnya.
Aku ingin menjadi orang kaya tanpa harta,
dan memerintah bak seorang raja.


ANUGRAH ALLAH

Aku melihat-Mu pada saat penciptaanku,
yang penuh dengan anugerah.
Engkaulah sumber satu-satunya,
pada saat penciptaanku.
Hidarkan aku dari anugerah yang buruk.
Karena sepotong kehidupan telah cukup bagiku,
hingga saat Engkau mematikanku.


إن الفقـيه هو الفقـيه بفعـله * ليس الفقـيه بنطـقه و مقاله 
وكذا الرئيس هو الرئيس بخلقه * ليس الرئيس بقومه رجاله 
وكذا الغـني هو الغـني بحاله * و ليس الغـني بملـكه و بماله

Sesungguhnya orang yang faqih itu adalah dinilai dengan perbuatannya 
Bukanlah orang yang faqih itu dinilai dengan ucapan dan perkataannya 
Begitu juga pemimpin itu adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya 
Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembela-pembelanya
Begitu juga orang yang kaya itu adalah dinilai dengan keadaan (kedermawanan)nya Bukanlah orang yang kaya itu dinilai dengan banyaknya harta bendanya
[Diwan al-Imam al-Syafi'i, hal. 97]


فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح
فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح


Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu.
Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan
juga menjalani tasawuf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya.
Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. 
[Diwan al-Imam al-Syafi'i, hal. 107)




lmu yang paling mulia
Semua ilmu selain Al-Qur’an hanya hal yang menyibukkan
Kecuali ilmu hadits dan fiqih agama
Ilmu yang benar adalah yang terdapat kata “Haddatsana”
Selain itu hanyalah tipu daya syaitan 

Cara memperoleh Ilmu
Saudaraku …
Engkau tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan 6 perkara
Aku akan menyebutkan perinciannya dengan jelas
Cerdas, cita-cita, kerja keras, dana, berguru dan waktu yang lama


Si Bodoh dan Si Alim
Kedudukan orang bodoh dalam pandangan yang alim
Sama seperti kedudukan orang alim di mata orang bodoh
Si bodoh enggan mendekati si alim
Yang alim lebih enggan mendekati si bodoh
Bila keburukan mendominasi kehidupan si bodoh
Dia akan lebih parah dalam menyelisihi si alim

Belajar sebelum menjadi pemimpin
Belajarlah agama sebelum engkau diangkat menjadi pemimpin
Dan bila engkau telah diangkat menjadi pemimpin, maka engkau tidak sempat belajar


Seorang tergantung ilmu dan takwanya 
Tabahlah…
Atas pedihnya kekerasan pengajar
Karena kekokohan ilmu itu berada dalam kesulitan
Barangsiapa tidak mencicipi pahitnya belajar
Dia akan menelan kehinaan bodoh selama hidup
Barangsiapa waktu mudanya tidak sempat belajar
Maka bacakan takbir 4 kali karena kematiannya
Demi Allah
Hidup seorang pemuda itu tergantung ilmu dan takwa
Bila keudanya tidak ada, keberadaanya tidak dianggap

Kelezatan Ilmu
Begadangku untuk menelaah ilmu
terasa lebih nikmat daripada bertemu penyanyi dan keharuman leher mereka
Sungguh, goresan penaku di atas kertas
lebih nikmat daripada bercinta bersama para pecinta
Tabuhan rebana para gadis, masih kalah nikmat
Dengan kenikmatan aku memukul bukuku untuk membersihkan debunya
Kegundahanku untuk memecahkan masalah dalam belajar
Jauh lebih nikmat daripada para pemabuk khamr


Ilmuku selalu bersamaku 
Ilmuku senantiasa bersamaku
Di manapun aku berada selalu memberi manfaat
Hatiku adalah tempatnya, bukan dalam lemariku
Bila aku berada di rumah, pasti ilmuku di sana bersamaku

Ketika aku berada di pasar, diapun ada di pasar


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)