Wednesday 11 December 2013

Info Pusrapi "Bingkisan Tersenyumlah"

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Status Dakwah: "Senyum itu Ibadah"

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaan sedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.


Status Dakwah: "Senyum itu Ibadah"

Wahai saudaraku SeIslam Jom Kita amalkan senyuman. Terapi Sihat secara percuma dari Allah S.W.T.

"Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah"
Hadis Riwayat Baihaqi: 7935

Sabda Nabi: "Semoga Allah S.W.T menjadikan wajah berseri-seri orang yang mendengar sabdaku kemudian memahaminya & menghafalnya kemudian dia menyampaikannya kerana boleh jadi orang yang mendengarkan akan menyampaikan kepada yang lebih faham daripadanya." HR Abu Dauh No.2165

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. Firman Allah Surah Ali-Imran 3:159

Rasulullah menegaskan, orang mukmin itu memiliki empat ciri:

1. Wajahnya cerah berseri-seri.
2. Lisannya lemah lembut.
3. Hatinya dipenuhi dengan kasih sayang.
4. Tangannya suka memberi.

"Bingkisan Tersenyumlah Wahai Saudariku"

saudariku, tersenyumlah…
jika sesuatu itu menyedihkanmu
yakinlah kau pasti menempuhi
jalan yang berliku, menguji kesabaranmu…

saudariku, tersenyumlah…
sebagai rasa syukur atas nikmat-Nya
terpancar bening di wajahmu
kerana senyummu…

saudariku, tersenyumlah…
sebagai bahasa perasaanmu
mengalir cinta atas kebahagiaanmu
laksana cahaya mentari di pagi hari

saudariku, tersenyumlah…
jika langit itu mendung, tetapi di wajahmu
tetap bersinar secerah cahaya indah
memancar di wajahmu
walau angin lebat datang
ku harap kau tetap tegar, biar menghadang

saudariku, tersenyumlah…
bangkitkan terus semangatmu
langkahkan terus kakimu
kerana jalan dakwah ini masih panjang
dan semoga nanti kita akan bertemu di syurga-Nya
tersenyumlah saudariku…


Jom ada lagi info Senyum Klik Disini:

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi boleh hubungi untuk tempahan : 

Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)




No comments:

Post a Comment