Monday 17 February 2014

Pusrapi Info: Rahsia Ubat Penyakit Setahun

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Rahsia Ubat Penyakit Setahun"
...Jom Semua Ambil Peluang...





Salam Dakwah Perkongsian :

Alhamdulillah dikunjungi sahabat lama yang datang mendapatkan rawatan di Pusrapi. Satu perkongsian ilmu yang disampaikan oleh beliau untuk dikongsi bersama dalam Kitab Sairus-Salikin-Juzuk Ke-empat - Bab 5 telah menyatakan sebuah hadis untuk tatapan semua.

Wahai teman-temanku sekalian ayuhlah kita ambil kesempatan ini untuk bersama-sama mengambil peluang mengamalkan apa yang Nabi kita katakan, tahun ini... 

Pada  17 Ramadan 1435H (Nuzul Al-Quran) bersamaan 15 Julai 2014 harinya telah jatuh pada hari Selasa iaitu salah satu hari yang nabi telah bersabda dalam hadisnya.

Sabda baginda Rasulullah:

"Barang siapa berbekam pada hari Selasa yang ketujuh belas hari bulan nescaya adalah menjadi ubat baginya daripada penyakit setahun”.

Rasulullah saw ditanya tentang hari Selasa, Maka Beliau menjawab : Hari Selasa adalah Hari Berdarah. Para sahabat bertanya : Mengapa demikian ya, Rasulullah? Lalu Beliau menjawab: Kerana pada hari itulah Siti Hawa Haid & Putra Adam membunuh saudaranya sendiri. Sebahagian Ulama telah menjelaskan bahawa pada hari selasa ada 7 Jiwa yang bernyawa dibunuh, diantaranya:

1.) Jurjais Bin Fathin as. dibunuh (Seorang pemuda ahli Ibadah, ia hidup pada masa raja Dardaniyah yang terkenal dengan penyembahan berhalanya)
2.) Wafatnya Nabi Yahya as.
3.) Wafatnya Nabi Zakaria as.
4.) Meninggalnya tukang sihir Fir’un
5.) Meninggalnya Asiah binti Muzahim isteri Fir’un
6.) Sahib, Sapi Betina Bani Israil disembelih
7.) Meninggalnya Habil putera Adam as.

Maka, barang siapa yang ingin berbekam hendaklah ia melakukan pada hari Selasa. Demikian 7 peristiwa yang berlaku pada hari Selasa yang dimana setiap peristiwa tersebut mempunyai hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil ikhtibar daripadanya.

Amalan Zikir Hari Selasa

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد


(ALLAH HUMMA SOLLI ‘ALA MUHAMMAD WA ‘ALAAALII MUHAMMAD)

Ajaklah seramai mungkin, katakan Jom Bekam!!! kalau anda nak SIHAT+SIHAT+SIHAT = DAPAT PAHALA SUNNAH 
Insyallah moga kalian dipermudahkan & mendapat bantuan Allah S.W.T dalam menjalani Jihad Perubatan Sunnah. Amin.


Galah terjatuh dekat sekolah,
Buah diletak di tepi perigi;
Ikutlah contoh sifat Rasulullah,
Mulia akhlak peribadi tinggi.

Jangan kita selalu alpa,
Dalam mencari redha Allah,
Bekam Sunnah jangan dilupa,
Sembuh itu urusan Allah,

Niat dihati nak kepantai bersih,
Tengah jalan lupa kunci,
Berus gigi cuma bersih…...Bersiwak pula kalian akan mendapat Bersih lagi suci…..Masyallah…..Fikir-fikirkanlah

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



No comments:

Post a Comment