Tuesday 2 September 2014

Pusrapi Info : Penting Niat Kerana Allah S.W.T

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Niatlah Kerana Allah S.W.T"

"Kisah Benar Pesakit Buat Renungan Bersama"





"Innama A'Malu Bin Niat" | Sesungguhnya Amal Perbuatan Itu Bergantung Pada Niat.

Kisah Benar Pesakit Renungan Bersama.

Selama 2 Tahun pakcik jadi pengidap penyakit kencing manis & melakukan pelbagai pembedahan di hospital swasta. Pakcik kerja sendiri jual kuih.....hasil dari penjualan kuih puluhan tahun dapatlah pakcik mengumpul wang sebanyak 200 ratus ribu. Semenjak menjadi pengidap penyakit duit simpanan pakcik keluar tidak putus-putus seperti air yang tidak pernah berhenti, sehinggalah segala simpanan habis digunakan untuk segala perawatan sakit pakcik. Semasa pakcik keseorangan tiba-tiba pakcik terfikir kenapa perkara ini terjadi padanya.

Akhirnya dia menemui jawapan mengapa segala simpanannya habis untuk perubatan. Segala yang berlaku pada diri rupa-rupa atas apa yang dia pernah niatkan sejak puluhan tahun dari mula dia menceburkan diri dalam perniagaan. Pakcik pernah memasang niat untuk mengumpul wang sebanyak mungkin demi persediaan untuk segala kos perubatan untuk sakit hari tua nanti. Akhirnya niat itu terlaksana & terbukti segala simpanan pakcik tidak habis untuk perkara lain melainkan semuanya hanya untuk sakit dirinya sendiri.

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang niat hidup harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati niat kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Niatlah melakukan apa saja perkerjaan harian kita kerana ALLAH S.W.T insha Allah jika kita niat segalanya berbalik pada Allah. Seluruh penghuni alam juga mendoakan yang terbaik untuk kita. 


Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW. bersabda,

“Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi."

"Sesiapa yang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan 1 keburukan (dosa) untuknya.”

(HR Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment