Tuesday, 30 December 2014

Pusrapi - Hebat Bersalin Sunnahtullah Berbanding Bersalin Czer

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hebat Bersalin Sunnahtullah Berbanding Bersalin Czer

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

video

Ceaseraen
Bersalin secara Ceaseraen memang masa bersalin kurang sakitnya berbanding bersalin normal, namun yang tak best nya bersalin kaedah ini, mengikut pengalaman ramai ibu bersalin cara ini, sakitnya selepas proses pembedahan tu. Nak duduk susah, nak pakai bengkung susah, ada pulak tu luka luar nampak elok, tapi rupanya luka bahagian dalam masih lagi basah dan ada juga yang bernanah sampai berbau. Memang kalau dengar memang mengerikan dan mengilukan. Tapi semua wanita jiwa nya kuat dan tabah. Kaum lelaki belum tentu boleh jadi sekuat dan setabah wanita. Penjagaan bersalin bedah memang lebih rumit. Namun walau apa pun kaedah/ proses anda bersalin, penjagaannya masih tetap sama dan penting.

Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang:
Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli,petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah
sendi dan sejuk pada otot. Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka,
cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot.

Penyakit-penyakit ini diketahui sebagai artritis dan rheumatisme.
Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering. Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim. Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan luka pembedahan bernanah Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44hari. Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan
angin dalam badan. Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan kembung perut.

Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.

Pengalaman Pesakit Yang Melalui Kaedah Czer

For those yg selalu memperkecilkan kesakitan antara berrsalin normal n czer....jgn anggap czer ni xsakit...bius kalu da abis luka torehan ape xsakit...n jgn fikir bersalin normal je yg sakit...kalu boleh dua2 cara ni aku nk rs...tp ketentuan Allah...sape yg berani mempertikai..n para suami plsss jaga wife u all sebaik mungkin...betapa seksanya dia nk mengeluarkan zuriat anda satu2nya2nya...n once u care bout ur wife u akn lbh menghargai ibu yg melahirkan u all....skrg ni my baby almost 7m masih trasa tau sakitnya bila angkat brg yg berat..tambah lg plak aku 2org czer jarak dkat...

HEBAT SUNGGUH MELAHIRKAN BAYI MU CARA YANG ALLAH TENTUKAN

10/12/2013, Selasa
semalam ada sesi temujanji dengan Doktor Hospital Kuala Lumpur, so 7.40 pagi lagi dah ada dekat Klinik O&G. Macam biasalah prosedur nya macam kat klinik-klinik kerajaan yang lain. Daftar, cek urine, ambil tekanan dan berat. Selepas itu kenalah panggil dengan staff pratikal ni untuk "booking", selain dari tu bermacam2 soalan lah yang ditanya tentang sejarah kelahiran lama, pasal latarbelakang keluarga kita, belah suami kita dll. Dah soal jawab bagai,  kena tunggu sesi scan plak, then lepas tu barulah p jumpa doktor.
Sebab musabab kena jumpa doktor ni, tak lain tak bukan pasal kes sejarah lampau kelahiran anak pertama mas. Al maklumlah bila dah pertama kali operate, orang kata comfirm anak kedua pun akan operate juga. Tapi ada juga setengah orang dapat melahirkan anak kedua secara normal. Semuanya bergantung kepada nasib. Wallahualam...
Jadi, dari perbualan dan perbincangan, doktor macam biasa akan bagi dua kaedah sama ada mas still nak operate atau cuba bersalin Normal... bila dah tanya mas, dah tentu-tentulah mas akan cakap NORMAL.. sebab yang pertama dulu pun bukan mas yang terhegeh-hegeh nak operate tapi disebabkan ingin menyelamatkan nyawa anak yang ku kandung selama 38 minggu tu. Harap-harap kali ni biarlah air ketubanku pecah sendiri, masa yang pertama dulu baru bukaan 4cm dah doktor pakar pecahkan air ketuban dengan alasan nak mempercepatkan bukaan dan laluan bayi. So, doktor ada terangkanlah risiko-risiko jika pilih operate atau normal. Peningkan doktor tu jika nak tunggu mas dok fikir lelama nak bersalin ikut kaedah mana (FINAL), pesakit ramai lagi kat luar tu..hehehe.. jadi buatlah temujanji di hari lain untuk dapatkan keputusan muktamad. 

* kaedah kelahiran pertama mas dahulu*

masa ni mas dibius separuh badan sahaja, dan yang paling seronok dapat tengok secara "LIVE" melalui cermin lampu / lampu cermin dekat atas tu macam mana anak bujangku dikeluarkan..

tetapi kali ni untuk kelahiran kedua

SAYA NAK BERSALIN NORMAL, Doktor!!

Tapi bila balik tu, ada jugalah terlintas difikiran mas, susah2 macam ni Operate jelah... sebabnya mas dah pernah lalui detik macam ni kan.. tapi bagi mas, setiap wanita didunia ini semua nak lahirkan anaknya secara Normal. Kadang-kadang bila dah duduk sorang-sorang kepala otak dok rewang bercakap "tak sempurna jadi seorang wanita, isteri dan ibu jika aku tak boleh bersalin normal"...  meroyan sekejap
Jadi balik je dari hospital tu, cepat-cepat buka internet dan cuba cari pengalaman dan sejarah pabila melahirkan anak kedua secara normal selepas operate. Dari segi pembacaan mas, normal atau operate tak penting , yang penting sekali adalah dari dalam diri kita sendiri, pembawakan kita, kecekalan kita dan ketabahan kita selepas mengharungi proses bersalin. InsyaAllah jika mental kita kuat, tidak mustahil kita boleh melahirkan anak secara normal. Semuanya atas kekuasaan Allah swt. 
Apa yang penting sekarang, mas kena bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. InsyaAllah, kalau ikut pengiraan minggu depan dah genap 9 bulan (36 minggu), dan bila-bila masa sahaja si kecik ni akan keluar melihat dunia. Apa-apa pun doakan mas dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat ye. 

#copypaste dari majalah Pa&Ma berhubung dengan Kelahiran Normal selepas Caesarean
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas melalui pembedahan caesarean di kelahiran pertama, anda boleh berusaha untuk bersalin secara normal pula di kelahiran akan datang.

Impian melahirkan bayi yang dikandung secara normal selepas pernah menjalani pembedahan caesarean sememangnya menjadi matlamat kebanyakan para wanita hamil. Sudah menjadi fitrah buat seseorang wanita itu untuk cuba melahirkan anaknya menerusi faraj tanpa perlu melalui pembedahan yang sarat dengan pelbagai risiko yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun bayi yang dikandung.

Yakinilah bahawa usaha anda untuk mencuba kelahiran normal selepas caesarean atau lebih dikenali sebagai VBAC adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean untuk sekian kalinya.

Malah, pada masa kini kebanyakan doktor mengesyorkan kelahiran normal selepas pembedahan caesarean sekiranya beberapa aspek penting tertentu dipenuhi terlebih dahulu. Oleh yang demikian, jika anda bercadang untuk berusaha ke arah VBAC, dapatkan pandangan daripada doktor pakar yang memeriksa kehamilan anda sebelum mengambil sebarang keputusan.

Lazimnya, masih selamat untuk anda menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini.

Walau bagaimanapun, VBAC tidak sama sekali disyorkan kepada anda yang pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean. VBAC boleh dicuba sekiranya :
1. Anda hanya ada satu parut yang rendah dari sisi ke sisi daripada pembedahan caesarean terdahulu.
2. Punca pembedahan terdahulu tidak berlaku dalam kehamilan terkini, Contohnya seperti bayi besar, tekanan darah tinggi dan diabetes.
3. Tiada sebab untuk anda menjalani kelahiran secara caesarean sepanjang kehamilan kali ini seperti komplikasi placenta praevia (uri bawah).
4. Pembedahan caesarean terdahulu bukan pembedahan klasikal.
5. Pelvis bersaiz normal.

Risiko
Untuk pengetahuan anda, wanita yang cuba untuk VBAC selepas pernah menjalani caesarean berkemungkinan kecil akan mendapati parut pada rahimnya terbuka semasa mengalami sakit kontraksi kelahiran. Komplikasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan juga.

Namun begitu, risiko untuk rahim pecah dengan VBAC kehamilan tunggal (kajian tidak menunjukkan keputusan untuk kehamilan berganda) adalah hanya di antara satu hingga dua peratus. Hal ini kerana risiko untuk parut terbuka dan seterusnya menyebabkan rahim pecah adalah sangat rendah semasa VBAC sekiranya anda hanya ada satu parut yang rendah. Pada masa yang sama proses kelahiran tidak dimulakan dengan penggunaan ubat pencetus kontraksi.

Risiko sebegini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal di mana hirisan rahim dibuat secara menegak dan bukannya melintang seperti yang kerap dilakukan oleh doktor pada zaman sekarang. Ketahuilah, rahim pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara menegak tidak lagi diamalkan.

Biar apa pun risikonya, VBAC hanya boleh dijalankan oleh hospital yang mampu menjalankan pembedahan caesarean secara kecemasan. Untuk makluman, jika anda telah mencuba untuk VBAC tetapi malangnya masih memerlukan pembedahan caesarean, risiko menghadapi jangkitan adalah lebih tinggi berbanding daripada terus menjalani caesarean.

Kebaikan VBAC
Sesungguhnya terdapat banyak kelebihannya jika anda memilih bersalin secara normal.
1. Jalin Ikatan Dengan Bayi
Anda berupaya untuk menjalinkan hubungan dengan bayi baru lahir lebih awal. Ini dapat dilakukan apabila anda boleh terus memegang bayi selepas melahirkannya berbanding pembedahan caesarean. Anda juga boleh mula menyusukan bayi dengan susu ibu sejurus selepas kelahiran. Menyusukan bayi selepas melahirkannya secara normal lebih senang kerana anda tidak perlu menanggung kesakitan di bahagian jahitan pembedahan.

2. Lebih Selamat
VBAC akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau mengalami komplikasi yang berkaitan dengan risiko pembedahan.

3. Pemulihan Yang Cepat
Jangka masa untuk anda tinggal di hospital adalah lebih singkat selepas VBAC. Tempoh yang lebih pendek di hospital membolehkan anda menghabiskan lebih banyak masa menjalani rutin penyembuhan di rumah. Dalam pada masa yang sama juga, anda mampu untuk mengembalikan tenaga dan stamina dengan lebih cepat disebabkan kurangnya kesakitan yang dialami selepas melahirkan.

4. Kurang Komplikasi
Dengan VBAC, anda dapat mencegah daripada berlakunya komplikasi tumpah darah yang banyak, darah beku di kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.

5. Elakkan Pertambahan Parut
Pertambahan parut pada bahagian rahim kesan daripada pembedahan caesarean dapat dihindari dengan VBAC. Aspek ini sangat penting bagi membolehkan anda merancang untuk menambah bilangan anak. Hal ini kerana semakin banyak parut pada rahim, semakin tinggi risiko untuk bersalin di kelahiran seterusnya.

6. Bayi Turut Mendapat Manfaat
Kelebihannya dapat dirasai oleh bayi apabila dia kurang risiko untuk dilahirkan secara pramatang, kurang masalah pernafasan selepas lahir dan paling penting kurang berisiko untuk menghadapi kematian.

7. Kurang Mahal

Prosedur VBAC adalah lebih murah berbanding pembedahan caesarean yang terancang. Hal ini kerana kosnya jauh lebih murah.

Rukyah Bersalin

"
... sayu hati saya melihat isteri menahan kesakitan.Terfikir saya azabnya wanita mengandung & bersalin.Kaum lelaki kena lihat sendiri pengalaman macam ni.Baru tahu susahnya kaum Hawa nak bagi zuriat... hehehee

Maka,apa yang lakukan pada permulaannya ialah terus berniat MEMAAFKAN semua dosanya andai dia tersalah kata/bahasa pada kita.Pohon pada Allah, jangan kerana dosanya,dia azab untuk meramaikan umat Muhammad S.A.W
Keduanya, saya meletakkan tapak tangan di dahinya. Disitu saya bacakan Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan ayat Syifa' Al-Quran. Saya juga bacakan Doa Nabi Ibrahim agar kesakitannya diganti dengan rasa sejuk yang nyaman.
Ketiganya, saya meletakkan tapak tangan diperutnya. Saya bercakap secara jelas.
'Wahai Hamba Allah dalam perut ini.Ketahuilah ini adalah Papa (ayah) kamu.Aku arahkan kamu dengan nama Allah agar kamu keluar.'

Saya ulang beberapa kali... 'Ukhruj fi bi'iznillah' (keluar dlm keizinan Allah)
Keempatnya, saya ulang sebanyak sebelas kali ayat *luncur air dan ditiup pada perut isteri menghala ke bawah.
Syukur, isteri saya hanya kesakitan serius selama 7 minit dan terus bersalin dengan mudah.Saya yang berada di sisi mengusap dahinya.Saya ucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup bertahan dan menemani kehidupan bersama saya.
....Saya pangkunya dan Azan di telinga kanannya.Kemudian saya iqamah di telingan kirinya.
Syukur Ya Allah...hari ini Engkau berikan daku zuriatku dan semoga dia menjadi anak yang soleh.
Kepada para Suami, saya ijazahkan amalan ini pada kalian.Semoga ianya beguna dengan izin Allah di masa hadapan...Insyaallah."

Ayat Luncur Air (Ulang 11x)

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Monday, 22 December 2014

Pusrapi Info : Tubuh Allah Jadikan Sebaik-baik kejadian.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pusrapi Info : 
Tubuh Allah Jadikan Sebaik-baik kejadian.

video

"JANGAN BIARKAN TUBUH YANG ALLAH JADIKAN HANCUR DITANGANMU SENDIRI"

"BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN PINJAMAN PADA KITA"

"MANUSIA ADALAH SEBAIK-BAIK KEJADIAN"

Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

yang bermaksud "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Ibnu Khatir telah menjelaskan ayat ini dengan berkata" Allah SWT telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk kejadian, ketinggian dan keindahannya.

Manakala, Al-Maraghi pula berkata "Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang paling baik. Kami jadikan manusia bersifat tegap, bertulang tumit indah, mampu mencapai maksud yang diinginkannya dengan tangannya, tidak seperti haiwan yang memungut sesuatu dengan mulutnya" 

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" 
✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Friday, 19 December 2014

Pusrapi Info : Hidupkan Sunnah Melalui Berniaga

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Berniaga Itu Sunnah Nabi Yang Sangat Hebat"

Berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang. Disebabkan orang kita dah biasa dengan makan gaji, bila kita nak memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan timbul, contohnya :

"Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan..."

"Bersyukurlah dengan apa yang ada..."

"Kalau kaya jutawan tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa..."

"Cukup lah dengan harta yang ada, buat apa nak kumpul lagi, bukan boleh bawa mati..."

"Meniaga tu sebab nak kaya cepat lah tu"

Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya. Tapi disebabkan ramai yang mengetahui sirah Baginda sebagai businessman di samping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah dan sebagainya.

Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:
Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)
Kenapa Allah menyebut perniaagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
“9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga” (HR Tirmizi)

Ramai yang salahfaham tentang konsep berniaga. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta (Ya, ia menjadi begitu sekiranya si peniaga berniat begitu).

Allah berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (4:29)

 Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Kepada siapa mesej ini diberikan? Adakah kepada Ah Chong? Tentu tidak sebab ia adalah ayat al-Quran yakni panduan kepada orang Islam. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.

 Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak  pula dengan jual beli dari mengingati Allah, dan dari menunaikan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang bila hati dan penglihatan digoncangkan.(24:37)

 Malah Rasulullah SAW pernah bersabda tentang kemuliaan seorang peniaga.
 Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh perniagaan hingga lupa pada Allah, dan tidak membayar zakat. Bermakna berniaga adalah satu perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang jadi masalah kalau dah mula berniaga, dah untung mula rasa diri best, nak keluarkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas:

 Mereka mengerjakan itu supaya Allah memberi balasan kepada mereka denganyang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya tanpa batas (24:38)

Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.

Jelas kan rezeki Allah itu dari secupak boleh jadi bercupak-cupak?

Berbalik kepada komen-komen ‘bernas’ dari mereka-mereka yang tidak menyokong perniagaan di atas… Mencari dan memiliki harta itu adalah dituntut dalam Islam. Buktinya banyak surah yang menyebut tentang jihad dengan HARTA DAN JIWA. Jiwa memang kita sedia miliki selagi kita belum mati. Harta? 

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dengan tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar imannya (49:25)
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk & tidak turut berperang dari kalangan orang-orang yang beriman (selain daripada orang-orang yang ada keuzuran) dengan orang-orang yang berjihad  pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satunya Allah menjanjikan dengan balasan yang baik, dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan pahala yang amat besar (4:95)

Berjuang yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas bukanlah tertakluk kepada jihad berperang semata-mata, malah mencakupi setiap sudut kehidupan (rujuk Tafsir Ibnu Kathir).

Kenapa kita perlu memiliki harta?

1. Dengan harta kita boleh mengeluarkan zakat, sedekah dan membantu sesama Islam. Contoh mudah, kenapa dakwah agama lain (contohnya Kristian) lebih berkesan dari dakwah Islam? Kenapa orang Islam yang murtad dengan gembiranya mengumumkan keluarnya mereka dari Islam sedangkan orang agama lain yang masuk Islam takut-takut? Salah satunya kerana dana dan support mereka begitu besar dan banyak diuruskan badan2 NGO sedangkan dana umat Islam biasanya diurusakan oleh badan2 kerajaan sahaja. 

2. Harta boleh digunakan untuk membangun agama. Nak buat sekolah agama kita terpaksa ke sana sini, kerah anak murid untuk minta derma (walaupun dalam bentuk jual kalendar dan kismis). Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke skolah agama tidak semua mampu untuk memberi sponsor membangunkan sekolah. Berbeza dengan sekolah Cina contohnya (bukan bermaksud nak membezakan kaum, sekadar contoh dan perbandingan), dana yang dikutip dari ibu bapa pun dah cukup nak buat bangunan sekolah. 

3. Ketiadaan harta (fakir) boleh mendekatkan kita kepada kekafiran (sabda Rasulullah). Ia memang benar-benar terjadi. Bila terjebak dalam desakan hidup, manusia sanggup buat apa saja, malah sanggup jadi pelacur untuk sesuap nasi. 

4. Harta untuk penyebaran dakwah Islam. Sekarang ni zaman semuanya kena dibeli. Kalau tak ada duit, bagaimana kita nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk sebarkan dakwah? Kalau duit sekadar cukup untuk kita makan anak beranak, bagaimana nak bantu jiran sebelah? 

5. Pemilikan harta supaya kita boleh beribadah dengan tenang. Bayangkan kalau kita tak ada rumah, tinggal dalam kotak, anak menangis tak ada susu (ni kes maknya tak ada ilmu breastfeed & tak ada duit nak beli buku atau pergi kursus), lepas tu kita pula lapar tiada makanan. Macamana kita nak beribadah dengan tenang? Nak solat pun mungkin terganggu dengan kelaparan dan tangisan anak. Apa lagi nak bersedekah, nak berbaik2 dengan jiran dan sebagainya. 

6. Suara kita tidak didengar bila kita miskin. Bayangkan kita dengan niat nak berdakwah tapi kita tak ada duit langsung. Pergi ke rumah orang disangka nak mintak derma. Bila ada kes kecurian ke orang mudah menuduh kita oleh sebab kita miskin. Bila kita nak beri pendapat dalam meeting RA orang taknak dengar sebab kita tak ada pengaruh. Bukankah itu sesuatu yang sukar?

Rasulullah miskin? Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tak ada rumah banglo, tak ada home theatre, tak ada karpet tenggelam kaki, tak ada baju branded… tapi cuba lihat bila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda2 perang dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu2 ke perutnya untuk menahan lapar.

Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:

“Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah”

Jadi nyatalah amat besar perkaitan antara ketakwaan dan pemilikan harta. Harta itu boleh menjadi satu medium yang sangat kuat dalam perjuangan dan boleh juga jadi punca kemurkaan Allah seperti yang terjadi kepada Firaun dan Qarun.

Jika diteliti sunnah-sunnah Rasulullah dan ayat-ayat cinta dari Al-Quran, harta dan hasil perniagaan adalah alat-alat untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun itu tertakluk kepada sejauh mana hubungan kita dengan-Nya pada peringkat awal. Harta dan perniagaan juga boleh jadi pintu ke neraka sekiranya ia makin menjauhkan kita dengan-Nya.

Jadi penuhilah tuntutan agama untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad. Jihad itu bukannya dengan menawarkan diri untuk menjadi suicide bomber. Kita lihat kebangkitan Islam di zaman Rasulullah bermula dengan pembinaan akidah, bukan terus memerangi orang kafir Quraisy. Zaman sekarang ni lebih teruk lagi keadaannya dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah sekurang-kurangnya ada pedoman hidup juga dari ‘Tuhan’ mereka (yang dipanggil Latta dan Uzza) tapi sekarang ni ramai orang dah tak bertuhan. Orang Jahiliyah bunuh anak perempuan kerana rules dalam bangsa mereka, orang sekarang bunuh saja anak apa-apa pun sebab hasil zina. Eh, bukan hasil zina pun kena bunuh juga (kes dera). Orang Jahiliyah kuat ikatan kekeluargaannya mengikut kabilah2 tertentu. Orang sekarang, dengan mak bapak pun buat musuh.

Berubahlah......Sekarang.....Taubat.....Kembali Memuji Allah Yang Maha Esa.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:

Ustazah Siti 019-449 9929
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tuesday, 9 December 2014

Pusrapi Info : Bahaya Lembah Sombong

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jauhi Diri Kalian Dari Lembah Ke SOMBONGAN TANPA SEDAR.

Pangkal ke SOMBONGAN adalah perangai didalam JIWA. Sifat SOMBONG  merupakan keinginan untuk menarik perhatian orang lain apa yang di SOMBONGkannya. 
Q.S Al-Isra’:  37
وَلا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الأرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولا (٣٧)
dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
Rasulullah SAW dalam hadis menjelaskan definisi sombong :
الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

Sombong  ialah tidak menerima kebenaran dan menghina sesama manusia.

Allah benci dengan orang-orang yang sombong:

Firman Allah Q.S. Lukman (31) ayat 18

Artinya: dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Firman Allah tentang kesombongan Iblis yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam :

Q.S Al-A’raf (17) ayat : 13

Artinya : Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, Maka keluarlah, Sesungguhnya kamu Termasuk orang-orang yang hina".

Hadis Nabi tentang Sombong

Nabi berkata bahwa orang yang sombong meski hanya sedikit saja niscaya tidak akan masuk surga:

”Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah Saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebiji atom dari sifat sombong”. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakainnya itu indah atau sandalnya juga baik”. Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim]

Nabi juga berkata bahawa orang yang sombong niscaya akan disiksa oleh Allah di akhirat nanti:

Dari al-Aghar dari Abu Hurarirah dan Abu Sa’id, Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Ada empat bahaya Sombong.

1.      Memiliki rasa yang yang paling dipercayai dan merasa dirinya hebat. Penyebab perasaan orang ini kerana kelebihan yang ada pada dirinya tanpa melihat bahwa orang lain juga memiliki kelebihan yang sama atau lebih baik. Merasa menjadi orang yang paling baik dan benar sehingga ia menjadi orang yang tidak mengaku kalah.

2.      Tidak menyukai sebarang nasihat dan kritik dari orang lain kerana merasa sudah sempurna dan benar. Dia merasa dirinya tiada sebarang kekurangan. Segala nasihat pun sukar diterima maka kritik pun akan dia tolak mentah-mentah dan membenci apabila dinasihati.

3.      Tidak suka jika orang lain berjaya malah lebih berhasil dan maju dari dia. Setelah itu orang sombong akan menjadi iri hati terhadap orang lain yang lebih hebat. Sikap ekstrim paling berbahaya dari orang sombong adalah pembunuhan kerana kebenciannya terhadap orang lain.

Menolak kebenaran yang ada meskipun dia menyedari itu benar. Orang ini akan membangkang terus saat kebenaran datang kerana keras hatinya akibat sombong. 