Friday 13 February 2015

Pusrapi Info : Hidangan Beracun Ubat Sembuh Masa Kini

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.


Kenapa Masyarakat Kini Memilih Racun Sebagai Ubat, Penawar Sunnah pula yang dijauhi.



Kenapa Masyarakat Kini Memilih Racun Sebagai Ubat, Penawar Sunnah pula yang dijauhi.


Telah disedari sekian lamanya ubat-ubatan moden yang berlambak dipasaran yang merupakan satu kumpulan racun yang  boleh memberikan kesan akut (kesan keracunan yang ditunjukkan secara mendadak) sekiranya arahan pengambilannya tidak dipatuhi.

Statistik keracunan Malaysia dari 1988-1991 menunjukan sejumlah 1745 kes dilaporkan. Ubat-ubat yang sering dilaporkan mengakibatkan keracunan ialah ubat antidpresi,analgesik,ubat selsema(antihistamin), ubat tidur yang mengandungi barbiturat,ubat sakit jantung, ubat penenang, ubat batuk yang mengandungi narkotik dan ubat penambah mineral seperti zat besi.


Ubat Antidepresi
Ubat ini digunakan untuk merawat depresi atau kesugulan yang merupakan satu gangguan psikologi. Ini termasuklah gangguan tinglah laku, seperti bermuram,cepat marah, gangguan tidur, hilang berat badan dan kurang selera makan. Rawatan kesugulan biasanya melibatkan kedua-duanya iaitu kaunseling dan ubat. Ubat yang biasa digunakan ialah antidepresi trisiklik seperti imipramin.

Keracunan akibat lebihan pengambilan trisiklik (melebihi 500mg) ialah gangguna pada sistem jantung dan saraf. Ini kemudian mewujudkan gejala seperti suhu badan menurun, penglihatan kabur, tekanan darah menurun,sawan, pernafasan tertekan dan gangguan degupan jantung serta koma.

Tiada rawatan untuk ini kecuali memaksa pesakit memuntahkannya kembali dengan menggunakan Sirup Ipecac dan lain-lain kaedah yang wajar.

Ubat Analgesik
Kumpulan ubat jenis ini digunakan untuk menahan atau meredakan kesakitan akibat sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi dan sebagainya. Ubat analgesik hanya mengurangkan rasa kesakitan secara sementara, apabila rasa sakit kembali, pesakit cenderung untuk mengambil lagi dengan menambah jumlah dos atau memakan dengan kerap sehingga menghasilkan keracunan.

Terdapat dua jenis ubat analgesik iaitu jenis narkotik dan bukan narkotik. Jenid narkotik adalah dadah terkawal sepertik petidine dan morfin. Manakala jenis bukan narkotik seperti paracetamol dan aspirin.
Jenis narkotik biasanya dikawal dosnya oleh doktor dan tidak mudah didapati, tetapi jenis bukan narkotik adalah tidak terkawal, mudah didapati dimana-mana sahaja farmasi malah kedai runcit sekalipun. Ini menyebabkan ianya tidak terkawal dan pesakit cenderung menyalah gunakannya sehingga menimbulkan keracunan.

Paracetamal-Panadol
Dalam pengambilan ubat ini secara biasa, metaboit merbahaya ini bergabung dengan sejenis enzim, glutation di hati untuk menjadi bentuk normal. Apabila ubat ini diambil secara berlebihan, jumlah enzim glutation yang terhad menyebabkan metaboit perantara tidak dapat dineutralkan. Akibatnya metaboit tadi bergabung dengan sel hati musnah. Selain hati, buah pinggang juga akan rosak dengan mekanisma yang sama.


Aspirin
Biasanya digunakan untuk meredakan kesakitan, menurunkan suhu ketika demam, mengurangkan kesakitan atritis dan mencairkan darah.

Biasanya diambil 1g dengan 4 biji maksimum sehari. Kepada kanak-kanak aspirin boleh menyebabkan penyakit Sindrom Reye, kepada orang dewasa pula muntah dan loya adalah antara kesan sampingan pengambilannya.
Aspirin boleh menyebabkan pendarahan diperut, gusi malah juga otak!

Pengambilan berlebihan aspirin akan menjadi racun kepada tubuh, tanda-tanda awalnya ialah loya, berpeluh, suhu meningkat, lesu dan akhirnya pesakit tidak sedarkan diri dan boleh membawa maut.


Ubatan Beracun Membawa Pesakit Kepintu Dialisis.

Pengamalan ubatan beracun yang kita amalkan sepanjang hidup kita akhirnya memberi kesan yang amat buruk pada organ tubuh badan kita yang asli dikenali sebagai Buah Pinggang, mendapan racun yang banyak dalam tubuh seseorang akan mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Kini negara kita penuh dengan lambakan sampah ubat-ubatan yang akan membuatkan masyarakat lebih merana kerana pergantungan tegar meraka terhadap pengubatan Ubat tetapi racun.



Ya....Allah ampuni daku kerana merosakkan tubuhku sendiri kerana tidak sabar mencari kesembuhan Alami.

"Fikirkan sampai bila kalian akan mengamalkan ubatan yang pastinya menanam kerak racun untuk tubuh"


"Ubatan Hidangan Beracun Manusi Masa Kini"
Pemikiran Barat Telah Berjaya Mencipta Racun Serang Saraf Dengan Ubatan Beracun Yang memjadi hidangan rutin masyarakat yang tidak mendapatkan maklumat sebelum mengamalkan dalam hidup sehariannya.


Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)




No comments:

Post a Comment