Monday 9 February 2015

Pusrapi Info : Kes Reput Kaki Baru Datang Lagi - Gangren

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

Pusrapi Info :
Kes Reput Kaki Baru Datang Lagi - Gangren



Info Lanjut Kes Klik Link Dibawah:



Dalam kaedah perubatan perubatan moden dan alternatif sering mengangap suatu penyakit adalah berpunca sama ada disebabkan oleh kegagalan sistem anatomi atau kerosakan sistem fisiologi. Mereka menganggap punca segala penyakit adalah akibat daripada gangguan ketidakseimbangan dalam badan dan tujuan objektif perubatan dan perawatan adalah hanya memfokuskan bagaimana untuk mengembalikan ke tidak seimbangan tersebut. 

Perubatan ini tidak menerima punca sesuatu penyakit sekiranya dikatakan bahawa penyakit berasal daripada luar anatomi dan gangguan fisiologi. Oleh itu perubatan moden mahupun komplementari hanya memfokuskan diagnosisnya khusus kepada penilaian fizikal, iaitu simptom-simptom yang terkelihatan, seperti pemeriksaan fizikal badan, diagnosa anak mata (iridiology), pemeriksaan tapak tangan dan kaki (refleksiologi) dan sebagainya. Mereka tidak menimbangkan lagi kaedah-kaedah lain seperti rohaniah di dalam menerangkan serta menentukan jenis dan punca sebenar sesuatu penyakit.

Setiap kes-kes penyakit kronik perubatan moden banyak menggunakan kaedah rawatan yang diberikan lebih kepada ubat-ubatan yang dipercayai mampu mengimbangi semula biokimia tersebut.

Pakar perubatan akan menceritakan definisi sesuatu penyakit dari sudut biologi, menerangkan punca kejadian dan mengapa ubat tersebut dipilih dan bagaimana cara tindakan ubat tersebut menyeimbangkan sistem badan dengan meyekat, memperlahankan atau mempercepatkan sesuatu kandungan dalam badan bagi mengubati penyakit. 

Pesakit seolah-olah sedang bercakap dengan pencipta mereka dan merasakan semua masalah akan selesai dengan tindakan yang bakal diambil oleh doktor tersebut.

Pakar perubatan sering merumuskan penyakit terjadi akibat faktor pemakanan, tekanan, masalah kegagalan sistem dalaman tubuh dan usia, manakala ‘Pakar Perubatan Islam’ pula menyalahkan pihak tertentu seperti jin,sihir dan buatan orang.

Hukum pertimbangan sunnah mempercayai bahawa segala permasalahan dan penyakit adalah berpunca daripada kegagalan dan kelemahan diri sendiri. Secara mudah untuk difahami ialah penyakit itu berpunca daripada apa yang kita lihat, dengar, bau, rasa dan sentuh.


Pelbagai usaha telah dijalankan sejak zaman nabi Allah Adam a.s untuk mencari penawar bagi setiap penyakit. Kajian berterusan dan canggih terus dilakukan sama ada dari tempat klinkal atau makmal. 

Namun pelbagai jenis penyakit kian bertambah dan lebih merumitkan lagi dengan perubahan gaya hidup manusia dan perubahan kepada alam persekitaran. 

Nabi s.a.w bersabda :

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali sakit tua dan mati’

   
Memahami Penyakit Melalui Hukum Pertimbangan Sunnah

Firman Allah SWT :

“Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku”. (As-Shu’araa : 80)


Penyakit atau apa-apa tekanan dan seterusnya segala apa pun masalah sebenarnya adalah“makhluk”  yang diciptakan olehNya. Kewujudannya hanyalah untuk menguji hamba-hambanya yang dikasihi.Oleh itu, sudah semestinya penyakit itu datangnya dari Allah dan hanya Allahlah yang menghilangkan serta menyembuhkannya.

Hakikatnya Allah lah  yang memberi mudarat dan Allah lah yang memberi manfaat dan penyembuhannya sudah pastilah dari Allah.

Untuk memahami ini, adalah penting untuk kita mengenali dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Didalam asma ul husna, terdapat beberapa nama allah yang boleh kita renungkan untuk kita fikirkan.

"Ad-Dhor" maknanya Yang Maha Memberi Mudarat. Yang mendatangkan masalah,kemudaratan,kesakitan dan kesengsaraan tidak lain dan tidak bukan ialah allah s.w.t atas sebab-sebab tertentu yang harus kita fikirkan dan insafi. Oleh yang demikian, bukanlah jin dan syaitan atau buata orangy ang menyebabkan sakit dan penderitaan kita. Dan percayalah segala usaha jahat dari maan-mana pihak sekalipun tidak akan Berjaya tanpa keizinan Allah s.w.t.

Maksud Hadis Qudsi :

“Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus kepada dosa-dosa”.


" An-Nafe' " maknanya Yang Maha Memberi Manfaat. Segala kebaikan, hikmah dan rahmat didunia ini adalah pemberian Allah s.w.t. Walaupun sesuatu itu dibuat dengan sedaya upaaya kita,namaun tanpa keizinan dari Allah s.w.t ianya tidak mungkin berhasil.

  
"As-Shafi" maknanya Yang Maha Penyembuh. Perawat dan pesakit hanya berusaha,penyembuh sebenar ialh Allah s.w.t. Setiap orang hendaklah faham dalam hal ini, terutamanya para perawat, agar tidak menjadi syirik kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w bersabda :

 “Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah”.


“Al – Kaliq” maknanya Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya sel kanser kita yang membarah, besar, bernanah itu adalah ciptaan Allah s.w.t. Sel-sel tersebut tidak akan dapat membiak dengan begitu cepat untuk membentuk satu ketumbuhan yang besar jika tidak mendapat hidayah dari Allah s.w.t

Oleh yang demikian hakikat penyakit sememangnyalah datang dari Allah SWT  pencipta sekian alam dan kesembuhannya juga datang dari Allah juga.

Perubatan Kesufian Islam menerangkan penyakit atau kesihatan tubuh manusia bermula dari Rohnya (jiwa).Seseorang yang sihat adalah seorang yang tidak memiliki penyakit-penyakit rohani yakni sifat-sifat mazmumah atau tercela  seperti, syirik,nifaq,riya, ujub, takabur, hubbud dunya dan juga tidak memiliki penyakit fizikal atau lahiriah seperti melakukan amalan mengikut hawa nafsu kerana hasutan syaitan,melakukan bida’ah dan perbuatan sia-sia dan sebagainya.

Dunia perubatan kini sedang mengkaji dan mempromosikan perubatan pencegahan, iaitu menyeru agar orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat. Tujuannya bagi mengelakan dari berlakunya penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit seperti sakit buah pinggang (renal failure),jantung, darah tinggi (hipertensi),kencing manis (diabetis mellitus) dan sebagainya.

Sejarah Islam menunjukan bagaimana kemajuan perubatan pencegahan semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Baginda dan para sahabat tidak pernah mengalami penyakit yang kronik dizamannya, ianya bukan kerana amalan fizikal semata-mata seperti yang dipromosikan oleh kementerian kesihatan, tetapi juga kesihatan baginda dan para sahabat datang dari amalan rohani mereka.























































Kulit Bawah Punggung Mulai Melecet - Selalu dikenali Dubur Memburuk.

Kaki Pesakit Yang Selesai Dirawat.


Info Lanjut Kes Klik Link Dibawah:









Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



No comments:

Post a Comment