Friday, 6 February 2015

Pusrapi Info : Kisah Derita Si Pesakit Buah Pinggang.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

 Pusrapi Info : Kisah Derita Si Pesakit Buah Pinggang.

Lebih 1,600 pesakit menerima rawatan dialisis 
di 28 pusat di seluruh negara.




7hb Feb 2015 - Kisah Pengidap Dialisis Buah Pinggang.

Saya telah disahkan doktor mengalami masalah buat pinggang dari bermula dari tahun 2011, dan disyorkan pihak hospital untuk menjalani dialisis. Kini telah genap 4 tahun kaedah dialisis saya lalui.

Selama tempoh 4 tahun menjalani kaedah dialisis saya merasakan perubahan yang amat ketara berlaku pada tubuh saya.

Bermulanya dari anak saudara saya yang mengesyorkan untuk beramal dengan ubat darah tinggi di Farmasi, sebelum disyorkan oleh doktor hospital. Konon untuk mencegah penyakit darah tinggi dari awal. Saya merupakan seorang yang kurang beramal dengan air kosong mengakibatkan saya mengamal ubatan dengan cara kurang minum air. Kesan selama saya beramal dengan ubat darah tinggi farmasi mengakibatkan kedua-dua buah pinggang saya mengalami kerosakan dan terpaksa menjalani proses cuci buah pinggang secara dialisis.

Saya pernah menjalani proses tebuk pada bahagian bawah pusat di Hospital Klang. Dari awal untuk melakukan kaedah memasang tiub pencucian guna air, namun gagal kerana pada tiub yang dipasang mengeluarkan darah. Kemudian saya menjalani proses memasukkan camera pada bahagian punggung & mulut, rasa kesakitan yang teramat memberikan satu pengalaman seperti orang yang hampir akan mati. Kesan dari memasukkan camera dalam mulut telah mengakibatkan usus saya terluka. 

Walaupun menjalani kaedah dialisis saya masih beramal dengan ubat darah tinggi, kini datang lagi penyakit baru, dimana doktor mengesahkan saya mengidap penyakit ketumbuhan Fibrod diperut.

Kini badan saya semakin lemah apabila doktor juga mengesahkan saya perlu menjalani pembedahan untuk mengambil air tulang belakang & juga melakukan operation membuang ketumbuhan fibrod. Saya berasa amat-amat khuatir dengan apa yang disyorkan oleh pihak hospital. Sehinggalah saya bertemu dengan kak ipar saya yang mengidap penyakit kanser Tonsil yang menjalani rawatan penyembuhan alami di Pusrapi. Saya berasa tertarik untuk berikhtiar mendapatkan rawatan di Pusrapi setelah melihat kesihatan kakak ipar saya yang menampakkan perubahan. Lebih mengembirakan lagi apabila ianya tidak perlu beramal dengan pengubatan kimia sepanjang masa kerana telah digantikan dengan kaedah pemakanan sunnahtullah yang lebih alami.

Ayuh muslimin & muslimat kita sama-sama mendoakan kesembuhan pada seluruh muslimin & muslimat yang sakit dikalangan kita agar diberi kesembuhan alami yang lebih mendekatkan diri mereka kepada yang Maha Rabb.


PUNCA DERITA TIADA KU SANGKA...

Kes 1.
Sengaja berbual dengan makcik Fatimah untuk mengetahui bagaimana makcik Bedah boleh sakit.

Allah Maha Berkuasa, tiada daya kita manusia biasa ingin melawan takdir. Namun masih boleh dielakkan jika kita tahu punca deritanya.

Dikhabarkan makcik Bedah ini sering mengalami senggugut di zaman remajanya.

Cara paling mudah untuk menahan bisa senggugut adalah dengan makan pain killer a.k.a. PONSTAN (alaa, ubat yang warna kuning-kuning tu...)

Jika Ponstan ini diambil terlalu kerap dalam jangka masa yang panjang, maka kesan sampingannya akan berlaku. Di mana Ponstan ini sangat berkesan dalam MENGGAGALKAN FUNGSI BUAH PINGGANG.

Sudah pasti ramai yang dah tahu... & ada juga yang baru tahu...

Istiqamah Makan Ubat Pasti Tubuh Alami Mudarat


Zaman remaja di univertisi ramai kawan-kawan yang gemar mengamalkan kaedah dibawah untuk mempercepatkan datang haid tanpa mereka ketahui kesan yang bakal mereka alami apabila ianya diamalkan.

"KITARAN PERIOD BOLEH DIPERCEPATKAN SEMINGGU LEBIH AWAL JIKA MAKAN 2 BIJI PONSTAN BERSAMA DENGAN AIR COCA-COLA"

"AMALKAN LAH JIKA ANDA RASA BUAH PINGGANG ANDA TIDAK LAGI DIPERLUKAN UNTUK TUBUH"

DInasihatkan remaja & kaum wanita di luar sana supaya tidak terjebak dalam gejala penyakit ini. Kita perlu......

ELAKKAN DIRI KITA DARI MENJADI PENYEBAB SEGALA PENYAKIT.



Perkongsian Kisah Pengidap Buah Pinggang
"Kesihatan Tidak Boleh Dijual Beli"


Baru-baru ni aku ada borak ngan sorang kawan kat opis. Dia berkisah tentang perihal ibu beliau yg menjalani dialisis untuk penyakit buah pinggang. Beliau ini perempuan berketurunan india. Kata dia ibu dia mendapat penyakit buah pinggang berpunca dari penyakit 3 serangkai. Pertama sakit jantung, kedua darah tinggi dan ketiga kencing manis. 3 serangkai ni dia dpt dari pemakanan dan cara hidup. Jadi disebabkan ubat yg dimakan untuk penyakit 3 serangkai ni, maka buah pinggang dia pun rosak. La ni dia kena pi dialisis 3 kali sminggu. Makan pon bercatu dan yg paling teruk dia boleh minum 3 liter air je sehari, klu dak peparu akan overflow.

Actually dia pun berkisah pengalaman beliau bila bawa ibu dia pi dialisis. Dia jumpa ramai org muda yg dah dpt penyakit buah pinggang ni. Almost 80% adalah melayu, 5% cina dan lelain bangsa lain. Antara kes yg di kisahkan,

1. Kes perempuan melayu berusia 25 tahun. Cantik, kurus dan fit tapi ada penyakit buah pinggang. Sebabnya adalah jamu. Dia amek jamu dari zaman skolah dan la ni dah 2 tahun disahkan ada penyakit buah pinggang.

2. Kes perempuan melayu berusia 28 tahun. Berkerjaya dan berbadan agak gempal. Dpt sakit disebabkan amek ubat pelangsing. Dari 120KG turun 30kg dalam 3 bulan. Masuk bulan ke-4 pengsan. Pi hospital, dua2 buah pinggang rosak. Gara2 ubat pelangsing.

3. Kes lelaki melayu berusia 30 tahun. Berkerjaya. Dpt sakit sbb arak. Dia mula minum dari usia remaja dan skolah. Perokok tegar dan mengamalkan hidup yg xtentu arah. Dua2 buah pinggang rosak.

4. Kes lelaki india berusia 40 tahun. Vegitarian dan mengamalkan kehidupan sihat. Dia kena sebab pengambilan berlebihan supliment dalam makanan. Sebab dia vegitarian dan kurang some vitamin dia amal dalam bentuk kapsul dan berlebihan. Dah sangkut dgn penyakit ni dari diognose pihak bertangjwb.

Setiap kali kos dialisis kat private dia kata makan lebih kurang RM300. Klu pi kerajaan atau tajaan ngo lebih murah dan ada yg free. Dia ada advise tentang pemakanan untuk mendapatkan buah pinggang yg sihat. Fungsi buah pinggang adalah menyaring bahan kumuh. Jadi klu nak menetural dia kne minum banyak air masak. Sbb apa bangsa cina kurang kena penyakit ni? Sbb depa mewajibkan keluarga depa minum air masak byk2 tiap2 hari. Melayu or india mmg minum air hari-hari tapi semua air manis atau air masam.

Kalau kita ingat, Nabi pun mengamalkan perkara ni. Baginda minum segelas air sejuk setiap pagi lepas bangun dari tidur. Jgn pandang remeh hal ni sbb kawan aku ni mati-mati kata kesihatan tidak boleh dijual beli. Tips dia mudah ja, minum air masak sebanyak yg boleh setiap hari.


Paling Menyedihkan Kebanyakkan Golongan Muda-Mudi Juga Terlibat Menjalani Terapi Dialisis Buah Pinggang.

SHASAINDRAN ketika menjalani rawatan.

Pesakit buah pinggang tabah harungi hidup

Walaupun aktif melakukan senaman dan bersukan di sekolahnya, dia tidak menyangka ditimpa kejadian malang selepas mengalami muntah darah ketika waktu makan.

Ketika itu T Shasaindran baru berusia 13 tahun dengan kehidupan seharian yang begitu normal.

Sejurus mengalami kejadian muntah darah itu, dia dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan dan seterusnya menjalani satu siri ujian klinikal.

Hasil diagnosis mendapati dia mengalami masalah buah pinggang kecut dan penyakit buah pinggang kronik (CKD) iaitu fungsi buah pinggang hilang secara beransur-ansur.

Buah pinggang adalah organ penting untuk penyingkiran bahan buangan daripada darah dan mengawal paras cecair air. Apabila gagal berfungsi, ia menyebabkan pembentukan toksin dalam darah yang boleh mengakibatkan komplikasi lain.

Shasaindran yang kini berusia 28 tahun meng-akui, pengesahan penyakit itu membuatkan harapan ibu bapanya musnah dan mengalami tekanan memikirkan nasib dirinya itu.
“Ketika itu saya masih muda untuk mengerti penyakit ini dan ibu bapa mengambil masa yang lama untuk menerima keadaan penyakit saya.

“Mereka memberitahu saya tidak dapat berjalan lagi selepas disahkan menghidap penyakit itu hingga membuatkan saya sendiri begitu tertekan,” katanya.

Rutinnya berubah apabila perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu sejak empat tahun lalu. Walaupun terlalu sibuk dengan rawatan, ia tetap memberi semangat kepadanya untuk kembali sembuh.

Pembiayaan rawatan adalah satu cabaran baginya memandangkan kesempitan hidup keluarganya yang hanya mendiami rumah flat kos rendah.
Dia menyara kehidupan dengan bekerja sebagai pembantu di tempat letak kereta dan bantuan sara hidup ibunya daripada PERKESO.

Ini turut menambah kesedihannya memikirkan bebanan keluarganya bertambah kerana perlu menggunakan wang untuk proses rawatan.
Baginya menghidap pe-nyakit itu membuatkan kehidupan mereka sekeluarga menjadi semakin teruk.
“Namun saya berasa bersyukur kerana nasib kami sekeluarga terbela apabila Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Malaysia bersetuju menyalurkan bantuan menanggung perbelanjaan dialisis.

“Tanpa NKF, saya tidak tahu bagaimana nasib diri sama ada dapat diselamat-kan atau tidak sehingga kini. Ini sangat membantu dan membuatkan saya bersyukur.

“Mereka menjaga saya dengan baik kerana mereka cukup sopan, penyayang dan merawat semua pesakit dengan penuh hormat,” katanya.
Menurutnya, pakar pemakanan juga tidak putus memberi nasihat kepadanya supaya mengambil makanan berkhasiat dan teratur. Mereka agak komprehensif dengan menganjurkan aktiviti tahunan untuk pesakit.

Walaupun tidak sembuh sepenuhnya, hidupnya kini semakin baik selepas menjalani dialisis secara teratur. Setakat ini, dia sudah menjalani dua pemindahan buah pinggang, namun gagal dan berdoa supaya pemindahan kali ketiga berjaya.

Semangat dan harapannya kini juga tinggi selepas memiliki diploma pengurusan perniagaan, sekali gus mahu memulakan perniagaan tempat letak kereta yang lebih maju dan meng-untungkan.

“Pengalaman pahit ini akan saya jadikan sebagai pengajaran untuk menjadi manusia yang lebih berjaya pada masa depan. Saya menyeru supaya masyarakat lebih prihatin terhadap amalan pemakanan sihat dan melakukan senaman fizikal serta menjaga buah pinggang mereka.

“Penyakit ini tiada diskriminasi kerana boleh berlaku kepada sesiapa saja,” katanya. NKF adalah pertubuhan untuk membantu rakyat Malaysia yang mengaami kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir kurang mampu untuk menjalani rawatan dialisis.

Lebih 1,600 pesakit menerima rawatan dialisis di 28 pusat di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30









La Tahzan Innallahama'ana - Janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kita. 

Ayat sembuh Allah kita ada....kita yakin dan beriman dengan ayatnya:

Surah Asy- Syu'araa' Ayat 26:80
YAKINLAH AKAN FIRMAN ALLAH :
"Dan Apabila Aku sakit, maka Dia Lah Yang Menyembuhkan Penyakitku.

حَسْبُنَا ٱللَّـهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ
“HasbunalLâh Wani’mal-Wakîl”,
Cukuplah Allah untuk kami dan dia sebaik-baik pengurus. 
(QS. 3:173)

نِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ
Ni'mal-Mawla Wani'man-Nashîr
Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong . 
(QS. 8:40)






Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min 017-426 6908
Ustazah Rahmah 012-4495689
Siti Sarah 013-4513459
Pn. Nor Aniza 012-319 2542


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)




24 comments:

  1. Assalamualaikum ustazah.

    Emak saya penghidap penyakit buah pinggang. Mula2 mak menjalani proses dialisis (cuci darah) tp sekarang mak kena cuci air sebab doktor cakap saluran urat drpd fistula ke jantung sangat halus dan risikonya sgt tinggi hingga boleh mengakibatkan kematian. Memang sgt derita melihat mak dlm keadaan itu dan tentulah juga kesian kpd adik yg menjaga mak kerana terpaksa berkorban rumahtangganya. Jadi seikhlas hati saya bertanya....adakah kaedah ustazah mampu menyembuhkan penyakit mak saya....sebelum ini dah merata kami berubat tapi hasilnya tetap mengecewakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum dwi mutiara. Bagaimana keadaan ibu saudari sekarang? Abah sy mengalami hal yg sama tapi disebabkan masalah kewangan kami terpaksa bawa abah pulang ke rumah dan xmenjalani rawatan di hosp. Tlg balas dekat email sy nortikum.ujangii@gmail.com

      Delete
  2. Bila tengok statistik tentang penyakit ini di Malaysia memang menakutkan.
    Antara disarankan untuk alternatif rawatan dengan mengambil suplement yang tinggi antioksidanya.
    Semoga sama-sama membantu kan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ustazah.
    Mak saya baru di sahkan pnykit buah pinggang tahap 5..bole smbuh tak dgn kaedah mcam ni..bantulah saya..mak sy dsyorkan mencuci buah pinggang mnggunakan kaedah air yg d bekalkn pihak hospital.. saya sedih sgt

    ReplyDelete
  4. Ayah sya mengidap penyakit yg sama.. ,,ustazah ..... bantu lah sya... ustazah.. ini email sya.. zarifashrul.za@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Ibu sy dh 5 thun mnjalani proses peritoneal dialisys...pada permulaan sgt mengecewakan..tp selepas setahun baru ada sedikit perubahan...sbnrnya mncuci buah pinggang xlah seteruk yg kita sangka cuma ia bergantung pada penerimaan individu..cuma pergerakan terbatas sbb sntiasa bergantung dgn treatment cuci ni...

    ReplyDelete
  6. Ibu sy dh 5 thun mnjalani proses peritoneal dialisys...pada permulaan sgt mengecewakan..tp selepas setahun baru ada sedikit perubahan...sbnrnya mncuci buah pinggang xlah seteruk yg kita sangka cuma ia bergantung pada penerimaan individu..cuma pergerakan terbatas sbb sntiasa bergantung dgn treatment cuci ni...

    ReplyDelete
  7. Ibu sy dh 5 thun mnjalani proses peritoneal dialisys...pada permulaan sgt mengecewakan..tp selepas setahun baru ada sedikit perubahan...sbnrnya mncuci buah pinggang xlah seteruk yg kita sangka cuma ia bergantung pada penerimaan individu..cuma pergerakan terbatas sbb sntiasa bergantung dgn treatment cuci ni...

    ReplyDelete
  8. Sakit buah pinggang ni, walaupun tak 'nampak' pada mata kasar, tapi tetap merbahaya. Makan minum semua kena kawal.
    pantang larang pesakit buah pinggang

    ReplyDelete
  9. Untuk amalan harian, boleh juga anda cuba minum air barli secara harian. Ia amat berkhasiat di mana selain membantu meemlihara kesihatan buah pinggang, ia juga dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.

    Jika dah cuba nanti, boleh kongsi di sini jika ada apa-apa perubahan yang positif setelah anda mengamalkannya...Insya Allah

    ReplyDelete
  10. Sy CKD stage 3... Kidney tinggal 1 yg berfungsi (itu pon mengecut). Lg sblh tidak berfungsi sejak lahir. (Masalah genetic) sy tiada kencing manis & darah tinggi. Blh Bantu sy,. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. saya pernah mengalami masalah buah pingganh. doktor kata buah pinggang saya bocor. protien dlm badan keluar melalui air kencing. Alhamdulillah, skrg sya dah sihat sepenuhnya. sya tidak mengamalkan ubat yg dibekalkan oleh doktor. saya hanya minum air rebusan daun avocado 2x sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eda...ayah saya pon mengalami penyakit yg sama....daun avocado blh saya beli dimana...brp lamA tempoh protein dapat kurg keluar melalui air kencing..sbb skrg sangat tinggi jumlh protein yg keluar...terima kasih

      Delete
  12. saya pernah mengalami masalah buah pingganh. doktor kata buah pinggang saya bocor. protien dlm badan keluar melalui air kencing. Alhamdulillah, skrg sya dah sihat sepenuhnya. sya tidak mengamalkan ubat yg dibekalkan oleh doktor. saya hanya minum air rebusan daun avocado 2x sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Eda...
      Boleh kongsikn camna nk dptkn daun avocado..Saya berminat untuk mencubanya..terima kasih..

      Delete
  13. Assalamualaikum. Sy juga alami situasi yg sama.. Dr dah suruh buat preparation utk capd. Harap sangat untuk sembuh.
    Adakah persoalan2 diatas telah di jawab ye

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Sy juga alami situasi yg sama.. Dr dah suruh buat preparation utk capd. Harap sangat untuk sembuh.
    Adakah persoalan2 diatas telah di jawab ye

    ReplyDelete
  15. Kos pemindahan penggantian buah pinggang sangat mahal..moga pesakit buah pinggang cepat sembuh.

    ReplyDelete
  16. JOM KE PUSRAPI PAUH JAYA
    012-5520195

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
    Masalah buah pinggang ini bukanlah sesuatu masalah yang boleh dipandang remeh.Baca Tanda Tanda Awal Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi Dan Cara Mengatasinya Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .

    ReplyDelete
  18. Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai atau perempuan dirasuk kesihatan yang serius dan 100% dalam penjualan atau pembelian buah pinggang perlu segera menghubungi hospital. Mercy lara e-mel: mercylarahospital@gmail.com. Oleh kerana kita mempunyai ramai pesakit yang masih hidup. Memerlukan pemindahan buah pinggang, anda sedang mencari peluang untuk menjual buah pinggang untuk wang kerana rehat kewangan ke bawah dan kami akan memberi anda $ 800,000 untuk buah pinggang beliau. Kami juga mempunyai ubat untuk HIV / bantuan Untuk mengatasi perkara ini, sila hubungi kami melalui e-mel: contact @.

    EMAIL: mercylarahospital@gmail.com

    WhatsApp nombor; +2348053930975

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Jimat kehidupan hari ini, penderma buah pinggang diperlukan segera untuk ganjaran tampan 500,000USD, penderma yang berminat sila hubungi Dr tim akash di dubai dengan segera untuk maklumat lanjut melalui alzahraonline@outlook.com

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas perkongsian ustazah

    ReplyDelete
  21. Salam

    Donor Buah Pinggang Diperlukan dengan segera
    Adakah anda dalam hutang? Adakah anda perlu mengumpul wang tunai untuk kos penjagaan kesihatan atau membayar hutang atau dalam keadaan pecahan kewangan? Tunggu! Pertimbangkan menjual buah pinggang anda sebagai Pilihan. Jika anda ingin menjual buah pinggang anda hari ini. Perintahkan kami dengan segera. Buah pinggang dibeli dengan jumlah maksimum $ 500,000.00USUS Dolar. Yayasan nasional kini membeli buah pinggang yang sihat. Nama saya Dr Anord Smith, adalah seorang ahli nefrologi di hospital nasional Hospital. Hospital kami khusus dalam Pembedahan Buah Pinggang dan kami juga berurusan dengan membeli dan pemindahan buah pinggang dengan penderma yang sama. Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan dan lain-lain. Jika anda berminat untuk menjual atau membeli buah pinggang, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui Email: massachusetts_generalhospita@aol.com
    Perlukan Donor Geniune

    Menunggu balasan anda ....

    Selamat sejahtera….
    Dr Anord Smith

    ReplyDelete