Saturday 21 February 2015

Pusrapi Info : Sakit Masih Mampu Solat.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.

Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

"Sakit Masih Mampu Solat"


Renunglah.....Walaupun sakit namun masih tetap rindu berhadapan sujud didepan Allah.




BERGETAR HATI MEMBACA INI
Kisah anak kecil bersusah payah pergi menjaga solatnya di sebuah hospital
MENGALIR AIR MATA DR YG MERAKAMKAN GAMBARNYA INI

Di sebuah hospital di Arab Saudi, seorang Doktor Pakar mengambil gambar ini. "Hatiku begitu terusik melihat pemandangan ini dan aku pun mengambil foto, " kata doktor tersebut.
Ketika itu bulan Ramadhan , seorang budak lelaki berusia 9 tahun dgn seluruh alat bantuan yg masih dilekat ditubuhnya, bersusah payah menuju Musolla hospital tersebut utk melaksanakan Tarawih..

Dia berjuang utk berada di saf pertama dan memilih utk berada paling hujung saf supaya peralatan bantuan medicalnya tidak mengganggu jamaah yg lain.

Doktor itu memberitahu lagi, "Selesai Solat Tarawih, akupun menghampiri kanak2 itu ,bertanyakan keadaannya dan dia menjawab,... "Alhamdulillah saya baik2 saja.."
"Tadi saya mengambil fotomu ketika engkau solat" kata Dr itu sambil menunjukkan foto di hpnya.. Anak kecil itu tersenyum memandang foto tersebut..

Kata Dr itu lagi, "Aku akan mengupload foto ini ke internet agar ramai mendoakan utk kesembuhanmu, apa pendapatmu nak..??"

Jawab anak kecil itu, "Bukan hanya mendoakanku akan tetapi mendoakan seluruh kaum muslimin yg sakit sepertiku.."

Jawapan anak kecil itu membuat Dr tersebut tidak mampu menahan dirinya utk menangis. Akhirnya Dr itu tersedu sedu menangis seperti anak2 kecil.

"Sungguh mulia hatinya, bukan sahaja menjaga solatnya tetapi tidak lupa menyuruh mendoakan pesakit lain sepertinya. Bergembiralah kau nak" kata Dr tersebut sambil membelai kepala anak kecil itu.

Sungguh menggetarkan hati, kusyuknya si anak kecil ini dlm solatnya. Dlm menahan kesakitan yg ditanggungnya, dgn belitan peralatan bantuan ditubuh, dia tidak merungut atau memberi alasan utk tidak bersolat.

Bagaimana dgn kita..?? Yg sering mengeluh..?? Semoga kita mampu mengambil pengajaran darinya. Dan marilah kita mendoakan anak kecil ini semoga dia sembuh dan tetap Istiqamah dlm keImanannya, Aamin.





Bahawasanya sembahyang itu adalah merupakan satu cara istiadat bagi membolehkan kita berdiri menyaksikan diri kita sendiri. Kita harus mengerjakan istiadat 5 waktu dalam masa 24 jam sehari semalam. Oleh itu adalah perlu bagi kita mengetahui satu ncara hakiki untuk menunaikan sembahyang.

Rasulullah saw telah pun menerima cara-cara sembahyang ini daripada Allah Taala didalam satu peristiwa Israk dan Mikraj. Maka di dalam peristiwa itulah Rasulullah saw memerima sembahyang dan cara-cara melakukan sembahyang tersebut. Maka jadilah sembahyang 5 waktu itu ntunggak dan tiang agong bagi hakiki hidup manusia itu sendiri.
Di dalam pertemuan rahsia dengan Allah swt Baginda Rasulullah saw telah menerima cara-cara sembanyang sebagaimana cara-cara para malaikat, rasul, aulia-aulia yang dizahirkan oleh Allah terlebih dahulu daripada Baginda.

Maka terimalah Rasulullah saw akan cara tertib tereni sembahyang tersebut dan kemudiannya digazetkan oleh Baginda di dalam peraturan syariat Islam dan ianya menjadi rukun Islam yang ke dua.

Cara peraturan istiadat sembahyang itu hendaklah menjadi panduan dan ikutan kepada umat-umatnya sampailah dunia ini kiamat dan akhirat menjelang tiba.
Di dalam mensyaratkan cara-cara sembahyang ini Rasulullah saw pernah bersabda
“SOLLU KAMAA RO AITUMUNI USOLLI” Ertinya Sembahyanglah sebagaimana Aku Sembahyang.

Di dalam menunaikan syariat solat ini syariat MOHD telahpun menetapkan hanya satu cara solat yang mutlak iaitu sembahyang atau solat yang benar-benar mengikut sebagaimana cara-caranya yang diterima oleh Rasulullah saw dari Allah Taala sahaja yang harus menjadi panduan dan amalan oleh umatnya.

Jesteru itu jika diamalkan selain daripada cara-cara solat yang diterima oleh Rasulullah saw daripada Allah Taala itu, maka sembahyang yang diamalkan itu adalah kosong dan sembahyang pak turut semata-mata, tengok orang takbir – kita takbir, tengok orang sujud – kita sujud, tengok orang tahayat – kita tahayat. Tetapi kebanyakkan daripada kita tidak pernah belajar sembahyang dan tidak pernah menyoal diri kita sendiri kenapa kita sembahyang dan kenapa pula sembahyang di buat begitu rupa sekali ( ada rokuk, sujud dan sebagainya)

KEBANYAKAN DARIPADA KITA HANYA MENUNAIKAN SEMBAHYANG IKUTAN LAHIR SAHAJA, kea lam dunia kita terus tengok ibu dan bapa kita sembahyang kita npun terus disuruh sembahyang. Lantas kitapun sembahyang dan terus sembahyang sampai kita menjadi dewasa dan tua. Kita tidak pernah bertanya asal usul sembahyang itu, kerana jika satu cara sembahyang itu tidak sampai persambungannya kepada Rasulullah saw, maka sembahyangnya adalah sembahyang pak turut dan sia-sia sahaja.

Maka sembahyang yang dibuat tanpa pengesahan guru yang mursyid yang mengamalkan tatacara sembahyang yang mempunyai persambungan mata rantai daripada Baginda Rasulullah saw, maka jadilah sembahyang itu sembahyang ikutan dari datok monyangnya dahulu.

Dunia terus berpusing, matahari tetap memancarkan cahayanya, makin sehari makin ramai cerdik pandai Islam dari universiti itu dan pondok ini, tetapi lihatlah dimana sahaja kita pergi kebanyakkan manusia sembahyang dengan cara-cara mereka masing-masing berbeza diantara satu sama lain. Perbezaan di antara seorang alim dengan seorang alim yang lain diantara seorang jahil dengan seorang jahil yang lain.

Cubalah lihat satu contoh perbezaan cara Takbir sembahyang diantara dua orang alim, yang belajar di satu pusat pengajian yang mempunyai kitab dab hokum yang sama dan cuba pula kita perhatikan kedudukan kaki mereka diantara dua sujud yang seorang begini dan seorang lain begitu.

Lantas juka terdapat perbezaan diantara dua orang alim tersebut maka di manakah pula kebenaran sabda Rasulullah saw yang mensyariatkan sembahyanglah sebagaimana baginda sembahyang. Sedangkan hanya satu cara sahaja. Rasulullah saw menerima sembahyang daripada Allah swt. Oleh itu jika terdapat perbezaan amalan di antara dua orang ulama’ maka bagaimana halnya dengan si jahil yang tidak pernah mendapat tunjuk ajar daripada seorang guru yang mursyid.

Wahai anak cucuku, setelah hidupku sesuku abad ini, nakun telah banyak menemui guru-guru syariat untuk bertanya tentang cara-cara sembahyang ini.

Aku bertanya kepada mereka cara-cara sembahyang dan bertanya pula dari mana mereka mengambil cara-cara sembahyang dan bagaimana petuanya untuk menghadirkan diri didalam sembahyang dengan penuh khusyuk dan tawaduk dan menghilangkan perasaan fikiran membuatku teringat kepada lembu di padang atau kain basah kerana hari nak hujan, didalam masa sembahyang.

Tiada daripada mereka dapat memberi petua kepadaku tentang cara-cara sembahyang Rasulullah saw, dan cara-cara untuk menghadirkan diri dengan kusyuk dan tawaduk di dalam sembahyang. Malah masing-masing dengan petua fikiran masing-masing yang berbeda diantara satu alim ulama’ dengan satu alim ulama’ yang lain. Lantaran daripada itu akupun telah mulai sangsi dengan cara-cara sembahyang mereka dan aku nijtihad bahawa mereka bersembahyang ikut-ikut sahaja. Mereka belajar di Universiti dan pondok-pondok. Mereka belajar kitab semata-mata, tetapi mereka sendiri tidak pernah belajar dan diajar sembahyang Rasulullah saw.

Daripada itu aku berdoa kehadirat Allah supaya diajarkan akun cara-cara sembahyang seperti yang pernah diajarkan kepada Rasulullah saw ketika peristiwa Israk dan Mikraj dahulu.

Pada suatu malam aku diajar cara-cara sembahyang oleh Rasulullah saw disaksikan oleh Nabi Yusof a.s, Wali Qutub Qutubun Jadid Syeikh Abdul Khodir Jailani dan Imam Syafie Rahmatullah. Mereka datang mengajar aku sembahyang didalam keadaan tawasul dan kemudian disahkan pula oleh nabi khidir a.s didalam suatu mimpi yang terang dan jelas dan aku masih ingat sampai kesaat ini.

Kemudian aku membawa cara-cara sembahyang yang aku perolehi ini kepada beberapa orang guru hakikat dan makrifat lagi mursyid. Lalu mereka mengesahkan bahawa cara-cara sembahyang yang diterima oleh aku itu adalah sememangnya sebagaimana cara-cara sembahyang yang di terima oleh Rasulullah saw semasa Israk dan mikraj dahulu. Sesungguhnya aku yakin dengan ilmu aku dan aku tidak akan syak dengan ilmu aku.

Adapun rukun sembahyang itu adalah 13 perkara, Pertamanya niat dan yang terakhirnya adalah tertib. Demikianlah syariat sembahyang mengikut hukumnya.
Bermula peraturan cara-cara sembahyang yang boleh aku terangkan di dalam buku cacatan aku ini adalah seperti berikut :-

1. Dirikan solat berikut mengikut syarat dan rukunnya.
2. Menghilangkan diri
3. Menilik diri rahsia yang dikandung oleh kita
4. Membaca dan mendengar setiap anggota kita, membaca pada setiap patah bacaan di dalam solat tersebut.
5. Merasai nikmatnya sembahyang
Kelima-lima cara ini hendaklah dibuat serentak di dalam acara sembahyang tersebut.

1. Cara-cara Solat Mengikut Syarat Rukunnya.
Adapun yang dikatakan solat mengikut syarat rukunnya adalah dengan kita mendirikan solat dengan mengikut semua syarat rukun seperti yang ditetapkan oleh syariat.
Disini aku tidak berhasrat untuk membincangkan satu persatu, tetapi hanya aku berhasrat untuk membincangkan di dalam sembahyang yang jelas benar mempunyai perbezaan tentang aturcaranya, tingkah laku di dalam sembahyang itu sendiri. Diantara Perkara-perkara yang aku ingin sentuh disini ialah :-

Niat
Adapun niat itu terkandung didalam Kosot, ta’arat dan Ta’ayin dan niat ini hendaklah terbit pada hujung hati kita dan terus dibuat dengan perlakuan, jadi niat boleh disimpulkan bahawa
‘Terlintas sesuatu dihati dan terus dilakukan dengan perbuatan akan apa yang terlintas dihati tersebut dan tidak kepada perbuatan lain’

Di dalam hal sembahyang ini kita lafazkan di dalam hati kita dan katakanlah
“ AKU HENDAK SEMBAHYANG MENYAKSIKAN DIRIKU KERANA ALLAH TAALA”
Disaat kita melafaskan niat kita ini, kita hendaklah berdiri ditempat sujud kita dan selepas lafaz niat langkahkan 3 tapak langkah kebelakang iaitu kearah tempat kita nak kiam pada sembahyang tersebut dan kiamlah untuk teruskan aturan sembahyang yang berikutnya.

BERDIRIi
Adapun yang dinamakan kiam itu adalah kita berdiri diatas tempat sembahyang dan menghala dada tegak kearah Baitullah ( Kiblat Ka’abah )
Dimana jarak diantara kaki kiri dengan kaki kanan adalah sejengkal lurus dan kedudukan kedua-dua tapak kaki hendaklah lurus kearah baitullah.
Letakan tangan-tangan kita lurus dengan kura-kura tangan kita tegak mengadap kearah Baitullah.
Manakala mata zahir kita hendaklah memandang ke tempat sujud dan hilangkan diri kita dan seterusnya Takbirlah iaitu ALLAH HU AKBAR. Di samping itu perlu diingatkan kedudukan dada kita hendaklah sentiasa tegak kearah Baitullah di sepanjang sembahyang kita tersebut.

TAKBIRRATUL IHRAM
Sambil kita berkata ALLAH HU AKBAR maka hendaklah kita mengangkat kedua belah tangan kita dengan tegak dan lurus serta biarkan ibu jari tangan kedua-dua belah tangan kita itu terkena cuping telinga kita disamping kita dapat merasakan ketegakannya, iaitu rasa tegang pada bahagian tengah belakang kita.
Lafaz ALLAH itu hendaklah di lafazkan dengan panjang 3 alif ( 6b harakat ) sambil angkat kedua belah tangan telinga dan lafaz AKBAR itu hendaklah serentak dengan kedua belah tangan kita untuk dipeluk atas pusat, dengan tangan kiri dibawah dan tangan kanan di natas.
Rapatkan lengan sebelah kanan ke bahagian rusuk kanan dan longgarkan lengan di sebelah kiri, semacam huruf HA SIMPUL PADA PERKATAAN ALLAH. Dakap kan tubuh kita kemas-kemas dan jangan sekali-kali bergerak walau keadaan macam mana sekalipun dengan lain perkataan tidak ada istilah boleh garu menggaru di dalam masa sembahyang.
Selesai sahaja takbir maka terus membaca doa iftitah ( Jangan diulangi lagi Takbir )

BACA AL FATIHAH
Hendaklah dibaca secara wakaf pada setiap ayat dan hendaklah dibaca di dalam dada, biarlah kita merasai bacaan kita itu, berada dibawah paras susu pada lambung kiri kita, dan jangan sekali-kali sekadar di baca dilidah dan didalam tengkok. Disamping itu ianya hendaklah dibaca mengikut tata cara bacaan yang betul mengikut sebutan huruf dan baris masing-masing
Bacalah Al Fatihah ini perlahan-lahan (jangan laju) supaya kita dapat keghairahan Al Fatihah tesebut. Di samping itu bacaan kita itu janganlah terlampau nyaring dan jangan pula terlampau perlahan sehingga tidak dapat kedengaran di telinga kita. Hal ini sesuai dengan firman Allah di dalam Al Quran surah Al Israk ayat 110 yang bermaksud
“ Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu, di dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara keduanya”

RUKUK
Rukuk ertinya menundukkan diri searas pinggang kea rah Baitullah. Semasa rukuk mata kita hendaklah di tumpukan di tempat sujud. Manakala tangan kita hendaklah ditongkatkan di lutut ( Tapak kedua-dua belah tangan betul-betul di tengah tempurung lutut)
Dan bacalah dengan perlahan-lahan jangan laju
“ALLAH HU AKBAR …… SUBHA NAROB BIYAL ‘AZI MI WABIHAM DIH 3 X”
Kemudian bangkit iktidal dan angkatlah kedua tangan kita seperti takbir katalah
“ SAMI ALLAH HU LIMAN HAMIDAH … ROBBANALAKAL HAM”

SUJUD
Bermula sujud itu adalah merebahkan diri kearah Baitullah dengan membongkokkan belakang. Biar bahagian muka kita terdampar diatas tempat sembahyang dan tangan kita hendaklah diletakan kedua-dua belah ibu jari menyentuh bibir kanan dan kiri.
Dan bahagian kaki sebelah kanan hendaklah ditegakan 90 darjah (tegak) dan jangan sekali-kali bahagian lengan kita menyentuh tikar sembahyang dan bacalah:

“ ALLAH HU AKBAR”
“SUBHA NAROBBIYAL AKLA WABIHAMDIH”
Kemudian bangkit nduduk antara dua sujud. Letakan kedua-dua belah tangan diatas paha dan lutut ( jari jangan melebihi lutut) dan jangan digerakkan.
Bacalah:

“ALLAH HU AKBAR”
“ROB BIGR FIRLI WARHAMNI, WAJBURNI, WARFAGNI, WARZUKNI, WAHDINI WA ‘A FINI, WAK FU ‘ANNI”
Dan sujud sekali lagi seperti diterangkan diatas.

TAHAYAT AWAL DAN AKHIR
Bermula cara tahayat awal itu adalah dengan cara kita duduk diatas kaki kiri kita dan manakala bahagian jaji kanan hendaklah ditegakkan 90 darjah.
Manakala kedua belah tangan hendaklah diletakkan diatas paha / lutut dan mata zaahir kita hendaklah dilihat ditempat sujud dan bacalah Tahayat itu dengan teratur, perlahan dan kemas disamping ianya hendaklah di nbaca di dalam dada.
Bacaan tahayat ini mestilah ndi baca dengan teratur kerana ayat-ayat tahayat itu adalah ayat pujian Zat kepada Sifat dan pujian Sifat kepada Zat, dengan lain perkataan puji memuji diantara diri zahir dengan diri batin disamping penyaksian diantara tubuh zahir dan tubuh batin.,
Begitulah juga pada tahayat akhir, Cuma kedudukan kaki kita pada bahagian kiri hendaklah dimasukkan di bawah betis kaki kanan dan tegakkan tapak kaki kanan 90 darjah seperti didalam tahayat awal dann bacalah tahayat akhir sehingga habis.

SALAM
Bermula salam itu berpaling muka kearah kanan dan kearah kiri ( perlu diingat diakhir berpaling mestilah mengadap kiblat ) dengan berkata

“ASSALA MU ‘ALAIKUM WAROH MATULLAH HI WABA ROKATUH”
Disamping itu biarlah mata zahir kitan dapatb melihat bahu kanan dan bahu kiri dan masa memusingkan kepala itu jangan sekali-kali dada kita bergerak ( biar tegak kea rah Baitullah ) dan semasa memberi salam itu maka bacalah :-
Salam sebelah kanan bacalah :-
“ANTA ROBBI WA ANA ‘ABDUKA LAA ILA HA ILLA ANTYA”
Salam sebelah kiri bacalah :-
“SOLAWA TULLAH ‘ALAIKA SYAIDINA MUHAMMADIN NABI YIL ‘AZIM”
ATAU PADA MERTABAT ZAT DAN SIFAT BACALAH
Salam kanan bacalah:-
“INNI ANA ZATUL HAQ”
Salam sebelah kira bacalah :-
“INNI ANA SIFATUL HAQ”

1) MENGHILANGKAN DIRI
Adapun yang dimaksudkan menghilangkan diri adalah dengan cara kita memfanakkan diri yang zahir ini dan mengisbabkan padi batin semata-mata, iaitu dengan kita merasai bahawa dengan sesungguhnya diri kita ini tidak mempunyai apa-apa. Kita tidak berkuasa, tidak mendengar, tidak berkehendak, tidak melihat, tidak hidup, pendik kata tidak……, tidak……., tidak…..,segalanya, hanya Dia saja (ALLAH) yang bersifat begitu.

Dengan beriktikad begitu kita akan merasai diri kita kosong, oleh nyang demikian, maka hendaklah kita merasai diri kita kosong sepanjang kita mengerjakan sembahyang iaitu dari kita mulai niat, takbir dan sampailah ke salam dan jangan sekali tidak merasai begitu, walaupun sesaatpun di dalam masa mengerjakan sembahyang tersebut.

Jika kita tidak merasai begitu (hilang diri) maka kita tidak dapat menyaksikan diri rahsia kita di dalam sembahyang tersebut, maka se elok-eloknya kita melafazkan bacaan pengistiharan tersebut ketika hendak memulakan takbir ratul ihrom (ketika kiam) katakanlah bacaan berikut

“INNI ANA ZATUL HAQ”
“INNI ANA SIFATUL HAQ”
“INNI ANA ASMA UL HAQ”
“INNI ANA AF ‘ALUL HAQ”
“LAHAIYUN, LAAA ‘ALIMUN, LAA SAMI’UNN, LAA BASIRUN, LAA KHODIRUN, LAA MURIDUN, LAA MUTAKALLIMUN BIL HAQ IL LALLAH”

Selepas sahaja dibaca bacaan diatas beserta dengan kita merasai berdera (rasa raaa) dibahagian belikat pada tengah-tengah tulang belakang, perasaan itu dari bawah tulang sulbi naik kearah atas tulang belakang. Bila sahaja merasai perasaan tersebut maka cepat-cepatlah kita takbir dengan kata
“ALLAH HU AKBAR”

Dan baca lafaz takbir biar secara panjang seboleh-bolehnya biarlah 3 alif ( 6 harakat)
Takbir kita itu biarlah dengan penuh bertenaga dan dilafazkan di dalam dada.
Perlun di ingatkan semasa kiam dan menghilangkan diri mata zahir kita hendaklah melihat pada tempat sujud kita. Dada kita mengadap kiblat dan mata hati kita hendaklah melihat di KHAUFKUSIRR iaitu diantara kedua-dua kening dan batang hidung.
Disamping itu telinga batin kita hendaklah menumpukan sepenuh perhatian dan pendengaran kearah bacaan yang dilafazkan oleh segenap anggota kita zahir dan batin. Dan tidak sesaat pun lalai dengan tugasnya itu.
Manakala tugas mata batin kita adalah melihat di KHAUF KU SIRR bagi menilik akan diri kita (diri rahsia yang dikandung oleh jasad kita) Maka tiliklah dengan sebaik-baiknya seluruh diri rahsia kita itu sehingga ianya benar-benar nampak jelas dan terang sekali.
Di dalam masa ini juga perlu diingatkan lagi bahawa tugas telinga batin kita adalah mendengar setiap patah nperkataan yang dibaca oleh lidah kita bersama secara serentak semua anggota kita yang zahir dan yang batin.

2) MENILIK DIRI SENDIRI
Adapun yang dimaksudkan dengan menilik diri rahsia adalah di mana kita menilik diri batin yang menjadi rahsia kepada Allah Subha Nahu Wa Taala. Maka diri batin kita itulah diri rahsia Allah; Ianya berada didalam jasad kita di mana rupanya adalah sama seperti rupa paras yang zahir ini tetapi ianya tiada cacat cela seperti kita.
Didalam hal menilik diri ini, tumpukan mata hati kita bdari saat menghilangkan diri Takbir Ratul Ihram sampailah kesalam kepada pusat “KHAUF KU SIRR” dan perhati, tiliklah diri rahsia di dalam jasad kita pada setiap saat diwaktu menunaikan solat tersebut.
Rupa diri rahsia kita adalah sama dengan rupa wajah kita. Biasanya bila saja wajah diri rahsia dapat dilihat dengan terang meliputi seluruh jasad kita maka kita akan merasai pada peringkat awalnya “berdera” (gementar seluruh tubuh secara automatic tanpa disengajakan) disamping diselit dengan suatu kelazatan yang payah untuk di terangkan disini. Dan dengan ini akan mewujudkan tawaduk di dalam solat.
Jangan sekali-kali kamu nenoleh mata batin kamu itu kearah lain, Malahan kamu haruslah melatihkan dirimu sehingga berjaya mencapai makam dan mertabatnya.
Tawaduk adalah mematikan penglihatan matahati dari melihat dan menilik hal-hal lain kecuali ditumpu sepenuhnya kepada menilik ndiri batin semata-mata. Dengan ini segala fikiran yang membayangkan sesuatu akan mansuh dan tidak timbul lagi dan lenyap langsung.

3) MENDENGAR BACAAN OLEH SETIAP ANGGOTA
Sebarang bacaan di dalam sembahyang bermula daripada menghilangkan diri, Takbir ratul Ihram, sampai ke salam hendaklah di baca didalam dada iaitu kita dapat merasai bacaan kita itu dilambung kiri kita. Jangan sekali-kali sebarang bacaan kita hanya dibaca dilidah sahaja.
Serentak dengan lidah menyebut satu-satu kalimah bacaan dimasa sembahyang, maka hendaklah dituruti sama oleh setiap anggota 7 lapis anggota jasad kita dan diri batin kita, dan dengan itu juga ianya wajib di dengar oleh telinga batin kita. Jangan sekali-kali menolehkan pendengaran telinga batin nkita kearah lain sepanjang masa mengerjakan sembahyang tersebut. Dengan melatihkan diri berbuat demikian akan menghasilkan keadaan kusyuk yang sebenar.,
Adapun yang dimaksudkan dengan kusyuk mematikan pendengaran telinga zahir kita dan membuka pendengaran telinga batin kita kepada setiap patah bacaan di dalam sembahyang tersebut kearah yang lain.

4) MERASAI NIKMAT SEMBAHYANG
Jika kamu mengamalkan petua-petuan solat waliyullah dan para-para aulia ini seperti mana yang diterangkan kepadamu tadi maka kamu akan menikmati satu kelazatan yang amat sangat. Kalau hendak di bagaikan di dunia ini delain daripada nikmat persetubuhan tiada lagi satu nikmat sedap yang boleh dinakmati oleh semua manusia, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat persetubuhan maka nikmat sembahyang itu adalah 10 kali nikmat persetubuhan.
Sebenarnya nikmat ini tidak dapat diterangkan oleh bahasa. Tetapi ianya dapat dirasai sendiri oleh mereka yang sampai kepada mertabatnya.
Alangkah bertuahnya kita jika dapat merasai sendiri kelazatan tersebut. Dengan demikian tunaikanlah sembahyang sampai kita mengalami sendiri nikmatnya..

SOLAHUDDAIM
Kita telah mendengar bahawa barangsiapa yang tidak mengenal ilmu zikir nafas, maka sudah tentu orang yang berkenaan tidak dapat menyelami alam hakikat solahuddaim.,
Didalam bab yang lalu telah diterangkan dengan jelas tentang solat dimana pengertian solat tersebut adalah berdiri menyaksikan diri sendiri iaitu penyaksian kita terhadap diri zahir dan diri batin kita yang menjadi rahsia Allah Taala.

Disini kita akan membincangkan taarif dan cara-caara untuk mencapai mertabat atau makam solahuddaim.

Solahuddaim boleh ditaarifkan sebagai swolat yang berkekalan tanpa putus-putus walaupun sesaat di dalam masa hidup seseorang manusia itu iaitu penyaksian dirin sendiri (diri batin dan diri zahir) pada setiap masa dan setiap ketika tanpa berhenti walau sesaat didalam hidupnya.

Seperti firman Allah di dalam Al Quran
“ ALLADZI NAHUM ‘ALAA SHOLATIHIM DAAAA IMUN”
Surah Al Maarij ayat 23,
Ertinya :- Yang mereka itu tetap mengerjakan solat

Jikalau didalamm solat (sembahyang) tugas kita adalah menumpukan sepenuh perhatian dengan mata batin kita menilik diri batin kita dan telinga batin kita menumpukan sepenuh perhatian kepada setiap bacaan oleh anggota zahir dan batin kita disepanjang upacara solat kita btersebut. Tanpa menolehkan perhatian kita kearah lain. Maka solahuddaim adalah penyaksian sebenar seseorang itu terhadap diri batinnya pada sepanjang masa.
Solat adalah (sembahyang) adalah merupakan satu latihan diperingkat awal untuk kita nmelatihn diri kita supaya menyaksikann diri batin kita yang menjadi rahsia Allah s.w.t tetapi setelahn berjaya membuat penyaksiann diri diwaktu kita menunaikan sembahyang maka kita haruslah pula melatihkan diri kita supaya dapatlah kita menyaksikan diri batin kita pada setiap saat didalam masa hidup kita dalam masa 24 jam disepanjang hayat kita. Sebab itulah kita mengucap syahadat
“ashadu an laaa ila ha illallah wa ashadu anna muhammadar ra sulullah”
Maka beerti kita berikrar dengan diri kita sendiri untuk menyaksikan diri rahsia Allah itu pada setiap saat di dalam masa 24 jam sehari semalam.
Oleh itu untuk mempraltikkan penyaksian tersebut maka kita haruslah mengamalkan solahuddaim di dalam hidup seharian kita sepertimana yang pernah dibuat dan diamalkan oleh Rasulullah s.a.w, Nabi-nabi, Aulia-aulia dan para wali Allahn yang agung.,

ANTARA SYARAT UNTUK MENDAPAT MAKAM SOLAHUDDAIM NADALAH SEPERTI BERIKUT :-

1. Seseorang itu haruslah memahami dan berpegang teguh dengan hakikat kelakuan zikir nafas.
2. Seseorang itu haruslah terlebih dahulu berjaya mendapat nur kholbun iaitu hati nurani.
3. Seseorang itu hendaklah menemui dan mengamalkan sembahyang Rasulullah s.a.w.
4. Seseorang itu telah pun mengalami khowaful khawah (pemecahan wajah)
5. Seseorang itu telah memaahami dan dapat berpegang dengan penyaksian sebenar
UNTUK MENGAMALKAN DAN MENDAPAT MAKAM SOLAHUDDAIM MAKA, seseorang itu haruslah memahami pada peringkat awalnya tentang hakikat perlakuan zikir nafas iaitu tentang gerak gerinya, zikirnya, lafaz zikirnya letaknya dan sebagainya.

Oleh itu amallah zikir nafas dan bersunguh-sungguh supaya kita dapat kholbu iaitu pancaran nur di dalam jantung kita yang menjadi “DINAMO” kepada Karen makrifat untuk makrifat diri kita dengan Allah s.w.t.

Sesungguhnya dengan zikir nafas sahaja ketulan darah hitam (istana iblis) di jantung kita akan hancur dan terpancarlah nur kholbun dan setelah terpancarnya kholbu, maka terpancarlah pula Karen makrifat bagi membolehkan seseorang manussia itu memakrifatkan dirinya dengan Allah dan dapatlah diri rahsia Allah yang menjadi diri batin kita perhubungan dengan diri ZATUL HAQ Tuhan semesta Alam.

Latihan untuk menyaksikan diri ini hendaklah dibuat diperingkat awal-awal lagi melalui solat sebagaimana yang diterangkan di dalam bab yang lalu.
Didalam masa proses penyaksian ndiri ini, seseorang itu akan mengalami khowaful khowah iaitu proses membebaskan diri batin kita dari jasad dan dengan itu maka seseorang itu akan dapat melihat wajah kesatu wajah yang lain sampailah kepada wajah ke 9 , iaitu mertabat yang tertinggi didalam ilmu ghoib.

Dengan mendapat pecahan wajah maka manusia itu akan dapatlah membuat satu penyaksian yang sebenar pada setiap saat di masa hidupnya samada semasa beribadat ataupun di dalam keadaan biasa di dalam masa hidupnya.

Pada peringkat ini dinamakan juga peringkat mertabat BAKHOBILLAH iaitu suatu keadaan yang kekal pada setiap pendengaran, penglihatan cita rasa, dan sebagai ndengan di tahap ini adalah seperti orang awam dan payah sekali untuk mengetahui darjat dirinya dengan Allah s.w.t.

Biasanya orang-orang yang berjaya mencapai makam ssolahuddaim dapatlah kembali kehadrat Allah Taala dengan diri batin dan diri zahir tanpa perpisahan diantara satu dengan yang lain.

Adapun langkah-langkah nyang harus diambil oleh seseorang yang hendak mencapai ketahap solahuddaim maka seseorang itu hendaklah sering membuat penyaksian terhadap diri batinnya pada setiap masa didalam hidupnya dimana mata batinnya sentiasa memandang diri batinnya dan telinga batinnya sentiasa mendengar setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh mulutnya semasa perbualan harian di ssamping itu setiap patah percakapan beliau nitu harusslah pula diikuti oleh anggota lain seperti didalam sembahyang.

Latihan ini haruslah dibuat selalun tanpa dilengah-lengahkan walaupun sesaat. Sesungguhnya barangsiapa yang berjaya kemakam solahuddaim ini, mereka akan dimulia didunia dan diakhirat. Berkat didunia dan di akhirat, diredzoi didunia dan di akhirat. Tanpa mencapai keperingkat solahuddaim ini sweseorang itu tidak mungkin berjaya sampai keperingkat mertabat yang tinggi di dalam ilmu ghoib.

Oleh itu wahai anak cucuku kejarilah kamu mencapai tahap solahuddaim.




SUNGAI BULOH: Tidak tahu cara menunaikan solat ketika sakit termasuk kaedah bertayamum dengan betul menyebabkan hanya 15 peratus daripada pesakit Muslim yang dirawat di wad hospital di negara ini menunaikan tanggungjawab itu.

Pensyarah Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Azhar Yahya, berkata lebih ‘parah’ apabila mereka yang terlantar sakit hanya menaruh ‘pengharapan’ tinggi kepada Allah untuk sembuh, sedangkan tidak berusaha mendekatkan diri kepada penciptaNya.


“Pengalaman ini saya lihat ketika berada lama di hospital selepas anak menghidap meningitis (radang lapisan otak). Bila sampai di wad, saya lihat orang lain dalam keadaan tekanan, tetapi dia mengharap pada Allah dan pengharapannya tidak sempurna...dia tidak solat, tapi berharap.

“Bila saya kaji mengenai senario berkenaan, hampir 15 peratus pesakit ditempatkan di wad hospital saja yang solat dan 85 peratus pula tidak berbuat demikian,” katanya selepas Majlis Pelancaran buku Pedoman Pesakit di Auditorium Hospital Sungai Buloh, di sini, semalam.


Buku edisi khas penulisan Azhar bersama isterinya, Fadilah Yaacob bertajuk ‘Panduan Bersuci, Solat, Puasa dan Motivasi Pesakit’ dihasilkan dengan kerjasama Masjid Kota Damansara merangkumi enam bab termasuk wuduk, tayamum, solat, puasa, ubat dan motivasi pesakit.


Pada majlis berkenaan, 20 naskhah buku terbabit diedarkan secara percuma kepada pesakit Muslim yang ditempatkan di Wad 5A, Wad Ortopedik, dalam usaha memberi kesedaran kepada golongan berkenaan untuk melakukan solat dalam kaedah paling mudah.

Hadir sama merasmikan program berkenaan, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Rais Rasid; Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid Ibrahim dan Nazir Masjid Kota Damansara, Ustaz Taib Pa.


Menurutnya, kejahilan mengenai bab bersolat menjadi faktor ramai pesakit yang ditempatkan di wad hospital tidak menunaikan kewajipan bersolat lima waktu, sedangkan Islam memberikan banyak kemudahan kepada golongan berkenaan untuk melaksanakannya.

“Mungkin mereka (pesakit) jahil dan tidak tahu cara yang sebenar, pada hal Islam memberikan suatu keringanan yang amat besar kepada mereka yang sakit ini untuk bersolat dengan cara yang mudah dan sehubungan itu perlu dipaparkan kemudahan terbabit.


“Islam tawarkan kepada pesakit dari segi sembahyang paling mudah dalam mazhab Shafie terutama ‘Kitab Al-Muktamad’, menyebut kita boleh solat duduk, dan jika tak boleh duduk boleh baring, menggunakan badan, suara, mata dan hati, manakala tahap paling rendah sekali adalah mata dan hati,” katanya.


Mengulas mengenai senario berlaku di hospital, beliau berkata, perasaan ceria ketika mula dimasukkan ke dalam wad menyebabkan emosi berkenaan bertukar kepada tahap marahkan Allah hingga akhirnya tidak reda menghadapi penyakit.


“Di situlah nanti maki-hamun keluar dari mulut mereka serta menyalahkan doktor dan jururawat. Mereka perlu tahu, sakit dihadapi sebenarnya menghilangkan dosa. Orang yang sakit adalah mereka yang paling mudah untuk beribadat. “Bab tayamum juga ramai tidak tahu, sedangkan ada caranya untuk melaksanakannya walaupun keutamaan kepada pandangan mazhab Shafie, tetapi pandangan kontemporari digunakan untuk memudahkan amalan,” katanya.


Sementara itu, Dr Khalid berkata, 500 naskhah buku ‘Pedoman Pesakit’ akan ditempatkan di wad hospital berkenaan bagi dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada pesakit Muslim untuk mengetahui kemudahan bersolat ketika di hospital.


Artikel ini disiarkan oleh Metro Online pada : 2012/03/15


Kenapa Orang Islam 

Tidak Solat Apabila Sakit??????


Hanya 20% pesakit beragama Islam menunaikan solat semasa mendapatkan rawatan di wad HSNZ, Terengganu. Ini bermakna 80% lagi tak solat. Pelbagai alasan diberikan. Data ini telah dikeluarkan oleh Persatuan Pembelajaran Perubatan Pasca Siswazah (PGMES) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ. Dan kita pasti situasi ni bukan hanya berlaku di HSNZ tapi ditempat lain juga. Kritikal Kan!!!

Mungkin ramai diantara kita yang masih keliru bahawa solat itu adalah WAJIB walaupun ketika sakit. Lagipun hanya dengan solat kita akan memperolehi ketenganan jiwa. Dalam Islam sendiri, ada cara-cara tertentu untuk solat bagi mereka yang sakit untuk memudahkan sipesakit. Antaranya adalah:

Cara Solat Orang Sakit


1. Diwajibkan ke atas orang yang sakit untuk solat berdiri apabila mampu.
2. Jika tidak mampu berdiri maka lakukan solat wajib dengan duduk.
3. Jika tidak mampu melakukan solat berdiri dan juga duduk maka boleh berbaring mengiring ke kanan atau ke kiri dengan menghadapkan wajahnya ke arah kiblat.
4. Jika tidak mampu mengiring, boleh lakukan solat dalam keadaan terlentang dengan menghadapkan kakinya ke arah kiblat. Jika kiblatnya arah barat maka letakkan kepala di sebelah timur dan kakinya di arah barat. Gunakan mata jika tidak berupaya menggerakkan anggota lain.
5. Dan jika tidak mampu melakukan kesemua di atas, maka solatlah dengan hati. Solat masih wajib selagi akal kita masih sihat.

Semoga kita sama-sama menjaga solat kita walau dalam apa keaadan sekalipun. Waktu susah dan waktu senang. Begitu juga waktu sakit dan waktu sihat.


JANGAN BIARKAN DIRI MU 
LALAI DIHADAPAN ALLAH S.W.T


Kalau solat jumaat pun ada orang duduk bawah pokok kelapa dalam perkarangan masjid tapi tak solat FARDU, apa yang nak dihairankan jika orang main wassap, bermasej, BB, main FB ketika solat.

KAGUMI HAMBA ALLAH YANG TIDAK SEMPURNA TETAPI TETAP MENYEMPURNAKAN PERINTAH ALLAH S.W.T DEMI MENCARI REDHA ALLAH DALAM PERJALANAN KEMBALI KEPADANYA.
DOA HAMBAMU YANG TIDAK SEMPURNA LEBIH BAIK DARI HAMBA YANG SEMPURNA TAPI TIDAK PERNAH INGAT SYUKUR PADA PENCIPTANYA.

KECACATAN DIRIKU BUKAN ALASAN UNTUK AKU JAUH DARI ALLAH S.W.T


HIDUP PENUH DENGAN SYUKUR, PASTI BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT

ALLAH S.W.T MENJADI SAKSI KEPADA HAMBANYA YANG SUJUD PADANYA

WALAUPUN KAKINYA SATU, SOLAT TUHAN YANG SATU TIDAK BERAT UNTUKNYA.

CACAT DIRI BUKAN PENGHALANG UNTUK KITA LAKSANA SOLAT

SOLAT WALAU DIMANA ANDA BERADA, SYUKUR DIATAS SEGALA NIKMAT ALLAH S.W.T

SI KECIL PASTI MENURUTI APA YANG SI DEWASA LAKUKAN. DIDIKLAH ANAK KALIAN DIKALA USIANYA MASIH BOLEH DILENTUR.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa solat itu  tiang agama.   Bagi mana-mana individu yang mengakui dirinya Muslim  tetapi  tidak bersolat tanpa uzur syarie disifatkan sebagai meruntuhkan agama.  Namun, bagi yang bersolat masih banyak perkara berkaitan solat yang perlu diambil kira sebelum mendirikannya.

Hayati sebaris hadis dari Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.”
(Riwayat Muslim).

Solat hendaklah dikerjakan dalam waktunya yang tertentu dan pada tempat-tempat yang suci yang layak sahaja, walaupun bumi Allah ini pada umumnya suci.  Namun, perlu kita ketahui terdapat beberapa tempat yang dilarang untuk kita  mengerjakan solat berdasarkan hadis Rasullulah SAW dan amalan para sahabat baginda.
Berikut adalah tempat-tempat yang mesti dielakkan daripada mengerjakan solat.

1.  Di Atas Kubur 
Dilarang mengerjakan solat di atas kubur berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
“Allah melaknati orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka membuat masjid (tempat solat) di kuburan para Nabi mereka.” 
Menurut Imam Ahmad dan Muslim , Rasullulah SAW bersabda : “Jangan kamu solat menghadap kuburan dan jangan kamu duduk di atasnya.”

2.  Di Dalam Gereja Nasrani  
Umat Islam di larang mengerjakan solat di dalam gereja Nasrani  atau sebagainya.  Hal ini menjadi larangan kerana  untuk menghormati tempat ibadah mereka kerana agama Islam menjamin kebebasan beragama dan beribadat.
Khalifah Umar Al-Khattab pernah melarang kaum muslimin mendirikan solat di dalam gereja sesudah mereka berjaya menawan Baitul Maqdis kerana bimbang orang  Islam nanti akan melakukan seperti itu di tempat-tempat ibadah yang lain secara paksa.
Bagaimanapun, diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz dan Abu Musa al Asy’ari pernah solat di dalam gereja yang ditinggalkan.
Ibnu Abbas pernah solat di dalam gereja ketika terpaksa kecuali gereja yang di dalamnya terdapat patung-patung berhala.  Menurut Imam Hanafi dan Syafii solat di dalam gereja Nasrani atau Yahudi hukumnya makruh mutlak.  Jumhur ulama pula menyatakan bahawa larangan itu hampir kepada haram.



3.  Di Tempat Kotor 

Jauhi lah tempat-tempat yang kotor sekiranya mahu bersolat  kerana solat itu adalah ibadah utama yang menuntut kebersihan dan kesucian dalam semua aspek.  Maka, termasuk larangan solat itu ialah di tempat membuang sampah sarap, tempat penyembelihan haiwan,  di tengah laluan awam, di dalam kandang ternakan,  di tempat mandi atau tandas dan di atas bumbung Kaabah.

Solat di tempat-tempat kotor menghapuskan kesucian solat itu sendiri sehingga boleh mengakibatkan solat itu itu cacat dan rosak. Tempat-tempat kotor ini biasanya menimbulkan bau yang tidak menyenangkan  maka  secara tidak langsung akan mengganggu solat hingga  mungkin hilang kekhusyukan.

Selain itu, pada tempat-tempat kotor ini juga biasanya mengandungi najis dan menjijikkan.  Oleh itu, maka adalah sukar untuk menjamin ruang solat yang suci dari najis.

Kesimpulannya, kita harulah memilih tempat yang bersih untuk mengerjakan solat bagi menjamin kekhusyukkannya.  Peliharalah solat kita…

MARI KITA JAGA SOLAT - 
ALLAH S.W.T PASTI JAGA KITA

Sesuatu yang sangat mempengaruhi hidup kita sebagai umat Islam adalah amalan solat. Pada hari akhirat nanti, antara soalan utama yang bakal ditanya terlebih dulu oleh Allah SWT adalah bagaimana dengan solat kita ketika hayat di dunia.
solat1
Peringatan di atas untuk kita semua..
Memang menyedihkan apabila mengetahui fakta yang ramai umat Islam sekadar mengaku Islam tetapi meninggalkan solat fardu yang diwajibkan ke atas kita lima kali sehari.
Jika tidak percaya, cuba berjalan di kawasan beli-belah pada Jumaat dan kita akan melihat ramai lelaki Muslim yang tanpa segan silu bersiar-siar di situ ketika waktu solat Jumaat.
Begitu juga kawasan tempat tinggal saya dulu. Ketika orang lain bergegas ke masjid, ada sekumpulan lelaki pelbagai peringkat usia makan dan bersembang di kedai kopi tanpa segan silu dan rasa bersalah.
Namun bukan itu sebenarnya yang ingin saya bicarakan dalam artikel kali ini. Saya berasa lebih terpanggil untuk mengingatkan diri saya dan rakan lain mengenai solat yang tidak sempurna.  Solat lima kali sehari semalam tanpa pernah tinggal namun sayang, solatnya mungkin cacat pada mata Allah SWT.
Ketika di sekolah dulu, saya mengaku keliru apabila terbaca tafsir al-Quran bahasa Melayu, Surah al-Ma’un, ayat 4 dan 5 yang bermaksud: “Celakalah bagi orang yang menunaikan solat iaitu orang yang lalai terhadap solatnya.”
Bagaimana Allah boleh menempelak orang yang menunaikan solat? Bagaimana pula orang yang melakukan solat itu boleh dipanggil lalai, sedangkan dia menunaikan solat?  Persoalan itu membuatkan saya tertanya-tanya mengapa solat salah, tidak solat pun salah. Apabila usia meningkat dewasa, saya menemui jawapan dan maksud sebenar apa yang cuba disampaikan Allah dalam wahyu-Nya.
Tidak dinafikan, memang ramai umat Islam meninggalkan solat tetapi masih ramai juga yang menunaikan solat. Namun persoalannya, sejauh mana kualiti ‘persembahan’ solat kita pada Allah setiap waktu dan hari?
Secara puratanya, jika mengambil kira lima minit untuk setiap solat, kita hanya perlu melapangkan masa sebanyak 25 minit saja daripada 1,440 minit yang diperuntukkan kepada kita setiap hari.  Namun, kadangkala mungkin kita berasakan begitu berat untuk melepaskan 25 minit itu bagi meluangkan masa berkualiti bersama Allah kerana sibuk dengan pelbagai urusan.
Mungkin juga kadangkala kita tidak berasa solat itu sebagai ‘sesi perjumpaan’ kita bersama Allah, sebaliknya berasa terpaksa kerana ia sesuatu yang diwajibkan.
Jadi kita melakukannya sambil lewa. Surah al-Fatihah dan bacaan lain dalam solat dibaca selaju mungkin, rukun solat tidak dilakukan dengan sempurna. Ada kala solat boleh dilakukan dalam masa dua minit saja.
Malah, tidak kurang juga ada yang menjadi makmum tetapi malangnya lebih cepat daripada imam. Belum pun sempat imam bangun daripada sujud, dia sudah berdiri tegak. Imam baru memberi salam pertama, dia sudah selesai memberi salam kedua.
Maka hilanglah tajwid, tamakninah dan lain-lain. Hilanglah juga tujuan pensyariatan solat ke atas umat Islam. Solat hanya dilakukan untuk memenuhi syarat. Justeru, bagaimana solat kita mahu dipandang Allah.  Jika kita dapat melihat betapa pentingnya solat itu, pasti kita akan memandang dunia ini sekecil-kecilnya.   Solat adalah penghubung kita dengan Allah, solat juga sesi terbaik untuk kita mengadu apa yang kita rasakan tidak sempurna dalam hidup kita.
Perbaiki solat, insyaAllah hidup lebih bahagia. Utamakan Allah, InsyaAllah dunia akan mengikuti kita.  Justeru, marilah kita menjaga solat kita.  Gagal bersolat lima waktu  bermakna keimanan kita belum lagi lengkap.  Solatlah dengan ikhlas hati kerana Allah SWT.

Air Tangan Orang Yang Tidak Solat

wajib_solat
Setiap Muslim diwajibkan menjaga solat mereka
 “Dirikanlah sembahyang untuk mengingati-Ku’ (Surath Toha: ayat 14)
Firman Allah SWT  ini begitu jelas, menunjukkan bahawa setiap orang yang mengaku dirinya Islam wajib  melakukan solat demi untuk mengingati Allah. Sememangnya  matlamat  utama solat  adalah untuk menunaikan perintahNya.  Ini bermaksud  hak Allah yang mesti ditunaikan.
Allah SWT yakni Tuhan yang wajib disembah yang  menjadikan kita, seolah-olah kita telah terhutang budi kepadaNya, maka kepada Allah yang Maha segala-galanya,  kita mesti membalas budi  melakukan solat sebagai salah satu cara mengingatiNya selain pelbagai lagi amalan-amalan yang dituntut.
Namun, persoalannya ramai antara kita yang culas untuk menunaikan solat lima waktu. Ketahuilah bahawa solat  yang kita lakukan lima kali sehari itu umpama membayar hutang kepadaNya.  Melunaskan hutang dijadikan satu tanggungjawab bagi seseorang Muslim.
Apakah kesan daripada tidak bersolat?  Ya, pastinya kita akan menerima pembalasan atas kelalaian tidak solat semasa hidup di atas dunia ini.  Namun, mungkin ada sesuatu yang mungkin terlepas pandang oleh kita iaitu tentang kesannya apabila orang-orang yang tidak menjaga solatnya.
solat_tekun
Para pembaca yang dikasihi, haruslah kita ketahui bahawa hukum meninggalkan solat adalah berdosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir.  Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa AS.
Dikisahkan pada zaman Nabi Musa AS, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga namun dia tiada zuriat  lalu terdetik dalam hatinya untuk bernazar  “Jika ditakdirkan aku mendapat  anak, aku akan minum air kencing anjing hitam”.
Maka,  Allah SWT ingin mengujinya dengan memakbulkan doa lelaki tadi. Oleh itu, isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak beberapa bulan kemudian.  Setelah mendapat anak, lelaki ini menjadi sangat runsing.
Disebabkan beliau telah bernazar mahu  minum air kencing anjing hitam, maka nazar tersebut perlu dilaksanakan juga. Hal ini kerana, syariat pada zaman Nabi Musa AS adalah berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad SAW.  Jika dalam kalangan umat Nabi Muhammad, nazar perkara-perkara  yang haram, maka akan dikenakan denda (dam) atau sedekah.  Tetapi, pada  zaman Nabi Musa, barangsiapa yang bernazar walaupun haram tetap perlu dilaksanakan nazar itu.
Seterusnya, si lelaki yang baru mendapat anak tadi dengan hati yang gundah telah bertemu dengan Nabi Musa lalu diceritakan akan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tidak  perlu minum air kencing anjing hitam tetapi  dia akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Hal yang membingungkan ini pun terjawab…
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air  tersebut.
Dengan senang hati, lelaki itu pun  menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Begitulah hinanya orang yang meninggalkan solat hinggakan  air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.  Itu baru air bumbung rumah, apatah lagi air tangan lagi. Fikirkanlah…
Menyentuh bab air tangan, lazimnya rata-rata antara kita gemar makan masakan ibu, isteri atau suami masing-masing. Oleh yang demikian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kecuali uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan seperti nasi (ketika membasuh beras), mencuci sayuran, ikan dan sebagainya.
Seterusnya, anak-anak akan makan makanan yang dimasak. Kesannya, mungkin anak-anak gelap hati minum air tangan ibu atau ayah mereka yang meninggalkan solat.  Tergamakkah…  apa sudahnya andai hati anak-anak yang gelap, maka jadilah mereka anak-anak yang degil, culas solat, menderhaka dan sebagainya.
 Begitu juga dengan muslimin dan muslimat yang bekerja saban hari,  pagi, petang dan adakalanya makan di warung mahupun di restoran.  Terdapat juga para tukang masak yang tidak solat kerana leka dengan perniagaan mereka.  Kita pula menjamah makanan yang dimasak mereka, gelaplah hati kita.
Kesannya.. kita makin payah untuk melakukan kerja-kerja yang ke arah kebaikan dan melakukan ibadah kepada Allah SWT.  Oleh itu, berhati-hati lah dalam hal ini.
Soalt merupakan ibadah yang berat pada sesetengah manusia namun apapun solat perlulah kita jaga.  Dengan sebab itulah, Allah SWT memerintahkan kita melakukan amalan solat ini dengan tekun dan sabar.
Sebab itulah juga maka Allah SWT telah mensyariatkan ibadat solat kepada Nabi Muhammad SAW melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril AS sahaja.
Wasiat Rasulullah SAW ketika saat sedang nazak, baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam):
“As-solah as solah wa amalakat aimanukum”.  Maksud : “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”
Begitulah pentingnya untuk kita memelihara solat dari segi zahir dan batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.  Renungkanlah…

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:


Ustazah Siti 019-449 9929
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)

Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment