Wednesday 29 July 2015

Pusrapi Info: La Tahzan....In nallah Ha Maa'ana 😭😭😭😭😭

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.




La Tahzan....In nallah Ha Maa'ana 😭😭😭😭😭

Bersedih dengan pelbagai perkara. Ada yang bersedih kerana hilang orang tersayang, barangan dicuri, bersedih kerana  paras rupa, cacian dan umpatan, serta sebagainya.

Tidak kurang juga yang sedih kerana cinta.

Ada waktu, memang manusia merasa kesedihan.

Sudah menjadi tabiat, kita sering mencari 1000 alasan untuk bersedihan.  dari sekecil – kecil hal dan sebesar – sebesar perkara.

Ya, bersedih itu memang baik kerana ia sekali sekala boleh melembutkan hati, tanda jiwa yang sensitif.  Tetapi dosnya perlu dikawal. Terlalu lama berendam dalam kesedihan akan mereputkan jiwa.

Maka mengapa kita tidak mencari 1000 alasan untuk bergembira?

Rasulullah SAW sendiri, bersedih hanya seketika. Baik ketika kematian anak-anaknya, mahupun kematian sahabat-sahabat baginda yang tercinta.

Hakikatnya, tiada yang buruk dalam pemberian Allah SWT. Semuanya terbaik dan mempunyai hikmah tersendiri. Bila Allah berikan kita musibah, itu kebaikan dari segi peringatan kepada kita.


Jika hati kita terasa kontang maka hiburlah dengan zikrullah,

Jika fikiran kita kusut maka tenangkanlah dengan untaian tasbih,

Bila dada kita terasa sesak maka lapangkan dengan tilawah,

Jika sedih menimpa maka Ingatlah : untuk apa? “Sedih itu tiada guna… dunia ini untuk bergerak bukan tempat bermuram durja”

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
019-449 9929
(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment