Friday 18 September 2015

Pusrapi Info : Rasulullah Ajarkan Rahsia Sebelum Tidur Pada Putrinya Fatimah.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

Pusrapi Info : 
Rasulullah Ajarkan Rahsia Sebelum Tidur Pada Putrinya Fatimah.



Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.
Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.
Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran. Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat. Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu. Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:

1. Membaca Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3 x.
2. Shalawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).
3. Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).
4. Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).


Marilah kita mulai praktikkan dan ajarkan kepada teman2, sahabat, saudara mara & seluruh muslimin & muslimat.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Monday 14 September 2015

Pusrapi Info : Nanah Tersimpan Seperti Najis Hitam Pekat Likat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

Pusrapi Info : 
Nanah Tersimpan Seperti Najis Hitam Pekat Likat


Nanah Tersimpan Ditubuh Sampai Hitam Pekat Likat




6 KEBURUKAN DISEBABKAN TABIAT MAKAN YANG BURUK.

1- Menghilangkan dari hati rasa takut kepada Allah SWT.

2- Menghilangkan dari hati rasa belas kasihan terhadap sesama makhluk kerana menyangka orang lain juga sentiasa kenyang sepertinya.

3- Memberatkan seseorang untuk menunaikan kewajipan agama yang telah Allah SWT fardhukan.

4- Perut yang sentiasa kenyang hatinya tidak akan menerima sedikit pun kata-kata hikmah.

5- Mereka yang perutnya sentiasa kenyang apabila menyampaikan ilmu, Allah SWT tidak akan membuka pintu hati para pendengarnya.

6- Perut yang sentiasa kenyang adalah lubuk segala penyakit berbahaya.

Rumusan daripada Kitab Teknik Menewaskan syaitan M/S : 57.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sunday 13 September 2015

Pusrapi Info : Tragedi Jumaat Cetus Keinsafan.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

Pusrapi Info : 
Tragedi Jumaat Cetus Keinsafan.










Perjalanan saya ke Masjidilharam untuk menunaikan solat Maghrib petang kelmarin, pada awalnya tidak banyak berbeza dengan hari-hari yang saya lalui sejak menjejaki kaki di bumi Anbiya ini. Melalui jalan yang menghala ke Masjid agung itu, langkah dipercepatkan supaya segera tiba. Sebagaimana saya, begitu juga jemaah lain yang sudah berada di kota kelahiran Rasulullah SAW ini sejak pertengahan bulan lalu, sempena musim haji tahun ini. 

Masing-masing berpusu-pusu dan menyegerakan langkah untuk segera tiba bagi mendapatkan ruang solat terbaik dan kesempatan beriktikaf sementara menunggu masuknya waktu. Namun, apabila kaki sudah berada di dataran Masjidilharam, cuaca tiba-tiba mula bertukar dan ketika mendongak untuk menyaksikan perubahan yang agak pantas itu, saya melihat langit bertukar menjadi coklat pekat dan angin kencang yang penuh dengan pasir bertiup ke arah muka. 

Dalam keadaan itu, saya hanya memikirkan betapa kerdilnya jutaan manusia dan segala binaan hebat di Makkah ini jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT. Tidak disangka pagi Jumaat yang tenang di Makkah bertukar menjadi kucar-kacir pada petangnya apabila ribut pasir yang kuat melanda sehingga menyebabkan sebuah kren pembinaan di Masjidilharam yang sedang menjalani kerja pembesaran, tumbang dan mengorbankan nyawa sebilangan jemaah dan mencederakan ratusan yang lain. Nyaris dihempap pencangkuk Rakan sebilik, Azri Asmon, 31, yang pada waktu angin kencang melanda sudah berada di dalam Masjidilharam menceritakan bagaimana beliau yang berada di tingkat atas mataf pada waktu itu kerana menunaikan tawaf sunat, menyaksikan sendiri sebuah kren tumbang di atas Masa'a (tempat mengerjakan saie) dan pencangkuknya melayang dekat dengannya sebelum jatuh ke atas ruang tawaf di bahagian bawah. Katanya, orang yang sedang tawaf di mataf kelam kabut berlari mencari jalan keluar dan mereka bertolak-tolak... ada yang jatuh di atas lantai mataf kerana hanya ada dua laluan kecil yang menghubungkan mataf dengan bangunan masjid. "Saya simpati dengan warga tua dan jemaah berkerusi roda yang tersekat dalam kesesakan. 

Malah, ada jemaah yang cuba turun mataf yang setingginya kira-kira 25 meter itu, mungkin bimbang mataf itu juga akan runtuh ditiup angin. Dalam keadaan itu saya hanya berdiri, melaungkan azan serta berzikir dan berdoa memohon perlindungan Allah SWT. Mujur isteri tidak ikut sama tawaf sunat dan berada di ruang dalam masjid," katanya yang berasal dari Pasir Gudang. Ahli keluarga terpisah Katanya lagi, jemaah yang berjaya masuk ke kawasan perlindungan mula sibuk mencari pasangan masing-masing dan ahli keluarga yang terpisah ketika ribut itu berlaku. Keadaan diburukkan lagi apabila semua talian telefon terputus dan wajah-wajah kebimbangan jelas di muka. Ribut pasir yang tiba-tiba muncul itu turut menurunkan hujan batu dan beberapa jemaah cedera serta luka di badan kerana terkena ketulan ais yang agak besar. Saya turut melihat empat sekeluarga lengkap dengan pakaian ihram berpaut pada tiang lampu di dataran Masjidilharam, cuba menahan diri daripada diterbangkan angin kencang. Kilat sabung menyabung dan guruh berdentum dan untuk beberapa ketika, saya melihat angin pusar yang besar melintasi kawasan dataran, menerbangkan apa saja di dalam laluannya. 

Angin kencang itu turut menerbangkan penghadang jalan plastik di dataran, seumpama kertas dan mencederakan beberapa jemaah yang tidak sempat mengelakkan diri, terutama warga tua yang panik dan tidak dapat bergerak laju untuk menyelamatkan diri. Dalam kekalutan ribuan manusia yang cemas di dataran Masjidilharam mencari perlindungan, saya dan seorang lagi jemaah India membantu seorang jemaah wanita tua dari Indonesia di hadapan saya yang terjatuh dan cedera akibat terkena penghadang jalan plastik yang diterbangkan oleh angin kencang itu. "Tolong mas, tolong saya, mas. Jangan tinggalkan saya," rayunya berkali-kali diiringi tangisan sambil merangkul erat kaki saya. Mulutnya berdarah dan kedua-dua kakinya tidak dapat digerakkan. 

Dalam keadaan yang basah kuyup, saya memujuknya dengan berjanji tidak akan meninggalkannya. Bagaimanapun, saya tidak berani untuk mengangkat wanita itu kerana saiz badannya yang agak besar dan bimbang jika beliau mengalami kecederaan dalaman. Sambil melindunginya daripada ribut dan angin kencang, beberapa penghadang besi tumbang dan penghadang jalan plastik juga terbang hampir dengan kami. Ketika itu, saya melayani hati dengan bertawakal kepada Allah SWT untuk melindungi kami dan reda jika itu adalah hari terakhir buat saya walaupun saya tahu peluang untuk selamat lebih cerah jika saya meninggalkan wanita itu dan menyelamatkan diri. 

Namun, ini adalah Tanah Haram dan setiap insan yang berada di situ akan diuji tahap keimanan mereka seperti beberapa lelaki yang berlari melintasi kami tanpa mempedulikan jeritan pertolongan saya kepada mereka untuk membantu kami yang terdedah kepada pelbagai bahaya di kawasan lapang dataran itu. Hanya doa yang tidak putus-putus dan keyakinan kepada Allah SWT saja yang menguatkan hati saya untuk terus bertahan di situ. Jemaah dari India yang bersama saya itu kemudian berlari di dalam ribut untuk mendapatkan bantuan dan kembali dengan seorang anggota polis yang cuba menghubungi anggota lain. Kekalutan itu berlaku dalam seminit dua, tetapi dalam keadaan itu, waktu bagaikan berputar terlalu lama dan tidak lama kemudian, tiba seorang lagi anggota polis yang membuat pemeriksaan pantas dan memutuskan untuk mengangkat wanita Indonesia itu untuk dibawa ke tempat perlindungan. Berlindung di aras bawah Bersama-sama, kami memapah beliau dalam ribut yang masih kencang itu ke bilik air di aras bawah tanah yang terletak kira-kira 100 meter dari situ. 

Sebaik tiba di bilik air itu, saya melihat sudah ada beberapa ratus jemaah yang berlindung di situ dan wanita itu segera mendapatkan bantuan daripada jemaah Indonesia lain. Ribut itu reda kira-kira setengah jam kemudian dan perlahan-lahan jemaah yang berlindung mulai keluar untuk mencari anggota keluarga dan sahabat mereka yang terpisah dan melihat kerosakan disebabkan ribut berkenaan. Ribuan pekerja masjid juga pantas membuat kerja pembersihan dengan membuang air yang bertakung di kawasan dataran dan sebahagian masjid. 

Tidak lama kemudian, azan Maghrib berkumandang dan imam yang bagaikan mengerti, membaca surah al-Zalzalah dan al-Qari'ah yang menceritakan mengenai hari kiamat dan tanda-tandanya, pada rakaat pertama dan kedua solat. Surah al-Zalzalah yang mengandungi lapan ayat itu bermaksud: "Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (menjadi begini)?" Pada hari itu bumi menceritakan beritanya kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)-Nya dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)-Nya pula." Kedengaran esak tangis jemaah apabila surah berkenaan dikumandangkan. Selepas solat, saya terus pulang ke hotel kerana keletihan dan agak trauma. 


Ketika itu saya mendapat tahu ada jemaah yang meninggal dunia dan cedera dalam kejadian berkenaan. Al-Fatihah buat jemaah yang meninggal dunia. Apa pun, jika ditanya kepada saya, tiada tempat lain yang saya ingin menghembuskan nafas saya yang terakhir selain daripada di Tanah Haram. Semoga kejadian ini memberikan kita keinsafan akan kekuasaan Allah SWT dan menambah ketabahan dalam menghadapi dugaan-Nya.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Pusrapi Info : Hebatnya Berbuat Baik Pada Jiran.


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

Pusrapi Info: Hebatnya Berbuat Baik Pada Jiran


HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.
"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"
"Tiada satu pun"
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.
"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "
"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"
"Itu adalah kehendak Allah"
"Siapakah orang tersebut?"
"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.
Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.
"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.
"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak
"Betul, siapakah tuan?"
"Saya Abdullah bin Mubarak"
Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"
Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.
"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"
"Wah! saya sendiri tidak tahu!"
"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".
Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...
Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.
Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."
Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"
"Tetapi anda batalkan?"
"Benar"
"Apa yang berlaku?"
"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu "
"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?
"Ya sayang"
"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "
"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."
Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.
Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"
"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas
"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?
Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.
Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"
"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "
"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".
Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.
Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.
"Ini masakan untuk kamu"
Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.
"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"
Ya Allah ... disinilah Hajiku ...by 
Ya Allah... disinilah Mekahku ...
Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.
Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil....dimana tempatnya...sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...

Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita....




Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 
Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Pusrapi Info : Salam Takziah Kepada Yang Terlibat dalam Tragedi Kren Tumbang Di Mekah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.


Blog Pusrapi Team www.pusrapi.blogspot.com ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi kren tumbang di Masjid al-Haram diMekah, Arab Saudi yang mengorbankan 107 orang jemaah haji dan mencederakan 238 orang jemaah haji yang lain termasuk 10 jemaah haji Malaysia.

Semoga mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan mereka yang cedera cepat sembuh dan diberi kekuatan. Mudah-mudahan semua jemaah haji dilindungi Allah SWT.
Kami Pusrapi Team www.pusrapi.blogspot.com ingin mendoakan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci Mekah. Semoga mereka mendapat Haji yang Mabrur.

Al-Fatihah....



Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Pusrapi Info: Tragedi Kren Tumbang Di Masjidil Haram & Ribut Pasir

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

Pusrapi Info: 
Tragedi Kren Tumbang Di Masjidil Haram & Ribut Pasir











TERBARU MASJID HARAM DI MEKAH DITIMPA UJIAN.
Tadi..sebuah kren tumbang dan menghempap laluan org bersa'ie dan sebahagian Masjidil Haram Mekah..
ramai yg terkorban.

Jemaah di Mekah dinasihatkan berhati-hati.
Dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, yang menyebabkan lebih 100 orang terkorban dan beratus lagi cedera pada Jumaat petang (11 September), sungguh memilukan ketika hanya tinggal 11 hari lagi untuk jemaah haji berwukuf di Arafah yang dijadualkan 22 September ini.

Kejadian kren tumbang itu dilaporkan berlaku semasa hujan lebat dan ribut pasir melanda di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran pada kira-kira pukul 4.30 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam baru selesai menunaikan solat Asar.

Wartawan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji(TH) berkata kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.
.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini sekurang-kurangnya 107 jemaah haji maut sementara 238 yang lain dilaporkan cedera. Susulan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, Tabung Haji mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia terkorban, setakat ini. Hanya 10 jemaah haji Malaysia yang cedera dan enam lagi yang masih belum dapat dikesan.

Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) berkata, selain membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di semua maktab penginapan jemaah Malaysia di Tanah Suci, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di hospital-hospital Arab Saudi, sekiranya terdapat jemaah haji yang telah dibawa ke sana selepas kejadian itu.

.
.
Cerita Jemaah Haji Malaysia
.
Keadaan tiang kren yang tumbang di Masjidil Haram mengorbankan lebih 100 jemaah haji dan mencederakan beratus lagi malam tadi.
Beberapa jemaah haji Malaysia yang berada di Masjidil Haram ketika kejadian itu berkata, mereka amat terkejut dan panik dalam kejadian yang sungguh memilukan seluruh umat Islam itu.

Menceritakan kejadian itu, Mahzan Misni, 49, berkata, ketika kejadian beliau sedang menunaikan solat sunat di Masjidil Haram.

“Tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat, saya ingatkan petir, selepas dentuman itu, suasana jadi kelam kabut, bahagian saie di tingkat satu menjadi gelap (dengan debu selepas kren tumbang), sejurus selepas itu saya lihat mayat   bergelimpangan, terdapat jemaah haji yang berlumuran darah, darah mangsa yang maut terpercik mengenai pakaian mereka, “ katanya.

Beliau bersyukur selamat dalam kejadian itu yang hanya beberapa meter saja dari tempat kren tumbang itu.

“Selepas pulang dari masjid, semua rakan sebilik ada di penginapan hotel, Alhamdulillah, sepanjang jalan pulang, saya berdoa agar semua rakan sebilik saya selamat,” katanya yang menginap bersama enam jemaah lain di Maktab 88, bangunan Abaj Al-Jandriah yang terletak 750 meter dari Masjidil Haram.


Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang akhbar jam 8.45 malam (waktu Arab Saudi semalam; 1.45am pagi tadi waktu Malaysia) berkata pihaknya membuat pemeriksaan bilik ke bilik bagi menyemak senarai jemaah Malaysia di Tanah Suci bermula selepas waktu isyak.

Kebanyakan jemaah haji Malaysia menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram sebelum pulang ke penginapan masing-masing selepas berada di masjid berkenaan sejak waktu Asar atau Zuhur.

Mohd Razak Jaid, 59, jemaah haji Malaysia berasal dari Kepong berkata, ketika kejadian beliau berada di tingkat dua, di kawasan saie berkenaan turut bertindak membantu jemaah haji lain yang nyata terpinga-pinga dengan kejadian itu.

“Saya sempat menarik seorang jemaah haji dari Thailand ketika berlaku runtuhan batu-bata selepas kren berkenaan menghempap kawasan saie itu, keadaan menjadi kelam kabut, jemaah dari dalam kawasan saie, mahu berlari ke arah luar, manakala jemaah haji di kawasan luar, mahu masuk ke dalam,” katanya.

Bekas pesara polis itu berkata, dia turut melihat mayat-mayat yang bergelimpangan itu: “Saya tengok jemaah yang mati, melihat tanda atau tag yang mereka pakai, dalam keadaan kelam kabut itu, saya tak nampak mayat yang memakai tag atau  pengenalan sebagai jemaah Malaysia.

“Keadaan semakin tidak terkawal apabila jemaah mula berasak-asak mahu keluar dari kawasan kejadian, sungguh memilukan melihat mayat bergelimpangan,” katanya.

Seorang lagi jemaah haji, Zaiton Isa, 57, berkata, ketika kejadian dia dan rakan sebiliknya Zurina Zakaria, 49, yang menetap di Abraj Al-Janadriah, sedang berada di tingkat dua di kawasan saie berkenaan.

“Tiba-tiba bunyi dentuman kuat, saya ingatkan bangunan runtuh, jemaah haji mula bersesak-sesak mahu keluar dari kawasan itu,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang tak mampu digambarkannya itu.

Zaiton berkata, dia bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan berkenaan, dan bersyukur apabila tiba di luar masjid, rakan sebiliknya Zurina, berada di belakangnya.

.

Takziah kepada mangsa kejadian di Masjidil Haram terutamanya rakyat Malaysia yang terkesan. Semoga ALLAH melindungi kita semua. Salam takziah juga kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Mekah. Harap keluarga mangsa terus berdoa dan tabah, Insya’Allah.

Al-Fatihah buat jemaah haji yang terlibat dalam kemalangan kren jatuh di Makkah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas mereka kerana meninggal di tempat terbaik, waktu terbaik, hari terbaik dan saat menunaikan ibadah terbaik.  Semoga mereka menjadi ahli Syurga.

Mari kita semua mendoakan juga keselamatan dan kesejahteraan seluruh jemaah Haji di Tanah Suci. Semoga jemaah haji selamat dan dipermudahkan dalam semua urusan. Amiiin!

Sumber – Bernama


Subhanallah.... 
Alangkah bahagianya 
Alangkah mulianya 
Alangkah beruntungnya orang ini,kemarin wafat dimasjidil haram dlm kondisi bersujud kpd Allah sementara Alquran terletak disisinya.

Nabi bersabda:
Seseorang akan wafat sesuai dgn kebiasaan hidupnya.
Alhadist.

Sahabat..
Dgn gaya hidup dan kebisaan perbuatan kita sehari hari, kira2 dalam kondisi apakah Allah akan mewafatkan kita..???

Marilah lebih shaleh dalam kehidupan ini,kita perbaiki kebiasaan hidup serta mua'malah kita dgn Allah selagi masih ada waktu.









Antara Jemaah Malaysia Yang Parah

#BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM..

💝#Innalillaahi Wainnailaihi Rojiuun..
💝#Mohon share dan "Aamiinkan"..Semoga banyak yg mendoakan, semakin dekat doa untuk dikabulkan..

💝#Dibawah ini adalah salah seorang jemaah haji dari Malaysia yg tercedera dalam tragedi kren tumbang di Mekah...

💝#Semoga ALLAH S.W.T. terima segala amal ibadah jemaah haji yg terkorban dan memberi kekuatan serta ketabahan buat jemaah2 yg tercedera..

"#Yaa ALLAH..Lindungilah saudara2 kami yg sedang menunaikan haji di Mekah.."
💝#Aamiin Ya ROBBAL Aalamiin...




















RIYADH – Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi berkata, angin kencang menjadi punca kren besar terbalik dan menghempap sebahagian kawasan Masjidil Haram yang meragut sekurang-kurangnya 107 nyawa, menjelang bermulanya musim haji tahun ini.
Ketua pengarahnya, Suleiman Abdullah al-Amro berkata, angin luar biasa di kawasan itu juga menyebabkan pokok tumbang dan terdapat beberapa kesan bahawa kawasan berkenaan dilanda ribut.
Beliau menafikan laporan bahawa kilat yang menyebabkan kren berwarna merah dan putih itu tumbang.
Pihak pengurusan Masjidil Haram berkata, sekurang-kurangnya 238 cedera dalam kejadian lewat petang semalam itu, di kawasan masjid yang dikelilingi beberapa kren bersaiz gergasi yang terbabit dalam kerja pembinaan pembesaran masjid.



MAKKAH: Sekurang-kurangnya 107 orang dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi kren runtuh di Masjidilharam di sini, dua minggu selepas umat Islam mula menunaikan ibadah Haji.

Selain dari angka kematian, 238 dilaporkan mengalami kecederaan, menurut pihak Pertahanan Awam Arab Saudi.

Agensi berita Saudi memetik sebagai berkata kren yang terletak di Masjidil Haram itu jatuh selepas dilanda hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Bernama pada Sabtu pagi melaporkan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

“Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.



“Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

“Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidilharam bagi menyelia keadaan jemaah.

Imej-imej yang dikongsi di laman media sosial mulai petang Jumaat menunjukkan beberapa jemaah Haji dilumuri darah dan habuk kesan dari runtuhan kren yang jatuh melalui siling di Masjidilharam.








Gambar-gambar lain yang turut dikongsi menunjukkan beberapa warga Arab Saudi menderma darah untuk jemaah Haji yang mengalami kecederaan.

Portal berita tersebut turut memetik Pengarah Urusan Keselamatan Awam Jeneral Suleiman al-Amr dalam satu temuramah dengan Al Ikhbariya TV sebagai berkata, jemaah Haji yang terkorban telah dibawa ke hospital.

Beliau turut berkata angin kencang dan hujan lebat telah menyebabkan pokok-pokok di sekitar kawasan Masjidilharam dan menyebabkan kren-kren bergegar.

“Kren tersebut runtuh berdekatan pagar Al-Salam yang terletak di atas kawasan Al-Masaa  yang menyebabkan sebahagian kecil bahagian di Al-Masaa dan satu lagi kawasan di jambatan Al-Mataf di sekeliling Kaabah,” kata Amr.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat dalam Twitternya berkata, kerajaan akan menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada jemaat Malaysia yang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.




Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)