Wednesday 9 September 2015

Pusrapi Info: Syarat Mati Tidak Harus Menjadi Tua

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

Pusrapi Info : 
Syarat Mati Tidak Harus Menjadi Tua



Datang menerpa si rama-rama,

Si ulat bulu di atas dahan;

Ilmu apa paling utama,

Itulah ilmu mengenal Tuhan


Camar sekawan di bumbung kapal,

Anak merpati terbang perlahan;

Jikalau Tuhan tidak dikenal,

Sudahlah pasti tersalah sembahan



Pokok rambutan lebat buahnya,

Tumbuhnya rendah di tepi selat;

Tersalah sembahan buruk padahnya,

Segala ibadah tiada manfaat



Dari Asahan ke Batu Bara,

Membawa bekal buah delima;

Mengenal Tuhan apakah cara,

Gunalah akal dengan saksama



Menjahit langsir di atas rumah,

Hari kenduri lagi sebulan;

Akal mentafsir Quran dan sunnah,

Alam dan diri sebagai perhatian



Pucuk paku dihidang nyonya,

Orang Belanda makan berkawan;

Setiap yang berlaku ada pelakunya,

Itulah tanda kewujudan Tuhan



Pungguk tertawa melihat bulan,

Cerahnya sekerat dilitup awan;

Ambillah nyawa sebagai tamsilan,

Tempatnya di jasad tiada ketahuan



Membeli dupa di negeri China,

Tembikar bulat dan juga lampu;

Tiada rupa tiada warna,

Untuk melihat mata tak mampu


Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment