Friday 25 December 2015

Pusrapi Info : Allah Perjalanankan HidupKu

Dari mula lagi, kita memang tahu, semua kesembuhan itu datang dari Allah, kita sebagai makhluk tidak ada kuasa apa2, melainkan kita ikuti apa yang telah diajarkan dari Baginda Rasullah, amalan pemakanan dan amalan ibadah yang merangkumi Mental-Jasad-Roh.

Biar satu sahaja yang dapat kita istiqamah pasti kita kan melihat hasilnya berbeza-beza mengikut tempoh kita mengamalkan sesuatu amalan cara hidup nabi pasti kita akan melihat hikmah di setiap apa yang berlaku,

Bermulanya saya menceburi perniagaan dalam bidang pengubatan ini, adalah naluri saya seusia umur 7 tahun, apabila antara feveret soalan cikgu-cikgu zaman dahulu, bertanyakan setiap murid, apakah cita2 yang mereka ingin capai. Saya salah seorang yang menjawab saya ingin menjadi doktor. Itu yang datang dalam hati saya, ketika saya berumur 7 tahun. ingatkan ia hanya keinginan di masa kecil sahaja tetapi rupa2nya, hingga saya dewasa ketika saya berumur tingkatan 3, selepas PMR, saya menyuarakan hasrat saya kepada ibu ingin memasuki kelas sains di sekolah biasa (asalnya saya dari sekolah agama rakyat). Bagi saya pendapat ibu lebih saya utamakan memandangkan saya sangat berhati-hati dalam melakukan keputusan. Dan saya teringat darjat ibu, telah Nabi sebutkan 3 kali, selepas bapa. Maka ibu saya,memberitahu saya, dia mahu saya menghabiskan sekolah menengah agama sehingga tamat tingkatan 5. katanya, dia ingin semua anak2nya ada ilmu agama yang cukup di dada. Saya menerima dengan hati terbuka, tidak ada penentangan, saya redha, dan berlapang dada. Saya menganggap cita2 saya itu cuma satu mimpi yang tak mgkin saya realisasikan dalam hidup saya. Saya anggap keputusan untuk menghabiskan ilmu agama yang lebih penting. Saya suka mendengar org yang lebih tua utk memberi pendapat, kerna bagi saya, pendapat itu berdasarkan pengalaman mereka.

Selepas menamatkan pengajian di sekolah agama, saya mengambil bidang akaun, sebagi tiket menggantikan cita-cita menjadi doktor. selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM, saya melanjutkan pengajian dalam bidang BBA major dalam kewangan. Selepas menamatkan dalam bidang kewangan, saya kembali teringatkan cita2 saya ingin menjadi doktor. tiba-tiba ia datang dan menghantui hidup saya, sehinggakan saya berazam ingin kembali ke bangku sekolah, mengambil dalam bidang sains tulen. Ini memang kerja gila. saya memujuk diri saya sendiri, bahawa saya telah terlambat untuk belajar semula. kerana duit pinjaman PTPTN pun belum habis dibayar, adakah saya ingin menambah lagi hutang lagi.

Selepas saya berkerja bermacam2 kerja, at last terjebak jgk saya dalam satu syarikat yang menjual produk kesihatan, mula-mula ingat aku akan jadi penjual produk aja. semua produk berasaskan sunnah, dari jurujual biasa, saya mengenali ramai org dan mula mempelajari pelbagai kerenah orang dan feedback dari produk yang saya syorkan. Disamping itu saya sendiri yang mencubanya, sebelum beri pada customer saya. 

Setelah istiqamah dalam bidang produk berasaskan sunnah, saya sangat bersyukur hingga hari ini, rupa-rupanya Allah ingin bagi saya jalan yang terbaik. Akhirnya, saya melanjutkan bidang kesihatan dalam pelbagai kaedah dan melihat banyak kebenaran, saya sangat yakin apa yang saya lakukan ini adalah yang terbaik. Akhirnya, saya menjadi perawat yang merawat pelbagai jenis penyakit, Dan kini saya sendiri menghabiskan masa saya untuk mengkaji pelbagai kaedah yang digunakan dalam perawatan dari zaman kuno sampai zaman moden tanpa biaya dari mana-mana pihak, hanya berdiri di atas kaki sendiri. 

Insyallah sebenarnya banyak ingin dikongsikan, sebab pengalaman dalam bidang pengubatan bukan satu jangka yang singkat, ianya telah menjangkau 9 tahun. Dan kini baru saya tahu jalan kebahgiaan bukan terletak pada duit, harta dan sebagainya, kebahagiaan itu akan anda temui dalam bidang pengubatan dalam diri anda sendiri.

No comments:

Post a Comment