Thursday 28 April 2016

Pusrapi Info :- Mulianya Si Tukang Sikat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info :- Mulianya Si Tukang Sikat



MULIANYA SI TUKANG SIKAT

Sebenarnya wanita situkang sikat rambut puteri Firaun yang memerintah Mesir, tidak diketahui oleh sejarah nama sebenarnya. Dia hanya digelar Masyitah kerana tugasnya menyisir atau menyikat rambut puteri Firaun. Masyitah (ماشطة) bermakna tukang sikat, dari kata kerja ‘masyata’, ‘yamshitu’ ( مَشَطَ، يَمْشِطُ)yang bererti menyikat.
Suatu hari ketika beliau menyisir rambut puteri Firaun tersebut, sikatnya terjatuh. Ketika dia menunduk untuk mencapai sikat tersebut tersasul dari mulutnya ,
“Bismillah” (Dengan nama Allah)
Puteri Firaun bertanya “Ayahku ke?”
Tukang sikat itu menjawab, “Bukan, tetapi tuhan aku, dan ia adalah tuhanmu dan tuhan ayahmu juga.”
Puteri Firaun lantas mengadu kepada bapanya. Lalu Firaun memanggil tukang sikat tersebut dan menyoal , “Wahai perempuan! Kamu ada tuhan lain selainku? Siapa tuhanmu?
“Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah” jawabnya.
Firaun murka lalu menyuruh orangnya memanaskan minyak dalam kuali tembaga besar dan memerintah supaya dibawa ketiga-tiga anak tukang sikat tersebut.
Firaun kemudian memerintahkan orangnya menjulang anak sulungnya untuk dilempar ke dalam kuali tersebut. 
“Amaran terakhir siapa tuhanmu?” bentak Firaun
“Tuhan ku dan tuhanmu adalah Allah”
Lalu dicampakkan anak tersebut ke dalam kuali, digoreng sehingga timbul tulang temulangnya. Perempuan tersebut melihat anaknya dengan linangan air mata. 
Kemudian dibawa anak kedua.
“Siapa tuhanmu?” 
“Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah”
Anak keduanya juga dihumban ke dalam kuali, digoreng sehingga timbul tulang temulangnya. 
Kemudian diambil pula anak bongsunya yang masih menyusu.
Kali ini wanita itu, tergamam dan timbul perasaan kasih dan sayang pada anaknya itu. Perasaan kasihan kepada anaknya itu hampir membuatkannya mengalah. Tetapi Allah maha kuasa, anak kecil itu tiba-tiba berkata,
“Jangan takut ibuku, azab dunia lebih ringan dari azab akhirat. Katakanlah tuhanku dan tuhanmu adalah Allah” kata-kata yang hanya didengari oleh ibunya sahaja.
Kali ini wanita itu bertempik “Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah”
Lalu Firaun memerintahkan anak tersebut dicampak dengan ibunya sekali.
Firaun kemudian memerintahkan agar tulang temulang mereka dikeluarkan dan dibuang di sebuah kawasan lembah.
------------------
Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW dibawa oleh Jibril AS melalui kawasan lembah tersebut. Di situ Rasulullah tercium bau yang sangat wangi seperti bau kasturi dan ‘Ambar’.
“Alangkah wanginya. Bau apakah ini wahai Jibril?” Rasulullah bertanya
“Itulah bau situkang sikat (ماشطة) dan anak-anaknya.”
(Mafhum hadis riwayat Ad-Darimi, Imam Ahmad dan ibnu Hibban dengan sanad dari Ibnu Abbas)


* Ujian yang Allah beri kepada kita sangat kecil. Ujian yang kecil, markahnya kecil juga. Ujian yang besar sudah tentulah syurga imbalannya. Ya Allah ya tuhanku janganlah Kau uji aku kecuali dengan ujian yang aku mampu hadapinya. Amin.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
()
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Wednesday 27 April 2016

Pusrapi Info : Perlatihan Gerakan Syifa

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info : 
Perlatihan Gerakan Syifa




Alhamdulillah semoga....mereka yang mempelajarinya.....bertambah skill ilmu perawatan bagi membantu ramai lagi yang memerlukan teknik perawatan tanpa....menelan ubatan yang dicemari....racun-racun yang akan memberi kesan jangka panjang......pabila kesembuhan itu datang dengan izin Allah....segalanya berubah menjadi lebih berkeyakinan untuk melakukannya sebagai langkah rutin. Salam istiqamah buat yang telah mempelajarinya.....Kepada yang berminat....call saja kami diPusrapi....mengalu-alukan kedatangan kalian untuk mempelajari Ilmu Sepanjang Hayat....Keterapian Sembuh.Tanpa.Ubat.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:



Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201



Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,



"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Pusrapi Info : Tragedi Dimana-mana, Jagalah Diri, Pinjaman Dari Ilahi.

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Penghulu segala Nabi dan Rasul.


 “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157).



Purapi Info : 
Tragedi Dimana-mana, Jagalah Diri, Pinjaman Dari Ilahi.

Tangan pelajar putus terkena bilah kipas pam angin.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Bayor, Rantau Panjang, Perak, putus tangan kanan serta patah tangan dan kaki kirinya selepas disedut mesin pam angin, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Mohd Syafiq Mohd Rosdi, 14, dilaporkan bekerja di sebuah bangsal ternakan ayam di Kampung Ulu Krong, Tanjung Lengkong, Sungai Bayor, Selama, Perak.
Difahamkan, tangan kanan mangsa terkena mesin pam angin di bangsal sebelum tangannya disedut dan putus terkena bilah kipas dalam mesin berkenaan.

Bapa mangsa, Mohd Rosdi Mat Shohor, 46, pekerja kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, tidak mengetahui punca sebenar kemalangan menimpa anak kedua dari tujuh beradik itu kerana Mohd Syafiq mengalami trauma sebaik menyedari tangan kanannya hilang.

"Dia dihantar ke Hospital Selama sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping. Tidak lama selepas itu, doktor mengambil keputusan memindahkannya ke Hospital Kuala Lumpur, awal pagi semalam.
"Dia masih meracau kerana terkejut dengan kehilangan tangan kanan, patah tangan dan kaki kiri serta mengalami keretakan pada kepala," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Mohd Rosdi berkata, anaknya bekerja di reban ayam berkenaan kerana memahami kesusahan keluarga dan ingin membantu meringankan tanggungan.

"Saya terduduk apabila mendapat dapat tahu kemalangan yang menimpa anak saya.
Saya rasa bersalah tetapi harus reda dengan takdir Tuhan," katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosdi di talian 019-5287751

Sumber@Berita Harian.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Wednesday 20 April 2016

PUSRAPI INFO : RANCANGAN TAJAAN PUSRAPI DI RADIO KEDAH FM

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.


Pusrapi Info : 

RANCANGAN TAJAAN PUSRAPI DI RADIO KEDAH FM


Alhamdulillah.....Rancangan Tajaan Pusrapi dicorong Radio Kedah FM kini masuk minggu ketiga bersama Ustazah Noor Wahida & Ustazah Nur Husna yang ditemani dengan Dj Radio Kedah FM iaitu Dj Khadijah. Syukur pada Allah dengan segala kudrat pinjaman darinya kami disini bersedia berkhidmat untuk menyediakan jalan Ikhtiar Keterapian Pelbagai jenis penyakit yang ingin mendapatkan perawatan secara alami disetiap kawasan Pusrapi berada.

Tahniah kepada Ustazah Noor Wahida yang hari ini beliau mewakili teman-teman pusrapi seangkatan untuk menyampaikan info-info terkini untuk maklumat muslimin & muslimat.

Pokok rambutan lebat buahnya...
Tumbuhnya rendah di tepi selat...
Tersalah ubat buruk padahnya...
Pabila sunnah lupa dimanfaat...
Alangkah rugi wahai sang umat...
Mengubur diri saat hidupmu singkat...
Bagai mayat hidup yang kabur pada kebenaran & matlamat.....
Ya Allah selamatkan seluruh sang umat 😔😔😔😔

Bagi anda yg ingin jalani Kaedah Perawatan Cegah sebelum parah, Rawat sakit melarat, Pulih sakit yg ada....kita rungkai misteri tersembunyi.....Janganlah rasa malu,segan, utk bertemu kami di Pusrapi. Hubungi kami di talian.....

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201

Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab


(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sunday 17 April 2016

Pusrapi Info : Kiamat Hampir Tiba

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞


Pusrapi Info: 

 "Kiamat Hampir Tiba"

Hari Kiamat pasti akan terjadi. Di saat itu langit akan pecah, gunung ganang akan berterbangan,bumi
akan seisinya akan hancur lebur. Bumi yang dipijak ini akan bertukar menjadi bumi yang lain. Langit yang menaungi kita juga akan bertukar dengan langit yang lain pula.

Tiada siapa yang mengetahui bilakah peristiwa dashyat itu akan terjadi kecuali hanya Allah SWT. Namun begitu, Allah dengan kasih sayangNya dan juga hikmahNya telah menunjukkan kepada kita beberapa tanda yang terjadi mendahuluinya, supaya orang yang berdosa sempat bertaubat dan orang-orang yang sudah insaf akan menambahkan lagi amalan mereka.

Dunia pada hari ini telah dan sedang merasakan tanda-tanda itu. Bahkan debaran jantung dunia akan sentiasa dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa. Kita hari ini merasakan kemerosotan umat Islam,para ulama berkurangan,cabaran hebat terhadap iman.kemungkaran berleluasa di tengah-tengah masyarakat,keruntuhan moral, gempa bumi demi gempa bumi dan peperangan demi peperangan. 
Tanda-tanda kiamat yang kecil ini sangat banyak kita rasakan. Hampir seratus tanda yang sekarang ini sedang kita alami. Apa yang dapat kita rasakan disini jualah, tanda-tanda yang kecil ini dari masa ke semasa semakin bertambah serius dan sudah hampir sampai ke peringkat yang paling teruk yang selanjutnya akan disambut oleh tanda-tanda kiamat yang besar, dimana apabila kita menemui tanda kiamat besar yang pertama makan tanda-tanda lainnya akan segera mengikutinya seperti yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah saw.

Tanda-tanda kiamat yang besar itu ialah seperti yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah saw di
bawah ini:
Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a berkata: “ Datang kepada kami Rasulullah saw dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang”. Lalu beliau bersabda : Apa yang kamu perbincangkan?” 

Kami menjawab : ‘’ Kami sedang berbincang tentang hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: ‘’Asap, Dajjal,binatang,terbit matahari dari tempat tenggelamnya,turun Nabi Isa bin Maryam alaihisslam, Ya’juj dan Ma’juj,tiga kali gempa bumi, sekali di Timur,sekali di Barat dan yang ketiga di semenanjung Arab. Dan yang terakhir sekali ialah api yang akan keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mashyar mereka” Sepuluh tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah saw. Dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar yang akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat. 

Sepuluh tanda itu ialah:

1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkn penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan memasuki segala rongga badan orang-orang kafir lalu mereka menjadi menggelembung kemudian asap itu keluar semula dari badan mereka.

2. Dajjal akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan,hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar akan keluar berhampiran Bukit Shafa di Makkah yang akan bercakap bahawa manusia sudah tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa a.s ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Iman Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini,iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat daripada besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari
arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Iman Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan : 
“Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah saw ialah
bahawanya keluarnya Dajjal adalah yang mendahului segala petanda-petanda yang besar yang mengakibatkan perubahan besar yang telah berlaku di permukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa as (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda kiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu akan terjadi di hari matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Walau bagaimanapun di sana masih ada lagi beberapa tanda kiamat yang besar,iaitu pemerintahan Iman Mahdi yang mendahului kemunculan Dajjal,Al-Quran akan diangkat dan Ka’abah akan dihancurkan. Maka dalam buku ini,kita cuba untuk menghuraikan susunan kejadian yang akan berlaku dengan berpandukan kepada pendapat Iman Ibnu Hajar tadi dan juga dengan merujuk kepada beberapa buah kitab yang dikarang oleh para ulama dalam masalah ini. Dan untuk memudahkan kita mengikuti susunan kejadian atau “agenda kiamat’’ ini,maka kami membahagikan peristiwa-peristiwa yang bakal terjadi ini kepada tiga bab iaitu:


Bab pertama: Peristiwa-peristiwa yang akan terjadi sebelum kemunculan Dajjal.
Bab kedua: kemunculan Dajjal.
Bab ketiga: peristiwa-peristiwa yang akan terjadi setelah pembunuhan Dajjal sehingga terjadinya hari
kiamat.
Mudah-mudahan buku ini dapat memberikan sedikit panduan kepada kita dan semoga mendapat
keberkatan dari Allah swt.
1. KEMUNGKARAN BERMAHARAJALELA DALAM MASYARAKAT, PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN
DAN ISLAM KEMBALI ASING DARI PANDANGAN
Sebenarnya ke semua gejala buruk dan hura hara akhr zaman yang telah kita sebutkan dalam buku “
Empat puluh Hadis Peristiwa Akhir Zaman” yang baru kita singgungkan dalam muqadimmah tadi adalah
sebagai petanda hampir kemunculan Dajjal. Jadi singgungkan dalam muqadimmah tadi adalah sebagai
petanda hmp[ir kemunculan Dajjal. Jadi suasana masyarakat kita di hari ini adalah ke arah persediaan
menerima kedatangan Dajjal. Kerosakan akan terus bertambah banyak sehingga apabila Dajjal
muncul,orang tidak begitu asing dengan kesesatan yang dibawanya,bahkan disesetengah masyarakat
kemunculan Dajjal adalah merupakan kehadiran seorang “tokoh” yang dinanti-nantikan.
Masyarakat kita hari ini sudah banyak kehilangan nilai murni. Banyak perkara yang sangat penting dalam
agama tetapi masyarakat kita tidak memberikan perhatian yang sewajarnya, seperti ilmu yang dikatakan
“Fardhu Ain”oleh para ulama,iaitu ilmu yang wajib dituntut oleh setiap individu muslim.
Kenyataannya,ilmu ini tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Sebaliknya ilmu yang dikatakan
“Fardhu Kifayah” (seperti Sains, Matematik dan lain-lain) hampir semua orang mempelajarinya. Begitu
pula masyarakat kita memandang sinis terhadap wanita yang menutup aurat dengan sempurna tetapi
mereka tidak merasa apa-apa kalau melihat wanita yang mendedahkan aurat. Begitulah seterusnya,
banyak kewajipan yang diabaikan dan banyak maksiatnya,banyak kewajipan yang diabaikan dan banyak
maksiat yang sudah menjadi kebiasaan. Kalau begitu keadaan hari ini,maka bagaimana pula sepuluh
tahun yang akan datang? Jadi suasana masyarakat terus sahaja membuat persediaan untuk menerima
kemunculan Dajjal yang akan mengatakan halal itu haram dan haram itu halal dan juga mengatakan
neraka itu syurga dan sebaliknya syurga itu neraka.
Dalam suasana antarabangsa pula,kita dapat menyaksikan berlakunya penindasan,kezaliman,
peperangan demi peperangan, gempa bumi demi gempa bumi. Semakin maju teknologi semakin
terseksa “INSAN” kerananya. Teknologi yang ditaja dalam fahaman sekular dan berdasarkan kepada
kepentingan peribadi telah banyak menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri.


2. PEMBANGUNAN DI KAWASAN BAITUL MAQDIS (JERUSSALAM)

Nampaknya petanda yang lebih awal yang dapat dirasakan sekarang ini ialah pembangunan yang
semakin meningkat di kawasan Jerussalam. Tanah-tanah orang Arab Palestine terus sahaja dibeli oleh
orang-orang Yahudi dan mereka telah mendirikan bangunan yang besar-besar,terutama di Bandar baru
Quds (sebelah Barat Baitul Maqdis). Bahkan rampasan juga berlaku terutama di sebelah Timur Baitul
Maqdis (Tebing Barat Sungai Jordan). Pencerobohan Yahudi terhadap hak-hak orang Palestine
merupakan satu perkara yang telah diketahui oleh semua lapisan masyarakat maka ini sebagai petanda
bahawa kiamat sudah hampir tiba.
3. KERUNTUHAN BANDAR MADINAH AL MUNAWWARAH
Negeri Madinah Al Munawwarah yang pada hari ini kelihatannya juga agak sibuk membangun,nantinya
akan ditinggalkan orang-orang Munafiq dan kafir akan keluar daripadanya. Mereka tidak senang duduk
di sana. Mereka mahu mencari kesenangan dunia dan kebahagian yang sementara,manakala orang-
orang yang beriman mereka akan tetap tinggal di Madinah walaupun mereka berada dalam kesempitan
hidup dan terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam ujian Allah swt.
4. IMAM AL MAHDI AKAN LAHIR DAN BELIAU AKAN MEMIMPIN UMMAT ISLAM.
Ertinya:
Daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: “Dunia tidak akan hilang (kiamat)
sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku) yang
namanya sama dengan namaku”.
H.R Tirmizi
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan kiamat sehinggalah bangsa Arab
dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah saw,iaitu Iman Mahdi. Ia akan
melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan diikuti oelh seluruh kaum muslimin.
4.1. TANDA-TANDA IMAM MAHDI AKAN DIBAI’AT
Sebelum Iman Mahdi datang memimpin umat Islam ada beberapa tanda yang akan muncul lebih
dahulu,iaitu:
a. Munculnya sebuah bintang yang berekor di ufuk timur dan bintang ini akan kelihatan di atas
langit selama tiga malam atau tujuh malam berturut-turut.
b. Gerhana bulan pada malam pertama bulan Ramadhan dan gerhana matahari pertengahan
bulan,di mana peristiwa yang seumpama ini belum pernah berlaku sepanjang sejarah dunia.
c. Kemudian di musim haji pada tahun itu akan berlaku huru hra sehingga sampai terjadi bunuh
membunuh di kawasan Mina dan darah pun akan mengalir di sekitar Jumrah Al Aqabah. Dan

 akan berlaku juga rompakan terhadap harta orang-orang yang sedang melaksanakan ibadat haji
itu.
d. Muncul tapak tangan yang terhulur dari langit sehingga dapat disaksikan di kebanyakan tempat
bersama dengan satu suara seruan dari langit “Sesungguhnya pemimpin kamu ialah Iman Al
Mahdi. Dalam satu riwayat lain ada disebutkan bahawa satu seruan itu ialah “sesungguhnya
wali-wali Allah itu ialah pengikut Iman Al-Mahdi.”
4.2. MEMBAI’AT IMAM MAHDI
Apabila tiba bulan Muharram setelah peristiwa berdarah di Mina itu,maka pada saat itulah Iman Al
Mahdi akan dibai’at( dilantik untuk menjadi pemimpin yang dipatuhi)
Pada mulanya,telah datang ke negeri Makkah tujuh orang ulama yang datang dari penjuru berbeza-beza
dengan tanpa sedikitpun perjanjian. Mereka datang ke Makkah dengan tujuan yang sama iaitu mencari
Iman Mahdi untuk membai’atnya dan mereka masing-masing sebenarnya telah dibai’at oleh 313 orang
yang setia dengannya. Jadi kehadirannya di Makkah adalah mewakili bilangan tersebut. Apabila mereka
telah bertemu di Makkah lalu masing-masing berkata kepada sahabatnya: “Apakah sebenarnya tujuan
kamu datang ke sini? Masing-masing menjawab: Kami datang ke sini adalah untuk mencari penyelesaian
terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh umat Islam kini. Kami mencari seorang peribadi yang
mampu memulihkan keadaan dan memadamkan persengketaan yang telah meragut ramai nyawa di
kalangan kita. Kami mencari seorang tokoh yang mampu menguasai bandar ‘’ Qustantiniyah” .
Sebenarnya kami telah mengetahui namanya dan nama ayahnya serta ibunya dan tanda-tanda
tenteranya”. Lalu mereka berpakat untuk mencarinya di sekitar bandar Makkah Al Mukarammah.
Apabila mereka telah menemuinya,ia tidak mahu mengaku bahawa dialah peribadi yang dicari-cari itu
lalu ia melarikan diri ke Madinah. Oleh kerana keadaan di Madinah juga tidak selamat ia kembali ke
Makkah. Lalu sekali lagi ia akan ditangkap di dalam Masjidil Haram. Lalu sekali lagi ia akan ditangkap di
dalam Masjidil Haram berhampiran dengan Hajarul Aswad lalu dikatakan kepadanya: “Engkau akan
dibunuh seandainya enggan menerima perlantikan kami. Engkau akan menanggung segala dosa kami
dan dosa seluruh umat yang sedang bertelagah ini. Bukankah engkau tidak tahu bahawa tentera musuh
sudah mulai berangkat ke arah kita ini”.
Ketika itulah terpaksa ia menerima bai’at dari tujuh orang ulama tadi dan diikuti oleh kaum muslim yang
ada di Makkah,di mana baiat ini akan dilakukan di dalam Masjidil Haram di antara kawasan Hajarul
Aswad dengan Maqam Ibrahim dan setelah selesai dibai’at Al Mahdi akan memberikan ucapannya dari
atas mimbar dan seterusnya beliau mendapat kepercayaan dan kecintaan dari seluruh lapisan kaum
muslimin sehingga terbentuk satu tentera yang sangat sedia berkorban apa sahaja yang mereka miliki.

 4.3. SIFAT-SIFAT AL MAHDI
Beliau adalah keturunan Siti Fatimah binti Rasulullah saw dan namanya ialah Muhammad bin Abdullah.
Namanya sama dengan nama Nabi saw dan nama ayahnya sama dengan nama ayah Baginda. Ayahnya
dari keturunan Hasan dan ibunya dari keturunan Husin atau sebaliknya. Tempat kelahirannya ialah di
Madinah. Umurnya ketika dibai’at adalah antara tigapuluhan ke empatpuluh. Akhlaknya banyak
menyerupai akhlak Rasulullah saw walaupun bentuk badannya tidak banyak serupa dengan Rasulullah
saw. Badannya seakan-akan seorang dari keturunan Bani Israel. Lidahnya seakan-akan berat berkata-
kata. Apabila terasa berat lidahnya untuk bercakap ia akan segera menepuk pahanya yang kirinya
sehingga kata-kata jadi mudah keluar dari mulutnya.
Hidungnya mancung. Dahinya luas. Mukanya bersinar laksana bintang yang bercahaya. Warna kulitnya
seperti kulit orang Arab walaupun bentuk badannya seperti orang Bani Israel. Di antara gigi-giginya ada
sedikit jarang. Janggutnya tebal. Matanya seolah-olah sentiasa dibubuh celak. Di mukanya ada tahi lalat
dan perutnya agak sedikit besar. Rambut, janggut dan ke semua bulu-bulu badannya hitam. Dan ada
bersama-sama dengan bendera Rasulullah saw begitu juga jubah dan pedang Baginda.
Pada mula Al-Mahdi bukanlah seorang yang terkenal dengan sifat keutamaan lalu Allah memberi taufik
dan hidayah kepadanya sehingga dalam satu malam sahaja ia sudah berubah dari keadaanya sehingga
dalam satu malam sahaja ia sudah berubah dari keadaannya yang asal. Ia telah menjadi seorang yang
warak,adil,alim dan sebagainya,seperti sifat-sifatnya yang telah disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah
saw. Dalam hal ini ada diriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:
Ertinya:
“Al Mahdi itu dilahirkan dari keturunan Ahlul Bait (keturunan Siti Fatimah RA) yang telah disempurnakan
oleh Allah akan segala kebaikannya pada satu malam sahaja”.
Dengan kesempurnaan segala akhlak dan kebaikan ini maka Al Mahdi layaklah untuk memimpin dunia
dan menghapuskan segela bentuk kezaliman sehingga dunia menjadi makmur,aman dan damai pada
masa pemerintahannya.
4.4. LAMANYA MEMERINTAH
Al Mahdi akan memerintah selama tujuh atau Sembilan atau tiga puluh atau empat puluh tahun,
menurut riwayat yang berbeza-beza. Tetapi mengikut Iman Ibnu Haja Al Haitami semuanya itu adalah
benar kerana riwayat yang mengatakan tujuh atau sembilan tahun itu melihat kepada zaman keemasan
pemerintahannya dan riwayat yang mengatakan tiga puluh itu melihat kepada zaman pertengahannya
dan riwayat yang mengatakan empatpuluh tahun itu melihat kepada keseluruhan masa
pemerintahannya.

4.5. PEMEGANG BENDERANYA
Benderanya adalah berwarna hitam dan pemegang benderanya ialah seorang anak muda yang akan
datang dari arah timur. Janggutnya nipi dan warna kulitnya ada sedikit kuning,namanya “Syuaib bin
Shaleh”. Anak muda ini bergelar pemuda Bani Tamim dan dialah yang mengetuai angkatan tenteranya
dan menjadi tulang belakang kekuatannya. Mereka selalu berpakaian putih dan kopiah mereka
berwarna hitam. Di waktu malam bagai pendeta yang khusuk beribadat di hadapan Allah. Di waktu siang
laksana singa yang lapar,maju kehadapan menyerang musuh dengan tidak mengebnal erti takut atau
mundur.
4.6. GEMPA BUMI YANG AKAN MENELAN TENTERA AS SUFYANI
Sebaik sahaja mendengar pembai’atan Imam Mahdi di Makkah, seorang penguasa zalim di Syria yang
dikenali sebagai “As Sufyani” akan bergegas menghantar tenteranya ke Makkah untuk menumpaskan
angkatan tentera Imam Mahdi.
Apabila tentera ini sampai ke suatu tempat yang bernama ‘’Al-Baida’’,iaitu suatu tempat yang
berhampiran dengan kota Madinah Al Munawarrah,tentera ini akan ditelanoleh bumi. Tiada seorang
juga pun di antara mereka yang selamat kecuali dua orang sahaja. Seorang daripada mereka akan
kembali ke Syria membawa berita sedih nahas tentera itu kepada As Sufyani dan satu orang lagi akan
pergi ke Makkah membawa berita gembira kepada Imm Al Mahdi.
4.7. IMAM AL MAHDI MENGUMPULKAN KEKUATAN TENTERANYA
Setelah itu Imam Al Mahdi berangkat ke Baitul Maqdis untuk mengumpulkan kekuatan tenteranya.
Pemuda Bani Tamim yang bernama Syuaib Bin Shaleh telah berjaya mengumpulkan tentera yang sangat
besar bilangannya yang kebanyakan adalah berasal dari arah Timur (Khurasan) dan seterusnya Imam
Mahdi memilih Baitul Maqdis sebagai kem tenteranya,sementara Pemuda Bani Tamim itu merupakan
ketua turus angkatan tenteranya dan yang memegang panji-panjinya.
4.8. PETEMPURAN ANTARA TENTERA IMAM AL MAHDI DENGAN AS SUFYANI
Setelah Al Mahdi mengumpulkan kekuatannya,ia terus memulakan operasinya dengan menyerang As
Sufyani yang sangat zalim itu. Maka dengan terjadilah satu petempuran yang sangat sengit antara
tentera pimpinan Al Mahdi dengan tentera pimpinan As Sufyani di suatu lembah yang berhampiran
dengan Baitul Maqdis,di mana pertempuran ini berakhir dengan kekalahan dipihak tentera As Sufyani
dan akhirnya As Sufyani sendiri dapat ditangkap dan dibunuh di dekat sebuah gereja di “Thor Zaita”
dekat dengan Masjid Al Aqsha. Maka dengan itu Imam Al Mahdi telah menguasai kebanyakan Negara di
Asia Barat.
4.9. MENUNDUKKAN INDIA
Setelah itu Imam Al Mahdi menghantar tenteranya ke India dan dalam masa yang singkat India akan
ditaklukkan. Lalu ditawanlah Raja-Raja Hindu dan digari tangan mereka untuk diserahkan kepada Imam
Al Mahdi. Begitu pula dengan khazanah Indiayang akan dipindahkan di Jerussalam.


4.10. BERITA PENCEROBOHAN BANGSA ROM (EROPAH TIMUR) DI KAWASAN A’MAQ ATAU DABIQ
Tidak lama setelah itu sampailah berita bahawa bangsa Rom telah memceroboh masuk ke kawasan
A’maq arau Dabiq iaitu satu kawasan berhampiran Bandar Halb (Aleppo) Utara Syria di dekat sempadan
Turki. Mendengar berita ini Imam Al Mahdi terus berangkat bersama-sama dengan tenteranya untuk
menangkis pncerobohan tersebut dan akhirnya beliau berjaya memukul mundur tentera Rom itu
sehingga mereka lari pulang ke negeri mereka (Eropah).
4.11 PEMBUKAAN QUSTANTINIAH AGUNG
Tentera Imam Al Mahdi bukan hanya sekadar berjya memukul mundur tentera Rom tetapi akhirnya
brjaya menaklukkan Bandar Qustantiniah Agung dan menguasai Bandar itu dengan separuh
kekuasaan,lalu beliau membahagi-bahagikan harta rampasannya di kalangan kaum muslimin. Ketika
Imam Al Mahdi sibuk membahagikan harta rampasan ini terdengarlah satu teriakan yang sangat kuat
sekali yang hampir didengari oleh keseluruhan tenteranya. Suara itu mengatakan : “Lekaslah kamu
pulang! Dajjal telah bermaharajalela di negeri kamu”. Suara ini sebenarnya suara syaitan. Ini tidak benar.
Walaubagaimanapun juga tentera Imam Al Mahdi tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya,lalu
mereka bergegas pula ke Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya. Mereka cepat-cepat pulang dan tidak
mempedulikan lagi harta rampasan yang ada pada tangan mereka. Apabila mereka sampai di negeri
masing-masing barulah mereka sedar bahawa berita kemunculan Dajjal itu adalah berita bohong yang
datang daripada syaitan. Selepas kepulangan tentera Imam Al Mahdi ini bangsa Rom mengambil semula
negeri mereka yang telah ditinggalkan oleh tentera Iman Mahdi dan mereka membunuh dan menyeksa
saki baki tentera Imam Mahdi yang masih belum sempat pulang lagi sehingga tidak tinggal seorang juga
pun orang Islam di tanah bangsa Rom itu. Tentera yang tertipu pulang tadi menjadi kesal. Lalu mereka
membuat keputusan untuk menyerang Rom kali yang kedua. Maka dengan semangat yang membara
dan keimanan yang teguh mereka kembali mengepung Bandar Qustantiah. Maka di pagi hari yang ketiga
mereka beramai-ramai melaungkan takbir “Allahu Akbar”,lalu runtuhlah satu penjuru pertahanan
musuh yang membuat mereka menjadi panic dan lari lintang pukang. Dengan itu Bandar Qustantiah
dapat direbut kembali dan tentera Imam Al Mahdi akan mendapat harta rampasan yang lebih banyak
lagi dari pusingan pertama dahulu. Sehinggakan khazanah Masjidil Aqsa yang pernah dicuri oleh bangsa
Rom akan diambil kembali oleh Imam Al Mahdi dan akan diletakkan semula di Masjidil Aqsha ,pusat
pemerintahan Al Mahdi.
Di zaman pemerintahan Imam Mahdi ini akan wujud keberkatan dan nikmat yang luas dari Allah swt
sebagai ganjaran keadilan pemimpin. Ketika itu bumi akan mengeluarkqan buah-buahan dan biji-bijian
dan juga segala galiannya. Umat Islam akan hidup dalam keadaan aman dan makmur,harta benda
melimpah ruah,pemerintah adil,harta kekayaan diagihkan-agihkan dengan penuh keadilan dan sama
rata.
Mengikut Imam Al Barzanji di dalam Al Isya’ah muka surat 91 dan muka surat 107,adalah besar
kemungkinan zaman keadilan dan kemakmuran ini setelah ia akan berlaku setelah turunnya Nabi Isa a.s
dan setelah beliau membunuh Dajjal dan selepas kematian bangsa Yakjuj dan Makjuj. Jadi sifat-sifat
keadilan dan kemakmuran yang disebutkan akan berlaku di zaman Nabi Isa a.s ialah ketika Nabi Isa dan

Imam Mahdi hidup di zaman yang sama iaitu selepas pembunuhan Dajjal dan musnahnya bangsa Yakjuj
dan Makjuj. Setelah berlalu tujuh,lapan atau sembilan tahun kemakmuran ini,dunia Islam sekali lagi
akan dilanda ujian besar bahkan ujian yang terbesar sekali dalam sejarah dunia sejak Nabi Adam a.s
sampai hari kiamat,iaitulah munculnya Dajjal yang akan membuat kerosakan dan kekufuran di atas
muka bumi ini.
1. DAJJAL MEMBAWA FITNAH
Ujian Allah swt menerusi makhluknya yang bernama Dajjal ini adalah sebesar-besar ujian yang
ditimpakan kepada umat manusia yang beriman. Tidak ada ujian lain yang menyamainya apakah lagi
melebihinya. Dalam hal ini Baginda Rasulullah saw. ada bersabda:
Ertinya:
‘’ Sejak Allah swt menciptakan Nabi Adam a.s sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujian pun yang
lebih dashyat daripada Dajjal”.
H.R Muslim
Oleh kerana itu kesemua nabi-nabi a.s mengingatkan kaumnya dari ujian Dajjal ini. Rasulullah saw ada
bersabda:
Ertinya :
‘’ sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia diciptakan zuriat Nabi
Adam a.s (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya
Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu telah mengingat kaumnya akan ujian Dajjal
ini: Saya (Rasulullah) adalah nabi terakhir sekali dan kamu adalah juga umat yang terakhir sekali maka
sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman kamu (kerana telah terbukti sampai ke zaman Nabi
saw,bahawa Dajjal belum lagi keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih di kalangan kamu maka
akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jikalau ia keluar selepas
kematianku maka kamu semua bertanggungjawab untuk melawannya dan Allah swt sebagai penolong
kamu sekalian.”
H.R Ibnu Majah
Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan seseorang. Oleh kerana itu janganlah
ada di kalangan umat Islam ini yang berkata : “ Saya tak apa, Saya dapat melawan Dajjal”. Jangan, sekali-
kali ia berkata demikian. Jangan ada orang yang berani berkata sedemikian,kerana sangat sedikit orang
yang dapat mempertahankan keimanannya ketika berhadapan dengan Dajjal. Oleh kerana itu Rasulullah
saw telah menagajarkan kita supaya berlindung dengan Allah swt dari godaan Dajjal,seperti yang
diajarkan oleh Baginda dalam tahiyyat akhir yang sunat doa itu kit abaca setiap kali kita sembahyang. Ini
menunjukkan kepada kita betapa besarnya fitnah Dajjal tersebut.

Doa itu ialah:
Ertinya:
“Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada seksa api neraka jahanam dan dari seksa kubur dan
dari ujian dalam kehidupan dan ujian setelah mati dan juga aku berlindung dengan Engkau daripada
kejahatan fitnah Al Masih Dajjal”.
H.R Muslim
Doa yang diajarkan oleh Nabi saw ini juga membawa erti peringatan terhadap umatnya supaya mereka
berhati-hati kalau bertemu dengan Dajjal dan supaya mereka memahami besarnya ujian Dajjal tersebut
sehingga perlu ke semua umat untuk sentiasa meminta perlindungan dengan Allah pada setiap kali
sembahyang. Jadi kita mesti mengingati bahayanya supaya kita selamat daripadanya kerana menurut
Iman Al Barzanji dalam kitabnya yang bernama “Al Isya’ah” bahawa di antara tanda dekatnya masa
kemunculan Dajjal itu ialah apabila umat Islam sudah melupakan mengingati bahayanya.
2. MASYARAKAT YANG MENYUNSUNG KEDATANGAN DAJJAL.
Seperti apa yang nantinya akan kita sebutkan secara terperinci bahawa di antara ujian yang dibawa oleh
Dajjal itu ialah ada bersama-sama dengannya itu seumpama syurga dan neraka dan dia mengatakan
dirinya sebagai tuhan lalu ia memerintahkan awan untuk menghujani kawasan orang-orang yang
menyokongny dan menahan awan dari menghujani kawasan orang-orang yang tidak mahu mengikuti
ajarannya. Maka orang yang menyokongnya berada dalam kemakmuran dan kebahagian dan orang-
orang yang menentangnya akan hidup dalam penderitaan. Padahal hakikatnya,apa yang dikatakan
syurga itu sebenarnya adalah neraka itu sebenarnya syurga. Ini bererti Dajjal telah Berjaya merubah
pandangan masyarakat sehingga amalan taat itu dikira sebagai kebodohan manakala amalan maksiat itu
dianggap sebagai tanda kecerdikan dan keceriaan pemikiran.
Apabila kita hendak membandingkan ajaran Dajjal yang sesat ini dengan realiti fikiran masyarakat kita
hari ini,kita akan mendapati bahawa pemikiran Dajjal telah mulai terserap dalam pemikiran masyarakat.
Yang lebih menyedihkan lagi,pemikiran yang seperti ini kian hari kian bertambah teruk. Inilah yang kita
maksudkan dengan istilah “masyarakat yang menyungsung kedatangan Dajjal”. Sehingga nantinya
apabila Dajjal muncul,masyarakat kita memang akan menerima pemikiran Dajjal yang sesat itu,bahkan
di sesetengah masyarakat dirasakan kemunculan Dajjal ini memang sesuatu perkara yang sangat
ditunggu-tunggu dan Dajjal itu sendiri dianggap sebagai tokoh terkini (up to date) yang diharapkan akan
menyelamatkan masyarakat. Dalam hal ini kita mahu mengemukakan satu contoh pemikiran masyarakat
kita. Misalnya pandangan masyarakat terhadap ilmu agama yang diistilahkan oleh para ulama sebagai
“ilmu Fardhu Ain” iaitu ilmu yang wajib dituntut oleh setiap orang yang Mukallaf (yang berakal dan
sudah baligh). Katalah misalnya mengetahui syarat-syarat dan rukun-rukun sembahyang seseorang
belum dianggap sah apabila hal ini belum diketahuinya.
Realiti masyarakat kita jelas menunjukkan bilangan yang begitu besar dari lapisan masyarakat yang
belum mempelajari ilmu ini dengan baik,walaupun hanya ke kadar minimanya,iaitu sampai dapat

dikatakan sembahyang kita itu sah oleh para ulama. Apa yang jelas masih banyak anak remaja kita
belum tahu cara sembahyang yang sah. Mereka belum dapat membaca Surah Al Fatihah dengan
baik,tetapi mereka sudah dapat mengetahui ilmu-ilmu yang lain. Mengkin dalam Matematik ia
cemerlang,Sains baik, Kemahiran Hidup memuaskan dan seterusnya. Manakala ibu bapa pula merasa
tidak bertanggungjawab tehadap anak-anak mereka. Mereka hanya gelisah kalau melihat anak-anak
mereka tidak berjaya peperiksaan Matematik, Sains, Geografi dan seumpamanya,tetapi mereka tidak
merasa gelisah kerana anak-anak mereka belum pandai membaca Al Quran atau belum dapat
melakukan sembahyang dengan baik,sedangkan kita telah pun mengetahui bersama bahawa
sembahyang itu tiang agama yang menentukan tegak atau runtuhnya agama seseorang. Jadi masyarakat
kita banyak yang telah melupakan ajaran agama dan nampaknya keadaan yang seperti ini bertambah
teruk dari hari ke hari. Sehingga apabila sampai di kemuncaknya,maka ketika itulah Dajjal akan muncul
dan masyarakat akan mengalu-galukan kedatangannya. Dalam hal ini Huzaifah Bin Usaid ra. Seorang
sahabat pernah berkata:
Ertinya:
“Sesungguhnya seandainya Dajjal itu muncul pada zaman kamu (zaman Tabien ra) nescaya budak-
budak akan melemparnya dengan batu,tetapi ia akan muncul disaat bilangan umat Islam yang benar-
benar kuat beragama itu hanya sedikit dan pengetahuan agama pun sangat sedikit dan orang ketika itu
hidup dengan tidak mempedulikan nasib saudaranya yang seagama”.
H.R Al Hakim
Mudah-mudahan Allah swt melindungi kita dan keturunan kita dari fitnah Dajjal ini. Amin Yarabbal
Alamin.
3. ASAL USUL KELUARGANYA
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan jin atau apa jua makhluk lain selain ia
sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yang diangkat
oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya akan turun semula
ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga
halnya dengan Iblis yang ditangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.
Ayahnya adalah seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya
pula seorang perempuan yang gemuk dan banyak dagingnya. Kedua payu daranya besar. Menurut Imam
Al Barzanji ada pendapat yang mengatakan yang mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah
seorang dari dukun Yahudi yang dikenali dengan “Syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa jin. Ia
hidup di zaman manakala ibunya adalah dari bangsa jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman dan
mempunyai hubungan dengan makhluk-makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap
dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimana juga pun kelahiran dan kehidupannya di masa kecil
tidak diketahui dengan jelas. Namun sudah pasti ia adalah dari keturunan Yahudi. Begitu juga keadaan kehidupannya sebelum ia dirantai di sebuah pulau yang merupakan “tempat transit” nya itu tidak dapat
diketahui dengan jelas.
Walaupun ada sesetengah penulis yang cuba mengaitkan kehidupan awal Dajjal ini dengan Musa Samiri
yang memfitnah umat Nabi Musa as untuk menyembah anak lembu. Namun pendapat ini tidak pernah
disebutkan oleh ahli-ahli tafsir. Ia merupakan pendapat yang tidak berasas,ataupun kalau ada
sandarannya maka hanya kepada manuskrip lama yang tidak diketahui siapa penulisnya dan
menggunakan bahasa yang sudah tidak dketahui maknanya. Ini tidak ubahnya seperti “Israiliyah” yang
disusupkan di celah-celah tafsir Al-Quran di zaman silam.
Masa Samiri memanglah seorang penjenayah besar tetapi ia bukan Dajjal. Kalau ia itu Dajjal sudah tentu
ia akan dilawan habis-habisan oleh Nabi Musa as. Kerana ke semua nabi-nabi telah mengingatkan
kaumnya akan fitnah Dajjal dan adalah dikira sebagai satu tafsiran seandainya Nabi Musa mengetahui
Musa Samiri itu sebagai Dajjal lalu ia membiarkannya begitu sahaja. Dan kalaulah Dajjal ini hanya akan
bertarung dengan Nabi Isa as. Dan nabi-nabi yang lain tidak akan dapat berbuat apa-apa
dengannya,maka hal ini bercanggah pula dengan sabdaan Rasulullah saw yang berbunyi:
Ertinya:
“…. Seandainya Dajjal keluar dan saya masih berada di kalangan kamu maka akulah (Rasulullah saw)
yang akan berhadapan dengannya bagi mewakili bagi setiap orang Islam.”
Dan Rasulullah saw juga akan menyebutkan:
Ertinya:
Dan Dajjal itu sudah pasti akan keluar di zaman kamu”.
H.R. ibnu Majah
Perkataan ini membawa erti yang Dajjal itu belum keluar membawa fitnah sehingga masa Rasulullah
saw. bersabda perkataan tersebut dan ia akan keluar selepas masa sabdaan Nabi saw. itu.
Dan seandainya kita mahu menerima cerita-cerita Israiliyah,maka yang boleh diterima ialah yang tidak
bercanggah dengan nas Al Quran atau hadis Rasulullah saw. Sedangkan apa yang disebutkan oleh
manuskrip lama ini adalah bercanggah dengan nas yang ‘sharih” atau nyata daripada hadis Rasulullah
saw. seperti apa yang telah kita sebutkan sebentar tadi.
4. SIFAT-SIFAT BADANNYA.
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah saw. di antaranya
ialah:

Seorang yang kelihatan masih muda ( ). Berbadan besar dan agak kemerah-merahan. Rambutnya
kerinting dan tebal ( ). Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua:
Pertama: buta matanya yang kanan dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut,manakala matanya
yang kiri pula tertonjol keluar kehijau-hijauan yang berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua
matanya adalah cacat.
Kedua: tertulis di dahinya tulisan كافر‎ ertinya: Kafir. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang islam,sama
ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At Thahbrani kedua-dua tanda ini,baru ada dalam diri Dajjal setelah ia mengaku
sebagai Tuhan. Adapun sebelum ini maka kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
5. TEMPAT TINGGALNYA SEKARANG
Menurut riwayat yang shahih yang disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim” bahawa Dajjal itu sudah
wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang
bernama “Al-Jassasah”. Marilah kita ikut hadis yang menerangkan keadaan ini.
Ertinya:
Daripada Fatimah Binti Qais ra. Berkata: “Tatkala sudah habis eddahku,aku mendengar suara pemanggil
yang ditugaskan oleh Rasulullah saw. untuk memanggil orang ramai dengan seruan “As Shalata Jamiah”.
( Ertinya : Marilah berkumpul untuk mengerjakan sembahyang), lalu akupun pergi ke masjid dan aku
sembahyang bersama dengan Rasulullah saw. dan aku berada di saf para wanita dan aku dudk
berhampiran dengan bahagian belakang para makmum lelaki. Sebaik sahaja selesai Rasulullah saw
bersembahyang. Baginda terus naik ke atas mimbar sambil tertawa dan seraya berkata : “Hendaklah
masing-masing kamu duduk di tempat sembahyangnya.
Kemudian Baginda bersabda pula : “Tahukah kamu kenapa kamu semua aku kumpulkan”. Sahabat
menjawab: “Allah dan rasulnya lebih mengetahui”. Lalu Baginda bersabda “ Sesungguhnya demi Allah
aku tidak menghimpunkan kamu kerana mengharap sesuatu aau takut dari sesuatu tetapi aku
menghimpunkan kamu kerana Tamin Ad Dari adalah berasal dari seorang Kristian lalu ia datang
menemui aku dan menyatakan keislamannya dan telah berjanji setia untuk taat kepadaku dan beliau
juga telah bercerita kepadaku akan suatu cerita yang sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan
kepada kamu berkenaan dengan “Al Masih Ad Dajjal”.
Beliau bercerita kepadaku bahawasanya beliau pada masa dahulu pernah mengharungi lautan bersama-
sama dengan 30 orang lelaki dari kabilah Lakhm dan Juzdam,lalu mereka diopukul oelh gelombang yang
besar selama satu bulan sehingga akhirnya mereka sampai ke suatu pulau yang ada di tengah-tengah
lautan yang merupakan tempat tenggelamnya matahari. Apabila telah sampai di situ mereka pun
menaiki sampan kecil yang mereka gunakan untuk berlabuh di pulau itu. Sebaik sahaja mereka masuk
dalam pulau itu mereka sangat terkejut apabila bertemu dengan seekor binatang yang berbulu kasar
dan tebal. Binatang ini tidak dapat diketahui jantinanya kerana tidak dapat dikesan di sebelah mana
duburnya dan di sebelah mana kemaluannya disebabkan bulunya yang terlalu tebal. Lalu mereka
bertanya kepada binatang ini,Siapa kamu? Binatang itu menjawab: “Akulah Jassasah” (tukang intip
rahsia). Mereka bertanya lagi : Apa itu Jassasah ? binatang itu menjawab pula : “Tak usah panjang cerita
dan hendaklah kamu pergi menemui seorang lelaki yang berada di tempat pertapaan ini kerana ia
sangat rindu mendengar berita dari kamu”
Apabila bintang ini menyebutkan di dalam pertapaan itu ada seorang lelaki,kami menjadi takut
daripadanya kerana boleh jadi ia adalah syaitan betina. Seterusnya kami pun cepat-cepat masuk ke
dalam pertapaan itu,tiba-tiba kami menjumpai di dalamnya sebesar-besar manusia yang pernah kami
lihat yang dirantai dengan sekuat-kuatnya. Kedua tangannya dibelenggukan ke lehernya. Kakinya
dirantai dengan besi dari kedua lututnya sampai ke kedua buku lalinya. Kemudian lalu kami bertanya
kepadanya : Siapa engkau? Ia menjawab “Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku ini (jadi aku tak
perlu lagi menceritakannya) bahkan kamu ini siapa? Kami menjawab : “Kami adalah dari bangsa Arab.
Kami telah pergi belayar dan secara kebetulan laut sedang bergelora lalu perahu kami dipukul ombak
yang besar selama satu bulan dan akhirnya kami tersangkut di pulau kamu ini. Lalu kami menaiki
sampan-sampan kecil dan kami pun dapat memijakkan kaki di pulau ini. Kami sangat terkejut apabila
kami ditemui oleh seekor binatang yang berbulu tebal yang tidak dapat diketahui kemaluannya dari
duburnya disebabkan bulunya yang terlalu tebal itu. Apabila kami bertanya kepadanya,Siapa engkau? Ia
menjawab : “Aku adalah Jassasah (mata-mata)”. Kami bertanya lagi : Mata-mata apa itu? Ia menjawab :
‘’Sudahlah,pergilah kamu menemui seorang lelaki yang ada di dalm pertapaan ini kerana ia sangat
merindukan berita daripada kamu”. Mendengar perkataannya tadi kami merasa takut daripadanya dan
kami pun segera datang menemui engkau. Kami tidak tahu apakah ia itu seorang syaitan betina”.
Setelah mendengar perkataan kami tadi,lelaki yang dirantai itu lalu bertanya : “Cuba ceritakan kepadaku
bagaimanakah kebunn kurma di Baisan? Kami menjawab: Dari sudut apa yang mahu kau tanyakan?
Lelaki itu berkata : Aku bertanya apakah ia masih berbuah? Kami menjawab : Ya! Ia masih berbuah lagi”.
Lelaki itu bertanya pula : bagaimana pula tentang tasik Tharbariah? Kami menjawab : Tentang hal
apakah yang kamu tanyakan? Ia berkata lagi : Apakah masih ada airnya? Kami menjawab : Airnya masih
banyak. Lalu ia berkata : “Sesungguhnya tak lama lagi ia akan kering”. Kemudian ia bertanya lagi
bagaimana pula dengan mata air Zughar? Kami menjawab : Tentang keadaannya yang mana pula kamu
tanyakan? Ia berkata lagi : Apakah masih ada airnya dan penduduk di sekelilingnya masih mengunakan
mata air itu untuk tanaman mereka? Kami menjawab : “Ya! Airnya masih banyak dan penghuni yang
berada di sekelilingnya masih mengunakan mata airnya untuk tanaman mereka”. Kemudian ia bertanya
lagi : Bagaimanakah nabi orang-orang ummiyin (maksudnya Nabi orang-orang Arab,iaitu Nabi
Muhammad saw.) Apakah yang dikerjakannya? Kami menjawab : Ia telah lahir ke Makkah dan telah
berhijrah ke Negeri Yatsrib (Madinah). Ia bertanya pula : Apakah orang-orang Arab memeranginya. Ia
bertanya lagi : “Terus bagaimana perlakuannya terhadap mereka”. Kami menjawab : Ia telah banyak
memperolehi kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang ada di
sekelilingnya telah mengikutnya”. Ia bertanya pula: Sungguhkah itu terjadi? Kami menjawab : Ya!
Sungguh itu telah terjadi. Ia berkata pula: “ Kalau mereka mengikutinya,maka itulah yang lebih baik.
Maka sekarang ini saya mahu mengkhabarkan kepada kamu,siapa sebenarnya saya. Saya adalah “Al Masih Ad Dajjal”. Rasanya sudah hampir diizinkan aku akan keluar. Bila aku keluar aku akan berjalan ke
serata permukaan bumi sehingga tiada ada sebuah kampung juga pun kecuali akan aku datangi,iaitu
dalam tempoh empat puluh hari,selain dari Makkah dan Thaibah maka aku ditegah dari memasuki
kedua-duanya ini. Bila aku cuba hendak masuk yang mana satu Bandar antara dua Bandar ini,aku akan
dihadang oleh para Malaikat dengan pedang yang hunus. Mereka mengawal kedua-dua Bandar itu
daripadaku dan sesungguhnya pada setiap bahagiannya ada Malaikat yang menjaganya.
Berkata Fatimah Binti Qais (perawi hadis ini) : Lalu Rasulullah saw. menghentak mimbarnya dengan
tongkat yang ada di tangannya lalu bersabda : Inilah Thaibah, inilah Thaibah, inilah Thaibah yakni
Madinah. (Wahai para sahabatku)! Bukankah telah aku persampaikan berita ini kepada kamu? Sahut
sahabat : Ya! Wahai Rasulullah! Lalu Nabi saw. menambah lagi “Sesungguhnya aku sangat tertarik
dengan cerita Tamim Ad Dari ini oleh kerana ia sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepadamu
sekalian terutamanya tentang keistimewaan Makkah dan Madinah. Perhatian! Dajjal itu sebenarnya
berada di Laut Syam atau di Laut Yaman. Sesungguhnya ia berada di arah Timur. Sesungguhnya ia
berada di arah Timur. Sesungguhnya ia berada di arah Timur, sambil Baginda mengistiharkan dengan
tangannya kearah Timur. Kata Fatimah : Maka itulah yang aku hafal daripada Rasulullah saw. daripada
hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah
swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur
bukan di Barat.
6. DIMANAKAH AKAN MULA MUNCUL
Ulama telah sepakat mengatakan bahawa Dajjal akan muncul dari arah Timur. Ada yang mengatakan
dari Khurasan dan ada yang mengatakan dari Aspahan dan pula riwayat yang menyebutkan dari suatu
tempat antara Iraq dan Syria.
Walau bagaimanapun riwayat-riwayat ini sebenarnya tidak bertentangan,kerana boleh jadi mulanya ia
keluar dari Khurasan kemudian lalu mendapat sokongan dari Yahudi Ashrahan yang berjumlah tujuh
puluh ribu orang itu,kemudian cabarannya terhadap kaum Muslim bermula ketika ia berada di antara
Iraq dan Syria. Ada juga riwayat yng mengatakan bahawa Dajjal ini pada masa mula muncul di
masyarakat kelihatannya seperti seseorang yang kuat beriman kepada Allah,lalu ia mempunyai banyak
dan pendukung. Setelah ia merasa kuat dan peminat bertambah banyak. Ia mula mengaku dirinya
sebagai seorang Nabi. Maka ketika itu ia akan ditinggalkan oleh orang-orang yang mempunyai kesedaran
dan kefahaman yang bernarbterhadap agama. Kemudian setelah berlalu beberapa masa,ia mengkau
sebagai Tuhan. Maka pada ketika itulah matanya akan buta sebelah dan akan dituliskan di antara dua
matanya perkatan kafir ertinya kafir. Yang tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap orang yang beriman.
Setelah kejadian ini baru ia mulai membuat kerosakan dan kekufuran yang tiada ada pernah dibuat
seumpamanya dalam sepanjang sejarah dunia ini.
7. BERAPA LAMA IA AKAN HIDUP SETELAH KEMUNCULANNYA?
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,selama empat puluh hari sahaja.
Namun begitu,hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan
hari ketiga sama dengan satu minggu dan hari-harinya yang baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam hadis
riwayat Muslim ada disebutkan:
Ertinya:
Kami bertanya : Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw.
menjawab : Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari
berikutnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu. Kemudian hari-hari yang masih tinggal
lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari-hari kamu yang biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! di hari yang seperti setahun itu,apakah cukup bagi kami
hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja) Nabi saw. menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti
mengira hari itu dan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang”.
H.R Muslim
Maksud Sabdaan Rasulullah saw ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan
mengikut perjalanan matahari seperti yang biasanya kita lakukan. Jadi kalau misalnya sudah berlalu
tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor maka
hendaklah kita sembahyang Zohor. Dan apabila telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam
setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar,maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya
sembahyang Maghrib,Isyak dan Subuh dan seterusnya sehingga habis hari yang panjang itu sama
panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyangnya pada sehari itu sebanyak bilangan
sembahyang setahun yang kita lakukan.
Begitu pula hari yang kedua di mana panjangnya sama dengan sebulan dan pada hari yang ketiga yang
mana panjangnya sama dengan satu minggu. Pada hari-hari ini sembahyang juga ditakdirkan seperti
contoh yang telah kami sebutkan tadi.
8. MACAM-MACAM FITNAH DAJJAL
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji ummat ini. Oleh kerana itu,Allah memberikan
kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ini ialah:
8.1 - SEGALA KESENANGAN HIDUP AKAN ADA BERSAMA DENGANNYA. BENDA-BENDA BEKU AKAN
MEMATUHINYA.
Sebelum kemunculan Dajjal,dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah swt dengan kemarau panjang
selama tiga tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada
tahun kedua akan kurang duapertiga dari biasa dan pada tahun yang ketiga hujan terus tidak turun.
Umat ketika itu dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itulah Dajjal akan muncul membawa ujian.
Maka daerah mana yang percaya bahawa Dajjal itu Tuhan,ia akan berkata kepada awan : Hujanlah kamu
di daerah! Lalu hujan pun akan turun dan bumipun menjadi subur manakala penduduk yang tidak mahu
percaya dengan Dajjal,mereka akan tetap berada dalam kebuluran walaupun sawah lading mereka
berhampiran dengan sawah lading yang subur yang dimiliki oleh orang-orang yang percaya dengan
ketuhanan Dajjal. Begitu pula halnya dengan keadaan binatang,ekonomi,perdagangan dan segala
sumber kehidupan. Semuanya kan menjadi makmur,stabil meningkat dan maju bagi orang-orangg yang
percaya dengan Dajjal. Sebaliknya bagi mereka yang tidak mahu mengikutinya,mereka akan terus hidup
dala kekeringan,kemunduran dan kemerosotan. Dalam hal ini ada disebutkan hadis Rasulullah saw yang
berbunyi :
Ertinya:
“…..Lalu Dajjal datang kepada suatu kaum dan mengajak mereka supaya beriman dengan ketuhannya.
Apabila menerima seruannya,ia akan menyuruh awan menghujani mereka maka tanahpun akan subur
dan menumbuhkan bermacam-macam tanaman dan binatang ternak mereka juga menjadi gemuk dan
penuh berisi susunya. Manakala kaum lain yang tidak mahu mengikutinya dan tidak mempercayainya
sebagai tuhan mereka akan tetap berada dalam kesengsaraan. Hujan tidak turun di kawasan mereka.
Tanah mereka terus menjadi kering kotang. Tiada ada apa tanaman atau binatang ternak yang dapat
dihasilkan. Dan apabila Dajjal melalui mana-mana kawasan atau bandar yang telah roboh dan hancur
lalu ia berkata : “Keluarkan segala isi perutmu”. Maka akan keluarlah segala simpanan dan tambang
yang berharga yang ada di bawah tanah itu dengan segera mengikutinya seperti rakyat lebah yang
terbang mengikuti ke mana ketuanya terbang. Dan ada pula diriwayatkan bahawa penyokong Dajjal
akan memiliki bergunung roti (makanan) sedangkan orang-orang yang tidak percaya dengannya berada
dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini sahabat bertanya kepada Rasulullah saw:
“Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam pada hari itu wahai Rasulullah?
Nabi menjawab:
“ Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir,bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu
mengantikan makanan”.
H.R Ibnu Majah
8.2- ADA BERSAMANYA SEUMPAMANYA SYURGA DAN NERAKA.
Di antara ujian Dajjal ialah ada kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga
sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam
kerana hakikat yang sebenar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Sabda Rasulullah saw:
Ertinya:
Daripada Hudzaifah bin Yaman ra,berkata, telah bersabda Rasulullah saw: Dajjal musuh Allah itu akan
muncul bersama tenteranya yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan bangsa-bangsa lain. Dan ada
bersama dengannya Syurga dan Neraka dan orang-orang yang akan dibunuhnya kemudian akan
dihidupkan semula dan juga ada bersamanya segunung dari Tharid ( roti yang bercampur dengan kuah
daging) dan sungai air tawar. Sesungguhnya aku akan mensifatkannya kepda kamu : “Dajjal itu buta matanya (yang kanan) dan
dituliskan di dahinya perkataan “kafir” yang dapat dibaca oleh setiap orang yang beriman samada ia
pandai membaca atau tidak. Maka apa yang dikatakannya Syurga itu sebenarnya Neraka,dan apa yang
dikatakan Neraka itu adalah Syurga”.
H.R. Nu’aim bin Hammad
Dalam riwayat lain ada disebutkan:
Ertinya:
Sesungguhnya bersama dengan Dajjal itu ada air dan api. Maka apa yang dilihat orang api itu
sebenarnya adalah air yang sejuk dan apa yang dilihat orang air itu sebenarnyaa adalah api yang
membakar. Maka sesiapa di antara kamu yang berjumpa dengan keadaan itu,maka hendaklah ia
melemparkan dirinya ke dalam kawasan yang dikatakannya api neraka itu kerana sebenarnya ia adalah
air yang sejuk lagi sedap.
H.R. Bukhari Muslim
8.3 –KECEPATAN PERJALANANNYA DAN NEGERI-NEGERI YANG TIDAK DAPAT DIMASUKINYA.
Ertinya:
“…… Kami bertanya : Wahai Rasulullah! Bagaimana kecepatan perjalananannya di atas muka bumi ini?
Nabi saw. menjawab: “Kecepatan perjalanannya adalah seperti kecepatan “Al Ghaist” (hujan atau awan)
yang dipukul oleh angin yang kencang”.
H.R. Muslim
Kecepatan yang seperti ini tidak ada pada kenderaan orang-orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah
kita mengatakan kecepatan itu seperti kecepatan jet-jet tempur yang digunakan tentera udara dalam
peperangan atau lebih cepat lagi dari itu sehingga beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu
jam,apakan lagi kalau merujuk pada hadis di bawah ini:
Ertinya:
“….. Lalu Dajjal akan mendatangi setiap tempat sumber air (maksudnya mendatangi setiap kampung)
dan dilipat baginya bani ini laksana lipatan kulit kambing kibas”
H.R. Al Hakim
Maksud hadis ini,Dajjal akan berjalan di atas muka bumi in dengan cepat sekali sehingga masa yang
singkat ia telah dapat menjelajah dunia dan penghuni dunia akan segera mengikutinya. Dan dengan
perjalanan yang cepat ini juga Dajjal akan terlepas dari pengamatan orang yang hendak meneliti
kekurangannya,sehingga orang ramai akan tertipu dengan muslihatnya dan tidak berkesempatan
memperhatikan matanya itu.
Namun demikian Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci ummat Islam,iaitu Makkah Al
Mukarammah dan Madinah Al Munawarrah. Maka penghuni kedua-dua Bandar ini akan selamat dari
gangguan Dajjal. Sabda Rasulullah saw:
Ertinya:
Sesungguhnya tidak ada sebuah negeri jugapun yang di atas muka bumi ini kecuali akan dijelajahi oleh
Dajjal dan ia akan menguasai negeri-negeri tersebut kecuali Makkah dan Madinah. Maka Dajjal tidak
melalui mana-mana jalan untuk masuk ke kedua Bandar ini kecuali di sana ada Malaikat yang
menjaganya dengan pedang yang terhunus. Maka Dajjal hanya boleh sampai ke kawasan yang berbatu
merah di dekat persimpangan “Sabikhah”. Lalu bergegarlah Kota Madinah tiga kali gelaran maka tidak
ada seorang munafik lelaki dan perempuan kecuali ia akan keluar daripadanya. Maka Madinah itu sama
seperti tempat pembakar besi yang mengeluarkan karat daripadanya. Dan hari itu dinamakan sebagai
hari “Al Khalash” (hari penapisan)”.
8.4 – PERKATAAN MALAIKAT YANG DISALAH ERTIKAN
Ertinya:
“…… Bersama dengan Dajjal itu ada dua orang Malaikat yang menyerupai rupa dua orang nabi. Kalau nak
kusebutkan nama mereka tentu aku akan dapat menyebutkan namanya dan juga nama kedua ayah
mereka. Salah seorang dari malaikat ini berada di sebelah kanan Dajjal dan yang seorang lagi berada di
sebelah kirinya. Kehadiran mereka merupakan ujian dari Allah swt. Lalu Dajjal berkata kepada orang
ramai : “Bukankah aku ini tuhan kamu? Bukankah aku dapat menghidupkan dan mematikan? Lalu jawab
salah seorang malaikat tadi: “Bohong engkau”. Ucapan malaikat ini tidak dapat didengar oleh sesiapa
kecuali hanya oleh malaikat yang seorang lagi. Lalu malaikat yang mendengar ucapan sahabatnya ini
berkata menjawabnya: “Benar engkau”. Yang menjadi malangnya ialah ucapan Malaikat yang kedua ini
dapat didengar oleh semua orang. Lalu orang menyangka bahawa Malaikat itu menyokong perkataan
Dajjal dan inilah yang dikatakan fitnah (ujian).
H.R. Ahmad
Bukan main keliru yang akan terjadi yang berpunca dari salah erti kepada ucapan malaikat yang kedua
ini, sehingga ramai orang yang menjadi korban kekeliruan ini.
8.5- BANTUAN SYAITAN-SYAITAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKANNYA.
Syaitan-syaitan juga akan bertungkus lumus membantu untuk menjayakan program kesesatan Dajjal ini.
Bagi Syaitan inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam as. Hal ini ada
disebutkan dalam hadis.
Ertinya:
“…… Sesungguhnya di antara fitnah Dajjal itu bahawa ia datang kepada seorang Arab badwi (maksudnya
orang yang lemah iman dan tidak berilmu) lalu ia berkata kepadanya : “Apakah engkau akan percaya

kepadaku seandainya kuhidupkan semula ayah dan ibumu? Arab Badwi itu menjawab: Ya! Maka Dajjal
menyuruh kedua orang syaitan menjelma dihadapannya. Seorang di antara keduanya menyerupai
ayahnya dan seorang lagi ibunya. Lalu kedua-duanya berkata: “Wahai anakku! Dia adalah tuhanmu yang
sebenar. Maka ikutilah dia’’. Maka si anak tadipun lalu percaya dengan Dajjal”.
Dalam hadis lain ada disebutkan:
Ertinya:
“….. Lalu Allah swt mengerahkan kepada Dajjal syaitan-syaitan yang ada di Timur dan di Barat dan
merekapun datang berbondong ke hadapan Dajjal dan menunjukkan kesediaan mereka untuk mengikuti
apa jua perintahnya. Mereka berkata kepada Dajjal: “Gunakanlah kami untuk apa sahaja tujuanmu”.
Dajjal menyahut: Ya. Aku akan berbuat demikian. Maka perlah kamu kepada sekalian manusia dan
berusahalah supaya mereka meyakini bahawa aku adalah tuhan mereka. Khabarkanlah kepada mereka
bahawa aku telah membawa untuk mereka syurgaku (bagi orang-orang yang percaya kepadaku) dan
Nerakaku (bagi orang-orang yang mengingkari ketuhananku)
Kemudian syaitan-syaitan itupun bertebaranlah dimuka bumi dan masuk ke rumah-rumah orang dengan
bilangan yang sangat banyak,lebih dari seratus syaitan untuk sebuah rumah. Syaitan-syaitan itupun
menjelma dalam bentuk ayah tuan rumah itu (yang telah mati) dalam bentuk anaknya,saudara-
saudaranya,hamba-hambanya dan sahabat-sahabatnya. Mereka berkata kepada tuan rumah itu: “Wahai
fulan! Adakah kamu mengenali kami? Tuan rumah itu menjawab : Ya,saya kenal kamu semua. Ini
ayahku,ini ibuku,ini saudara perempuanku,ini saudara lelakiku”.
Tuan rumah itu berkata lagi: “Apa khabar kamu semua? Mereka menjawab: “Bahkan apa khabar
engkau. Cuba ceritakan kepada kami keadaan engkau”.
Tuan rumah itupun berkata lagi: “Apa khabar kamu semua? Mereka menjawab: “ Bahkan apa khabar
engkau. Cuba ceritakan kepada kami keadaan engkau”.
Tuan rumah itupun berkata: “Sesungguhnya telah diberitakan kepada kami bahawa musuh Allah yang
bernama Dajjal itu telah muncul (membuat kerosakan). Mereka menjawab : “Jangan engkau terburu-
buru berkata demikian. Jangan engkau berkata demikian. Dajjal itu sebenarnya tuhanmu yang dapat
membuat sesuatu keputusan terhadap nasibmu. Bersama dengannya ada Syurga dan ada Neraka dan
ada sungai-sungai dan ada banyak makanan. Sesungguhnya tiada makanan kecuali yang datang dari
sisinya,kecuali apa yang dikehendaki Allah”. Ketika itu tuan rumah tadi berkata “ Kamu semua
pembohong. Kamu adalah syaitan-syaitan dan Dajjal itu adalah pembohong besar. Sebenarnya
Rasulullah saw telah memberitahu kami akan keadaanya yang sebenar dan Baginda telah menyuruh
kami supaya menjaga anak-anak kami. Maka tiada kata aluan untuk kamu semua. Kamu adalah syaitan-
syaitan dan Dajjal itu adalah pembohong besar. Sebenarnya Rasulullah saw. telah memberitahu kami
dan keadaannya sebenar dan Baginda telah menyuruh kami supaya menjaga anak-anak kami. Maka
tiada kata aluan untuk kamu semua. Kamu adalah syaitan-syaitan. Dajjal itu musuh Allah. Dan sebentar
lagi Allah akan menurunkan Nabi Isa bin Maryam untuk membunuhnya”. Kalau tuan rumah itu berkata demikian mereka akan surut dan diam lalu mereka segera pulang dengan
hampa tangan dan kehinaan.
H.R. Nuaim bin Hammad
Untunglah kalau pendirian tuan rumah seperti yang disebutkan dalam hadis yang kedua ini. Tetapi kalau
tuan rumah itu lemah imannya,sudah pasti ia kalah dengan godaan syaitan-syaitan itu seperti apa yang
telah disebutkan pula pada hadis yang pertama tadi.
9- CARA UNTUK SELAMAT DARI FITNAHNYA
Rasulullah saw. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yang perlu diikuti supaya kita dapat
selamat dari Dajjal ini. Cara-caraitu ialah:
Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta mempunyai beberapa
kelemahan yang ketara sekali. Di antaranya ialah buta mata sebelah kanan. Seandainya dia sebagai
tuhan sudah tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yang jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal
takut kalau ada orang yang sempat memperhatikan kekurangannya.oleh kerana itu apabila ia selesai
memfitnah orang disuatu tempat,ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti
keaibannya ini.
Kedua : Tertulis di dahinya “kafir” yang bererti ia adalah seorang kafir,di mana tulisan ini akan dapat
dibaca oleh setiap muslim,sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu
terpedaya dengan godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.
Ketiga : menghindarkan diri daripadanya,samada pergi ke Makkah atau Madinah atau duduk di rumah
dan jangan bergaul langsung dengan masyarakat yang telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia
menghalang golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakkannya pengikut Dajjal ini dari
kalangan orang jahil dan golongan perempuan seperti disebutkan dalam hadis.
Ertinya:
“Dan kebanyakkan yang mengikut Dajjal itu ialah dari golongan Arab Badwi (orang-orang yang jahil ilmu
agama) dan golongan perempuan,sehingga seorang lelaki memujuk ibunya,anaknya yang
perempuan,ibu saudaranya. Ia terpaksa mengikat mereka dengan tali supaya mereka jangan keluar
menemuinya”.
Al Isya’ah m/s 127
Jadi duduk didalam rumah dan tidak bergaul dengan orang yang telah terpengaruh dengan fikiran Dajjal
merupakan salah satu daripada jalan selamat. Dan tidak usah difikirkan darimana mendapatkan
makanan dan minuman kerana telah disebutkan sebelum ini, bahawa tasbih dan takbir di kala itu
berfungsi sebagai makanan dan minuman bagi orang-orang yang beriman.
Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yang terakhir) dari Surah Al Kahfi seperti apa yang
disebutkan dalam hadis Rasulullah saw:

Ertinya:
“…….. sesiapa yang hafal kesepuluh ayat dari awal Surah Al Kahfi ia akan terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain,siapa yang hafal sepuluh ayat yang terakhir daripadanya”.
H.R Muslim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha mengasihani.
1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad saw.) akan Al
Quran dan Dia tidak menjadikan padanya suatu yang bengkuk (terpesong).
2. (Bahkan keadaannya) tetap benar,untuk memberi amaran sekeras-kerasnya (kepada orang yang
ingkar) dari sisi Allah dan memberikan berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang
mengerjakan amal soleh bahawa mereka akan mendapat balasan yang baik.
3. Mereka tinggal tetap di dalamnya selama-lamanya.
4. Dan (Al-Quran itu) memberi amaran kepada orang yang berkata: “Allah mempunyai anak”.

Bersambung........


Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
()
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)