Monday, 29 August 2016

Pusrapi Info : Perut Buncit Barakah Atau Azab?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞


Pusrapi Info :

 Perut Buncit Barakah Atau Azab?

video


Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
()
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Pusrapi Info : Kalendar Islam Bekam Sunnah.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info : 

Kalendar Islam Bekam Sunnah.




*KATA-KATA Pemimpin Rohani Idola Yg Mencintai Kasih Cahaya Qolbun Syeikh Mohamed Sayed Tantawi*

"Tidak perlulah kamu kelihatan cantik utk menarik perhatian manusia. Tidak perlulah kamu menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih manusia. Ini kerana cinta manusia sangat tidak adil. Buktinya apabila kamu telah melakukan 99 kebaikan dan 1 kesalahan, manusia hanya akan nampak 1 kesalahan itu dan lupa semua 99 kebaikan kita. Ia berbeza dgn cinta Allah, 99 kali kita buat dosa kepada-Nya dan sekali kita bertaubat, Allah akan melihat taubat yg 1 itu dan melupakan segala 99 dosa terbabit. Oleh itu, carilah cinta Ilahi, pasti kita akan jumpa cinta yg hakiki"
AllahuAkbar!!!











Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
()
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sunday, 14 August 2016

Pusrapi Info : Resepi Bersih Mata Hati Qolbu Makrifatullah.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞


Pusrapi Info :- 
Resepi Bersih Mata Hati Qolbu Makrifatullah.

Tidak ada yang nyata kecuali Allah, la hayyun, la samiun, la 

bashirun, la muridun, la kadirun, la mutakallimun, la ilmun,

.. BILL HAQQI ILLALLAH.


Makrifatullah-Pelajaran Ariff Billah Ustadz Hj Hussein Bin Abdul Latiff

Perkara pertama yang utama di dalam agama ialah Makrifatullah. (Awaluddin Makrifatullah; Awal agama mengenal Allah). Kenal akan diri maka kenal Allah, Kenal Allah semuanya musnah. Mula-mula hanya Allah sahaja yang ada! Tiada suatu pun yang ada . Allah berfirman pada dirinya sendiri-Kun. Dengan perkataan Kun, dzat Allah yang sedikit hanya sebesar sebutir pasir yang ada di padang pasir. Seperti setitik air di lautan.Dan dzat yang sedikit itulah yang terciptanya semua ruang masa bumi. Bumi-bumi yang di atas langit serta semua isi-isinya. Dzat Allah dikenali sebagai dzat yang maha indah.

Pertanyaan-Bulan, Bintang Matahari besar, kita dapat lihat. Kenapa Allah kita tidak dapat lihat. Sedangkan Allah itu ujud (ada). Kita tak dapat melihat Allah sebab Allah bersifat dzat. Dia maha ghaib. Sebagaimana kita yakin ada udara, angin di ruang. Kita tahu dan yakin ia ada tapi tak boleh dilihat. Seperti juga kita tiupkan angin dalam plastic. Plastic mengelembong, Tanda ada angin di dalam, tapi anginnya kita tak nampak. Allah sifat ujud tapi tak nampak. Manusia tiada keujudan tapi boleh di-lihat, kenapa?

Allah dzat yang maha indah, maha ghaib! Manusia juga dicipta dari dzat Allah yang sedikit (seperti mana yang diterangkan di atas tadi). Dzat pada manusia ada yang zahir dan ada yang tersembunyi. Yg zahir itu tubuh, dari rambut hingga ke jari kaki. Yang tersembunyi adalah roh. Kita boleh dilihat kerana manusia 'wajibulujud'. Yang mewajibkan kita ujud adalah dzat!

Macam meja kayu- yang mewajibkan meja ujud adalah kayu. Tak ada kayu, mana meja kayu itu boleh ada. Samalah kita, tak ada dzat mana kita boleh ada. Jadi semua ciptaan ada dzat. Zikrullah orang makrifat beza dengan zikrullah orang biasa. Orang biasa berzikir dengan lisan, zikir qalb dan zikir shir. (Ingat Allah) Zikrullah orang makrifat tiada bunyi. Bukan Allah, Allah, Allah, atau apa-apa pun tasbih disebut untuk mengingat Allah. Ia memerlukan banyak latihan. Kerana matahati (minda) yang gelap (kotor), Iblis berumah dalam minda -matahati (Qolbu).

Cara-cara untuk membersihkan matahati (Qolbu):-

(Sambil menutup mata) Naikkan kedua-dua mata atau pandang keatas. Hanya mata putih kelihatan jika kelopak mata dibuka dan ingat Allah.
Kemudian membaca surah Al-Ikhlas (3x), Surah al-falaq(1x), Surah An-Nas (1x) dan Al-Fateeha (1x). Dibaca dalam minda! mulut jangan bergerak Selepas solat amal dan latih.

Bila mengingati Allah mesti nampak kosong dalam ingatan. Jika ada apa-apa yang terlihat di dalam ingatan, pancung dengan pedang tauhid. Kalau ingat sudah bersih dan boleh ingat Allah dengan mudah. Kamu akan rasa solat kamu, doa kamu berbeza dengan yang sudah-sudah. Sesudah mengerjakan sholat, ingat Allah, Duduk di-dalam ingatan kerana di dalam mata hati (Qolbu) ada god spot atau taman Allah. Duduk situ diam-diam ingat Allah serahkan segala urusan pada yang maha kuasa dengan hati yang redha. Insya Allah.




Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
()
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Friday, 12 August 2016

Pusrapi Info :- Khasiat Doa Bismillah 5

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Kepada Mu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞


Khasiat 5 jenis bismillah yg jrang kita ketahui
بسم الله الرحمن الرحيم
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim 
بسم الله الشافي
2. Bismillahish Shaafii 
بسم الله الكافي
3. Bismillahil Kaafii 
بسم الله المعافي
4. Bismillahil Mu’aafii 
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Antara fungsi Bismillah 5 ni:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara menggunakan Bismillah 5 :

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.

2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.

3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat.

Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.


Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat

Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :
الرمان 
delima
الروب 
yogurt
الثوم 
bawang putih
البصل
bawang besar
الشاي الأخضر
teh hijau
الشوفان 
oat
القرع 
labu
البروكلي
brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit :
1) الكلام الكثير .
banyak bercakap
2) النوم الكثير .
banyak tidur
3) الأكل الكثير .
banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .
dukacita
2) الحزن .
sedih
3) الجوع .
kebulur
4) السهر .
tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .
taqwa
2) الوفاء .
jujur
3) الكرم .
pemurah
4) المروءة .
jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki 
1) قيام الليل .
qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.
byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة
biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخر
berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق 
empat perkara menjauhkan rezeki :
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas


**SHARING IS CARING

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tuesday, 2 August 2016

Pusrapi Info : Kiamat Pasti Datang.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞


Pusrapi Info :-
Muqadimmah Hari Kiamat






Hari Kiamat pasti akan terjadi. Di saat itu langit akan pecah,gunung ganang akan berterbangan,bumi akan seisinya akan hancur lebur. Bumi yang dipijak ini akan bertukar menjadi bumi yang lain. Langit yang menaungi kita juga akan bertukar dengan langit yang lain pula.

Tiada siapa yang mengetahui bilakah peristiwa dashyat itu akan terjadi kecuali hanya Allah SWT. Namun begitu,Allah dengan kasih sayangNya dan juga hikmahNya telah menunjukkan kepada kita beberapa tanda yang terjadi mendahuluinya,supaya orang yang berdosa sempat bertaubat dan orang-orang yang sudah insaf akan menambahkan lagi amalan mereka.

Dunia pada hari ini telah dan sedang merasakan tanda-tanda itu. Bahkan debaran jantung dunia akan sentiasa dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa. Kita hari ini merasakan kemerosotan umat Islam,para ulama berkurangan,cabaran hebat terhadap iman.kemungkaran berleluasa di tengah-tengah masyarakat,keruntuhan moral, gempa bumi demi gempa bumi dan peperangan demi peperangan. Tanda-tanda kiamat yang kecil ini sangat banyak kita rasakan. Hampir seratus tanda yang sekarang ini sedang kita alami.

Apa yang dapat kita rasakan disini iualah,tanda-tanda yang kecil ini dari masa ke semasa semakin bertambah serius dan sudah hampir sampai ke peringkat yang paling teruk yang selanjutnya akan
disambut oleh tanda-tanda kiamat yang besar,dimana apabila kita menemui tanda kiamat besar yang
pertama makan tanda-tanda lainnya akan segera mengikutinya seperti yang telah disebutkan dalam
hadis Rasulullah saw.

Tanda-tanda kiamat yang besar itu ialah seperti yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah saw di
bawah ini:

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a berkata: “ Datang kepada kami Rasulullah saw dan kami pada
waktu itu sedang berbincang-bincang”. Lalu beliau bersabda : Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab : ‘’ Kami sedang berbincang tentang hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: ‘’Asap, Dajjal,binatang,terbit matahari dari tempat tenggelamnya,turun Nabi Isa bin Maryam alaihisslam, Ya’juj dan Ma’juj,tiga kali gempa bumi , sekali di Timur,sekali di Barat dan yang ketiga di semenanjung Arab. Dan yang terakhir sekali ialah api yang akan keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mashyar mereka”

Sepuluh tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah saw. Dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar yang akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkn penyakit yang seperti selsema di kalangan

orang-orang yang beriman dan akan memasuki segala rongga badan orang-orang kafir lalu

mereka menjadi menggelembung kemudian asap itu keluar semula dari badan mereka.

2. Dajjal akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan,hinggakan ramai orang yang

akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar akan keluar berhampiran Bukit Shafa di Makkah yang akan bercakap bahawa
manusia sudah tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt tidak lagi

menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa a.s ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Iman

Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh

orang-orang Kristian dan beliau juga akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini,iaitu

apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat daripada besi bercampur tembaga

yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman

dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari

arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Iman Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan : “ Apa

yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah saw ialah

bahawanya keluarnya Dajjal adalah yang mendahului segala petanda-petanda yang besar yang

mengakibatkan perubahan besar yang telah berlaku di permukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi

dengan kematian Nabi Isa as (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat

tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda kiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam

cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu.

Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu akan terjadi di hari matahari pada waktu itu terbit

dari tempat tenggelamnya”.

Walau bagaimanapun di sana masih ada lagi beberapa tanda kiamat yang besar,iaitu pemerintahan

Iman Mahdi yang mendahului kemunculan Dajjal,Al-Quran akan diangkat dan Ka’abah akan

dihancurkan.

Maka dalam buku ini,kita cuba untuk menghuraikan susunan kejadian yang akan berlaku dengan

berpandukan kepada pendapat Iman Ibnu Hajar tadi dan juga dengan merujuk kepada beberapa buah

kitab yang dikarang oleh para ulama dalam masalah ini. Dan untuk memudahkan kita mengikuti susunan

kejadian atau “agenda kiamat’’ ini,maka kami membahagikan peristiwa-peristiwa yang bakal terjadi ini

kepada tiga bab iaitu:

Bab pertama: Peristiwa-peristiwa yang akan terjadi sebelum kemunculan Dajjal.

Bab kedua: kemunculan Dajjal.

Bab ketiga: peristiwa-peristiwa yang akan terjadi setelah pembunuhan Dajjal sehingga terjadinya hari

kiamat.

Mudah-mudahan buku ini dapat memberikan sedikit panduan kepada kita dan semoga mendapat

keberkatan dari Allah swt.

1. KEMUNGKARAN BERMAHARAJALELA DALAM MASYARAKAT, PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN

DAN ISLAM KEMBALI ASING DARI PANDANGAN

Sebenarnya ke semua gejala buruk dan hura hara akhr zaman yang telah kita sebutkan dalam buku “

Empat puluh Hadis Peristiwa Akhir Zaman” yang baru kita singgungkan dalam muqadimmah tadi adalah

sebagai petanda hampir kemunculan Dajjal. Jadi singgungkan dalam muqadimmah tadi adalah sebagai

petanda hmp[ir kemunculan Dajjal. Jadi suasana masyarakat kita di hari ini adalah ke arah persediaan

menerima kedatangan Dajjal. Kerosakan akan terus bertambah banyak sehingga apabila Dajjal

muncul,orang tidak begitu asing dengan kesesatan yang dibawanya,bahkan disesetengah masyarakat

kemunculan Dajjal adalah merupakan kehadiran seorang “tokoh” yang dinanti-nantikan.

Masyarakat kita hari ini sudah banyak kehilangan nilai murni. Banyak perkara yang sangat penting dalam

agama tetapi masyarakat kita tidak memberikan perhatian yang sewajarnya, seperti ilmu yang dikatakan

“Fardhu Ain”oleh para ulama,iaitu ilmu yang wajib dituntut oleh setiap individu muslim.

Kenyataannya,ilmu ini tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Sebaliknya ilmu yang dikatakan

“Fardhu Kifayah” (seperti Sains, Matematik dan lain-lain) hampir semua orang mempelajarinya. Begitu

pula masyarakat kita memandang sinis terhadap wanita yang menutup aurat dengan sempurna tetapi

mereka tidak merasa apa-apa kalau melihat wanita yang mendedahkan aurat. Begitulah seterusnya,

banyak kewajipan yang diabaikan dan banyak maksiatnya,banyak kewajipan yang diabaikan dan banyak

maksiat yang sudah menjadi kebiasaan. Kalau begitu keadaan hari ini,maka bagaimana pula sepuluh

tahun yang akan datang? Jadi suasana masyarakat terus sahaja membuat persediaan untuk menerima

kemunculan Dajjal yang akan mengatakan halal itu haram dan haram itu halal dan juga mengatakan

neraka itu syurga dan sebaliknya syurga itu neraka.

Dalam suasana antarabangsa pula,kita dapat menyaksikan berlakunya penindasan,kezaliman,

peperangan demi peperangan, gempa bumi demi gempa bumi. Semakin maju teknologi semakin

terseksa “INSAN” kerananya. Teknologi yang ditaja dalam fahaman sekular dan berdasarkan kepada

kepentingan peribadi telah banyak menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri.

2. PEMBANGUNAN DI KAWASAN BAITUL MAQDIS (JERUSSALAM)



Nampaknya petanda yang lebih awal yang dapat dirasakan sekarang ini ialah pembangunan yang

semakin meningkat di kawasan Jerussalam. Tanah-tanah orang Arab Palestine terus sahaja dibeli oleh

orang-orang Yahudi dan mereka telah mendirikan bangunan yang besar-besar,terutama di Bandar baru

Quds (sebelah Barat Baitul Maqdis). Bahkan rampasan juga berlaku terutama di sebelah Timur Baitul

Maqdis (Tebing Barat Sungai Jordan). Pencerobohan Yahudi terhadap hak-hak orang Palestine

merupakan satu perkara yang telah diketahui oleh semua lapisan masyarakat maka ini sebagai petanda

bahawa kiamat sudah hampir tiba.

3. KERUNTUHAN BANDAR MADINAH AL MUNAWWARAH

Negeri Madinah Al Munawwarah yang pada hari ini kelihatannya juga agak sibuk membangun,nantinya

akan ditinggalkan orang-orang Munafiq dan kafir akan keluar daripadanya. Mereka tidak senang duduk

di sana. Mereka mahu mencari kesenangan dunia dan kebahagian yang sementara,manakala orang-

orang yang beriman mereka akan tetap tinggal di Madinah walaupun mereka berada dalam kesempitan

hidup dan terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam ujian Allah swt.

4. IMAM AL MAHDI AKAN LAHIR DAN BELIAU AKAN MEMIMPIN UMMAT ISLAM.

Ertinya:

Daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: “Dunia tidak akan hilang (kiamat)

sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku) yang

namanya sama dengan namaku”.

H.R Tirmizi

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan kiamat sehinggalah bangsa Arab

dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah saw,iaitu Iman Mahdi. Ia akan

melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan diikuti oelh seluruh kaum muslimin.

4.1. TANDA-TANDA IMAM MAHDI AKAN DIBAI’AT

Sebelum Iman Mahdi datang memimpin umat Islam ada beberapa tanda yang akan muncul lebih

dahulu,iaitu:

a. Munculnya sebuah bintang yang berekor di ufuk timur dan bintang ini akan kelihatan di atas

langit selama tiga malam atau tujuh malam berturut-turut.

b. Gerhana bulan pada malam pertama bulan Ramadhan dan gerhana matahari pertengahan

bulan,di mana peristiwa yang seumpama ini belum pernah berlaku sepanjang sejarah dunia.

c. Kemudian di musim haji pada tahun itu akan berlaku huru hra sehingga sampai terjadi bunuh

membunuh di kawasan Mina dan darah pun akan mengalir di sekitar Jumrah Al Aqabah. Dan

akan berlaku juga rompakan terhadap harta orang-orang yang sedang melaksanakan ibadat haji

itu.

d. Muncul tapak tangan yang terhulur dari langit sehingga dapat disaksikan di kebanyakan tempat

bersama dengan satu suara seruan dari langit “Sesungguhnya pemimpin kamu ialah Iman Al

Mahdi. Dalam satu riwayat lain ada disebutkan bahawa satu seruan itu ialah “sesungguhnya

wali-wali Allah itu ialah pengikut Iman Al-Mahdi.”

4.2. MEMBAI’AT IMAM MAHDI

Apabila tiba bulan Muharram setelah peristiwa berdarah di Mina itu,maka pada saat itulah Iman Al

Mahdi akan dibai’at( dilantik untuk menjadi pemimpin yang dipatuhi)

Pada mulanya,telah datang ke negeri Makkah tujuh orang ulama yang datang dari penjuru berbeza-beza

dengan tanpa sedikitpun perjanjian. Mereka datang ke Makkah dengan tujuan yang sama iaitu mencari

Iman Mahdi untuk membai’atnya dan mereka masing-masing sebenarnya telah dibai’at oleh 313 orang

yang setia dengannya. Jadi kehadirannya di Makkah adalah mewakili bilangan tersebut. Apabila mereka

telah bertemu di Makkah lalu masing-masing berkata kepada sahabatnya: “Apakah sebenarnya tujuan

kamu datang ke sini? Masing-masing menjawab: Kami datang ke sini adalah untuk mencari penyelesaian

terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh umat Islam kini. Kami mencari seorang peribadi yang

mampu memulihkan keadaan dan memadamkan persengketaan yang telah meragut ramai nyawa di

kalangan kita. Kami mencari seorang tokoh yang mampu menguasai bandar ‘’ Qustantiniyah” .

Sebenarnya kami telah mengetahui namanya dan nama ayahnya serta ibunya dan tanda-tanda

tenteranya”. Lalu mereka berpakat untuk mencarinya di sekitar bandar Makkah Al Mukarammah.

Apabila mereka telah menemuinya,ia tidak mahu mengaku bahawa dialah peribadi yang dicari-cari itu

lalu ia melarikan diri ke Madinah. Oleh kerana keadaan di Madinah juga tidak selamat ia kembali ke

Makkah. Lalu sekali lagi ia akan ditangkap di dalam Masjidil Haram. Lalu sekali lagi ia akan ditangkap di

dalam Masjidil Haram berhampiran dengan Hajarul Aswad lalu dikatakan kepadanya: “Engkau akan

dibunuh seandainya enggan menerima perlantikan kami. Engkau akan menanggung segala dosa kami

dan dosa seluruh umat yang sedang bertelagah ini. Bukankah engkau tidak tahu bahawa tentera musuh

sudah mulai berangkat ke arah kita ini”.

Ketika itulah terpaksa ia menerima bai’at dari tujuh orang ulama tadi dan diikuti oleh kaum muslim yang

ada di Makkah,di mana baiat ini akan dilakukan di dalam Masjidil Haram di antara kawasan Hajarul

Aswad dengan Maqam Ibrahim dan setelah selesai dibai’at Al Mahdi akan memberikan ucapannya dari

atas mimbar dan seterusnya beliau mendapat kepercayaan dan kecintaan dari seluruh lapisan kaum

muslimin sehingga terbentuk satu tentera yang sangat sedia berkorban apa sahaja yang mereka miliki.

4.3. SIFAT-SIFAT AL MAHDI

Beliau adalah keturunan Siti Fatimah binti Rasulullah saw dan namanya ialah Muhammad bin Abdullah.

Namanya sama dengan nama Nabi saw dan nama ayahnya sama dengan nama ayah Baginda. Ayahnya

dari keturunan Hasan dan ibunya dari keturunan Husin atau sebaliknya. Tempat kelahirannya ialah di

Madinah. Umurnya ketika dibai’at adalah antara tigapuluhan ke empatpuluh. Akhlaknya banyak

menyerupai akhlak Rasulullah saw walaupun bentuk badannya tidak banyak serupa dengan Rasulullah

saw. Badannya seakan-akan seorang dari keturunan Bani Israel. Lidahnya seakan-akan berat berkata-

kata. Apabila terasa berat lidahnya untuk bercakap ia akan segera menepuk pahanya yang kirinya

sehingga kata-kata jadi mudah keluar dari mulutnya.

Hidungnya mancung. Dahinya luas. Mukanya bersinar laksana bintang yang bercahaya. Warna kulitnya

seperti kulit orang Arab walaupun bentuk badannya seperti orang Bani Israel. Di antara gigi-giginya ada

sedikit jarang. Janggutnya tebal. Matanya seolah-olah sentiasa dibubuh celak. Di mukanya ada tahi lalat

dan perutnya agak sedikit besar. Rambut, janggut dan ke semua bulu-bulu badannya hitam. Dan ada

bersama-sama dengan bendera Rasulullah saw begitu juga jubah dan pedang Baginda.

Pada mula Al-Mahdi bukanlah seorang yang terkenal dengan sifat keutamaan lalu Allah memberi taufik

dan hidayah kepadanya sehingga dalam satu malam sahaja ia sudah berubah dari keadaanya sehingga

dalam satu malam sahaja ia sudah berubah dari keadaannya yang asal. Ia telah menjadi seorang yang

warak,adil,alim dan sebagainya,seperti sifat-sifatnya yang telah disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah

saw. Dalam hal ini ada diriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

Ertinya:

“Al Mahdi itu dilahirkan dari keturunan Ahlul Bait (keturunan Siti Fatimah RA) yang telah disempurnakan

oleh Allah akan segala kebaikannya pada satu malam sahaja”.

Dengan kesempurnaan segala akhlak dan kebaikan ini maka Al Mahdi layaklah untuk memimpin dunia

dan menghapuskan segela bentuk kezaliman sehingga dunia menjadi makmur,aman dan damai pada

masa pemerintahannya.

4.4. LAMANYA MEMERINTAH

Al Mahdi akan memerintah selama tujuh atau Sembilan atau tiga puluh atau empat puluh tahun,

menurut riwayat yang berbeza-beza. Tetapi mengikut Iman Ibnu Haja Al Haitami semuanya itu adalah

benar kerana riwayat yang mengatakan tujuh atau sembilan tahun itu melihat kepada zaman keemasan

pemerintahannya dan riwayat yang mengatakan tiga puluh itu melihat kepada zaman pertengahannya

dan riwayat yang mengatakan empatpuluh tahun itu melihat kepada keseluruhan masa

pemerintahannya.

4.5. PEMEGANG BENDERANYA

Benderanya adalah berwarna hitam dan pemegang benderanya ialah seorang anak muda yang akan

datang dari arah timur. Janggutnya nipi dan warna kulitnya ada sedikit kuning,namanya “Syuaib bin

Shaleh”. Anak muda ini bergelar pemuda Bani Tamim dan dialah yang mengetuai angkatan tenteranya

dan menjadi tulang belakang kekuatannya. Mereka selalu berpakaian putih dan kopiah mereka

berwarna hitam. Di waktu malam bagai pendeta yang khusuk beribadat di hadapan Allah. Di waktu siang

laksana singa yang lapar,maju kehadapan menyerang musuh dengan tidak mengebnal erti takut atau

mundur.

4.6. GEMPA BUMI YANG AKAN MENELAN TENTERA AS SUFYANI

Sebaik sahaja mendengar pembai’atan Imam Mahdi di Makkah, seorang penguasa zalim di Syria yang

dikenali sebagai “As Sufyani” akan bergegas menghantar tenteranya ke Makkah untuk menumpaskan

angkatan tentera Imam Mahdi.

Apabila tentera ini sampai ke suatu tempat yang bernama ‘’Al-Baida’’,iaitu suatu tempat yang

berhampiran dengan kota Madinah Al Munawarrah,tentera ini akan ditelanoleh bumi. Tiada seorang

juga pun di antara mereka yang selamat kecuali dua orang sahaja. Seorang daripada mereka akan

kembali ke Syria membawa berita sedih nahas tentera itu kepada As Sufyani dan satu orang lagi akan

pergi ke Makkah membawa berita gembira kepada Imm Al Mahdi.

4.7. IMAM AL MAHDI MENGUMPULKAN KEKUATAN TENTERANYA

Setelah itu Imam Al Mahdi berangkat ke Baitul Maqdis untuk mengumpulkan kekuatan tenteranya.

Pemuda Bani Tamim yang bernama Syuaib Bin Shaleh telah berjaya mengumpulkan tentera yang sangat

besar bilangannya yang kebanyakan adalah berasal dari arah Timur (Khurasan) dan seterusnya Imam

Mahdi memilih Baitul Maqdis sebagai kem tenteranya,sementara Pemuda Bani Tamim itu merupakan

ketua turus angkatan tenteranya dan yang memegang panji-panjinya.

4.8. PETEMPURAN ANTARA TENTERA IMAM AL MAHDI DENGAN AS SUFYANI

Setelah Al Mahdi mengumpulkan kekuatannya,ia terus memulakan operasinya dengan menyerang As

Sufyani yang sangat zalim itu. Maka dengan terjadilah satu petempuran yang sangat sengit antara

tentera pimpinan Al Mahdi dengan tentera pimpinan As Sufyani di suatu lembah yang berhampiran

dengan Baitul Maqdis,di mana pertempuran ini berakhir dengan kekalahan dipihak tentera As Sufyani

dan akhirnya As Sufyani sendiri dapat ditangkap dan dibunuh di dekat sebuah gereja di “Thor Zaita”

dekat dengan Masjid Al Aqsha. Maka dengan itu Imam Al Mahdi telah menguasai kebanyakan Negara di

Asia Barat.

4.9. MENUNDUKKAN INDIA

Setelah itu Imam Al Mahdi menghantar tenteranya ke India dan dalam masa yang singkat India akan

ditaklukkan. Lalu ditawanlah Raja-Raja Hindu dan digari tangan mereka untuk diserahkan kepada Imam

Al Mahdi. Begitu pula dengan khazanah Indiayang akan dipindahkan di Jerussalam.

4.10. BERITA PENCEROBOHAN BANGSA ROM (EROPAH TIMUR) DI KAWASAN A’MAQ ATAU DABIQ

Tidak lama setelah itu sampailah berita bahawa bangsa Rom telah memceroboh masuk ke kawasan

A’maq arau Dabiq iaitu satu kawasan berhampiran Bandar Halb (Aleppo) Utara Syria di dekat sempadan

Turki. Mendengar berita ini Imam Al Mahdi terus berangkat bersama-sama dengan tenteranya untuk

menangkis pncerobohan tersebut dan akhirnya beliau berjaya memukul mundur tentera Rom itu

sehingga mereka lari pulang ke negeri mereka (Eropah).

4.11 PEMBUKAAN QUSTANTINIAH AGUNG

Tentera Imam Al Mahdi bukan hanya sekadar berjya memukul mundur tentera Rom tetapi akhirnya

brjaya menaklukkan Bandar Qustantiniah Agung dan menguasai Bandar itu dengan separuh

kekuasaan,lalu beliau membahagi-bahagikan harta rampasannya di kalangan kaum muslimin. Ketika

Imam Al Mahdi sibuk membahagikan harta rampasan ini terdengarlah satu teriakan yang sangat kuat

sekali yang hampir didengari oleh keseluruhan tenteranya. Suara itu mengatakan : “Lekaslah kamu

pulang! Dajjal telah bermaharajalela di negeri kamu”. Suara ini sebenarnya suara syaitan. Ini tidak benar.

Walaubagaimanapun juga tentera Imam Al Mahdi tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya,lalu

mereka bergegas pula ke Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya. Mereka cepat-cepat pulang dan tidak

mempedulikan lagi harta rampasan yang ada pada tangan mereka. Apabila mereka sampai di negeri

masing-masing barulah mereka sedar bahawa berita kemunculan Dajjal itu adalah berita bohong yang

datang daripada syaitan. Selepas kepulangan tentera Imam Al Mahdi ini bangsa Rom mengambil semula

negeri mereka yang telah ditinggalkan oleh tentera Iman Mahdi dan mereka membunuh dan menyeksa

saki baki tentera Imam Mahdi yang masih belum sempat pulang lagi sehingga tidak tinggal seorang juga

pun orang Islam di tanah bangsa Rom itu. Tentera yang tertipu pulang tadi menjadi kesal. Lalu mereka

membuat keputusan untuk menyerang Rom kali yang kedua. Maka dengan semangat yang membara

dan keimanan yang teguh mereka kembali mengepung Bandar Qustantiah. Maka di pagi hari yang ketiga

mereka beramai-ramai melaungkan takbir “Allahu Akbar”,lalu runtuhlah satu penjuru pertahanan

musuh yang membuat mereka menjadi panic dan lari lintang pukang. Dengan itu Bandar Qustantiah

dapat direbut kembali dan tentera Imam Al Mahdi akan mendapat harta rampasan yang lebih banyak

lagi dari pusingan pertama dahulu. Sehinggakan khazanah Masjidil Aqsa yang pernah dicuri oleh bangsa

Rom akan diambil kembali oleh Imam Al Mahdi dan akan diletakkan semula di Masjidil Aqsha ,pusat

pemerintahan Al Mahdi.

Di zaman pemerintahan Imam Mahdi ini akan wujud keberkatan dan nikmat yang luas dari Allah swt

sebagai ganjaran keadilan pemimpin. Ketika itu bumi akan mengeluarkqan buah-buahan dan biji-bijian

dan juga segala galiannya. Umat Islam akan hidup dalam keadaan aman dan makmur,harta benda

melimpah ruah,pemerintah adil,harta kekayaan diagihkan-agihkan dengan penuh keadilan dan sama

rata.

Mengikut Imam Al Barzanji di dalam Al Isya’ah muka surat 91 dan muka surat 107,adalah besar

kemungkinan zaman keadilan dan kemakmuran ini setelah ia akan berlaku setelah turunnya Nabi Isa a.s

dan setelah beliau membunuh Dajjal dan selepas kematian bangsa Yakjuj dan Makjuj. Jadi sifat-sifat

keadilan dan kemakmuran yang disebutkan akan berlaku di zaman Nabi Isa a.s ialah ketika Nabi Isa dan

Imam Mahdi hidup di zaman yang sama iaitu selepas pembunuhan Dajjal dan musnahnya bangsa Yakjuj

dan Makjuj. Setelah berlalu tujuh,lapan atau sembilan tahun kemakmuran ini,dunia Islam sekali lagi

akan dilanda ujian besar bahkan ujian yang terbesar sekali dalam sejarah dunia sejak Nabi Adam a.s

sampai hari kiamat,iaitulah munculnya Dajjal yang akan membuat kerosakan dan kekufuran di atas

muka bumi ini.

1. DAJJAL MEMBAWA FITNAH

Ujian Allah swt menerusi makhluknya yang bernama Dajjal ini adalah sebesar-besar ujian yang

ditimpakan kepada umat manusia yang beriman. Tidak ada ujian lain yang menyamainya apakah lagi

melebihinya. Dalam hal ini Baginda Rasulullah saw. ada bersabda:

Ertinya:

‘’ Sejak Allah swt menciptakan Nabi Adam a.s sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujian pun yang

lebih dashyat daripada Dajjal”.

H.R Muslim

Oleh kerana itu kesemua nabi-nabi a.s mengingatkan kaumnya dari ujian Dajjal ini. Rasulullah saw ada

bersabda:

Ertinya :

‘’ sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia diciptakan zuriat Nabi

Adam a.s (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya

Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu telah mengingat kaumnya akan ujian Dajjal

ini: Saya (Rasulullah) adalah nabi terakhir sekali dan kamu adalah juga umat yang terakhir sekali maka

sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman kamu (kerana telah terbukti sampai ke zaman Nabi

saw,bahawa Dajjal belum lagi keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih di kalangan kamu maka

akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jikalau ia keluar selepas

kematianku maka kamu semua bertanggungjawab untuk melawannya dan Allah swt sebagai penolong

kamu sekalian.”

H.R Ibnu Majah

Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan seseorang. Oleh kerana itu janganlah

ada di kalangan umat Islam ini yang berkata : “ Saya tak apa, Saya dapat melawan Dajjal”. Jangan, sekali-

kali ia berkata demikian. Jangan ada orang yang berani berkata sedemikian,kerana sangat sedikit orang

yang dapat mempertahankan keimanannya ketika berhadapan dengan Dajjal. Oleh kerana itu Rasulullah

saw telah menagajarkan kita supaya berlindung dengan Allah swt dari godaan Dajjal,seperti yang

diajarkan oleh Baginda dalam tahiyyat akhir yang sunat doa itu kit abaca setiap kali kita sembahyang. Ini

menunjukkan kepada kita betapa besarnya fitnah Dajjal tersebut.

Doa itu ialah:

Ertinya:

“Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada seksa api neraka jahanam dan dari seksa kubur dan

dari ujian dalam kehidupan dan ujian setelah mati dan juga aku berlindung dengan Engkau daripada

kejahatan fitnah Al Masih Dajjal”.

H.R Muslim

Doa yang diajarkan oleh Nabi saw ini juga membawa erti peringatan terhadap umatnya supaya mereka

berhati-hati kalau bertemu dengan Dajjal dan supaya mereka memahami besarnya ujian Dajjal tersebut

sehingga perlu ke semua umat untuk sentiasa meminta perlindungan dengan Allah pada setiap kali

sembahyang. Jadi kita mesti mengingati bahayanya supaya kita selamat daripadanya kerana menurut

Iman Al Barzanji dalam kitabnya yang bernama “Al Isya’ah” bahawa di antara tanda dekatnya masa

kemunculan Dajjal itu ialah apabila umat Islam sudah melupakan mengingati bahayanya.

2. MASYARAKAT YANG MENYUNSUNG KEDATANGAN DAJJAL.

Seperti apa yang nantinya akan kita sebutkan secara terperinci bahawa di antara ujian yang dibawa oleh

Dajjal itu ialah ada bersama-sama dengannya itu seumpama syurga dan neraka dan dia mengatakan

dirinya sebagai tuhan lalu ia memerintahkan awan untuk menghujani kawasan orang-orang yang

menyokongny dan menahan awan dari menghujani kawasan orang-orang yang tidak mahu mengikuti

ajarannya. Maka orang yang menyokongnya berada dalam kemakmuran dan kebahagian dan orang-

orang yang menentangnya akan hidup dalam penderitaan. Padahal hakikatnya,apa yang dikatakan

syurga itu sebenarnya adalah neraka itu sebenarnya syurga. Ini bererti Dajjal telah Berjaya merubah

pandangan masyarakat sehingga amalan taat itu dikira sebagai kebodohan manakala amalan maksiat itu

dianggap sebagai tanda kecerdikan dan keceriaan pemikiran.

Apabila kita hendak membandingkan ajaran Dajjal yang sesat ini dengan realiti fikiran masyarakat kita

hari ini,kita akan mendapati bahawa pemikiran Dajjal telah mulai terserap dalam pemikiran masyarakat.

Yang lebih menyedihkan lagi,pemikiran yang seperti ini kian hari kian bertambah teruk. Inilah yang kita

maksudkan dengan istilah “masyarakat yang menyungsung kedatangan Dajjal”. Sehingga nantinya

apabila Dajjal muncul,masyarakat kita memang akan menerima pemikiran Dajjal yang sesat itu,bahkan

di sesetengah masyarakat dirasakan kemunculan Dajjal ini memang sesuatu perkara yang sangat

ditunggu-tunggu dan Dajjal itu sendiri dianggap sebagai tokoh terkini (up to date) yang diharapkan akan

menyelamatkan masyarakat. Dalam hal ini kita mahu mengemukakan satu contoh pemikiran masyarakat

kita. Misalnya pandangan masyarakat terhadap ilmu agama yang diistilahkan oleh para ulama sebagai

“ilmu Fardhu Ain” iaitu ilmu yang wajib dituntut oleh setiap orang yang Mukallaf (yang berakal dan

sudah baligh). Katalah misalnya mengetahui syarat-syarat dan rukun-rukun sembahyang seseorang

belum dianggap sah apabila hal ini belum diketahuinya.

Realiti masyarakat kita jelas menunjukkan bilangan yang begitu besar dari lapisan masyarakat yang

belum mempelajari ilmu ini dengan baik,walaupun hanya ke kadar minimanya,iaitu sampai dapat

dikatakan sembahyang kita itu sah oleh para ulama. Apa yang jelas masih banyak anak remaja kita

belum tahu cara sembahyang yang sah. Mereka belum dapat membaca Surah Al Fatihah dengan

baik,tetapi mereka sudah dapat mengetahui ilmu-ilmu yang lain. Mengkin dalam Matematik ia

cemerlang,Sains baik, Kemahiran Hidup memuaskan dan seterusnya. Manakala ibu bapa pula merasa

tidak bertanggungjawab tehadap anak-anak mereka. Mereka hanya gelisah kalau melihat anak-anak

mereka tidak berjaya peperiksaan Matematik, Sains, Geografi dan seumpamanya,tetapi mereka tidak

merasa gelisah kerana anak-anak mereka belum pandai membaca Al Quran atau belum dapat

melakukan sembahyang dengan baik,sedangkan kita telah pun mengetahui bersama bahawa

sembahyang itu tiang agama yang menentukan tegak atau runtuhnya agama seseorang. Jadi masyarakat

kita banyak yang telah melupakan ajaran agama dan nampaknya keadaan yang seperti ini bertambah

teruk dari hari ke hari. Sehingga apabila sampai di kemuncaknya,maka ketika itulah Dajjal akan muncul

dan masyarakat akan mengalu-galukan kedatangannya. Dalam hal ini Huzaifah Bin Usaid ra. Seorang

sahabat pernah berkata:

Ertinya:

“Sesungguhnya seandainya Dajjal itu muncul pada zaman kamu (zaman Tabien ra) nescaya budak-

budak akan melemparnya dengan batu,tetapi ia akan muncul disaat bilangan umat Islam yang benar-

benar kuat beragama itu hanya sedikit dan pengetahuan agama pun sangat sedikit dan orang ketika itu

hidup dengan tidak mempedulikan nasib saudaranya yang seagama”.

H.R Al Hakim

Mudah-mudahan Allah swt melindungi kita dan keturunan kita dari fitnah Dajjal ini. Amin Yarabbal

Alamin.

3. ASAL USUL KELUARGANYA

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan jin atau apa jua makhluk lain selain ia

sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yang diangkat

oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya akan turun semula

ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga

halnya dengan Iblis yang ditangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.

Ayahnya adalah seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya

pula seorang perempuan yang gemuk dan banyak dagingnya. Kedua payu daranya besar. Menurut Imam

Al Barzanji ada pendapat yang mengatakan yang mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah

seorang dari dukun Yahudi yang dikenali dengan “Syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa jin. Ia

hidup di zaman manakala ibunya adalah dari bangsa jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman dan

mempunyai hubungan dengan makhluk-makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap

dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimana juga pun kelahiran dan kehidupannya di masa kecil

tidak diketahui dengan jelas. Namun sudah pasti ia adalah dari keturunan Yahudi. Begitu juga keadaan

kehidupannya sebelum ia dirantai di sebuah pulau yang merupakan “tempat transit” nya itu tidak dapat

diketahui dengan jelas.

Walaupun ada sesetengah penulis yang cuba mengaitkan kehidupan awal Dajjal ini dengan Musa Samiri

yang memfitnah umat Nabi Musa as untuk menyembah anak lembu. Namun pendapat ini tidak pernah

disebutkan oleh ahli-ahli tafsir. Ia merupakan pendapat yang tidak berasas,ataupun kalau ada

sandarannya maka hanya kepada manuskrip lama yang tidak diketahui siapa penulisnya dan

menggunakan bahasa yang sudah tidak dketahui maknanya. Ini tidak ubahnya seperti “Israiliyah” yang

disusupkan di celah-celah tafsir Al-Quran di zaman silam.

Masa Samiri memanglah seorang penjenayah besar tetapi ia bukan Dajjal. Kalau ia itu Dajjal sudah tentu

ia akan dilawan habis-habisan oleh Nabi Musa as. Kerana ke semua nabi-nabi telah mengingatkan

kaumnya akan fitnah Dajjal dan adalah dikira sebagai satu tafsiran seandainya Nabi Musa mengetahui

Musa Samiri itu sebagai Dajjal lalu ia membiarkannya begitu sahaja. Dan kalaulah Dajjal ini hanya akan

bertarung dengan Nabi Isa as. Dan nabi-nabi yang lain tidak akan dapat berbuat apa-apa

dengannya,maka hal ini bercanggah pula dengan sabdaan Rasulullah saw yang berbunyi:

Ertinya:

“…. Seandainya Dajjal keluar dan saya masih berada di kalangan kamu maka akulah (Rasulullah saw)

yang akan berhadapan dengannya bagi mewakili bagi setiap orang Islam.”

Dan Rasulullah saw juga akan menyebutkan:

Ertinya:

Dan Dajjal itu sudah pasti akan keluar di zaman kamu”.

H.R. ibnu Majah

Perkataan ini membawa erti yang Dajjal itu belum keluar membawa fitnah sehingga masa Rasulullah

saw. bersabda perkataan tersebut dan ia akan keluar selepas masa sabdaan Nabi saw. itu.

Dan seandainya kita mahu menerima cerita-cerita Israiliyah,maka yang boleh diterima ialah yang tidak

bercanggah dengan nas Al Quran atau hadis Rasulullah saw. Sedangkan apa yang disebutkan oleh

manuskrip lama ini adalah bercanggah dengan nas yang ‘sharih” atau nyata daripada hadis Rasulullah

saw. seperti apa yang telah kita sebutkan sebentar tadi.

4. SIFAT-SIFAT BADANNYA.

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah saw. di antaranya

ialah:

Seorang yang kelihatan masih muda ( ). Berbadan besar dan agak kemerah-merahan. Rambutnya

kerinting dan tebal ( ). Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.

Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua:

Pertama: buta matanya yang kanan dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut,manakala matanya

yang kiri pula tertonjol keluar kehijau-hijauan yang berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua

matanya adalah cacat.

Kedua: tertulis di dahinya tulisan كافر‎ ertinya: Kafir. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang islam,sama

ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At Thahbrani kedua-dua tanda ini,baru ada dalam diri Dajjal setelah ia mengaku

sebagai Tuhan. Adapun sebelum ini maka kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

5. TEMPAT TINGGALNYA SEKARANG

Menurut riwayat yang shahih yang disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim” bahawa Dajjal itu sudah

wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang

bernama “Al-Jassasah”. Marilah kita ikut hadis yang menerangkan keadaan ini.

Ertinya:

Daripada Fatimah Binti Qais ra. Berkata: “Tatkala sudah habis eddahku,aku mendengar suara pemanggil

yang ditugaskan oleh Rasulullah saw. untuk memanggil orang ramai dengan seruan “As Shalata Jamiah”.

( Ertinya : Marilah berkumpul untuk mengerjakan sembahyang), lalu akupun pergi ke masjid dan aku

sembahyang bersama dengan Rasulullah saw. dan aku berada di saf para wanita dan aku dudk

berhampiran dengan bahagian belakang para makmum lelaki. Sebaik sahaja selesai Rasulullah saw

bersembahyang. Baginda terus naik ke atas mimbar sambil tertawa dan seraya berkata : “Hendaklah

masing-masing kamu duduk di tempat sembahyangnya.

Kemudian Baginda bersabda pula : “Tahukah kamu kenapa kamu semua aku kumpulkan”. Sahabat

menjawab: “Allah dan rasulnya lebih mengetahui”. Lalu Baginda bersabda “ Sesungguhnya demi Allah

aku tidak menghimpunkan kamu kerana mengharap sesuatu aau takut dari sesuatu tetapi aku

menghimpunkan kamu kerana Tamin Ad Dari adalah berasal dari seorang Kristian lalu ia datang

menemui aku dan menyatakan keislamannya dan telah berjanji setia untuk taat kepadaku dan beliau

juga telah bercerita kepadaku akan suatu cerita yang sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan

kepada kamu berkenaan dengan “Al Masih Ad Dajjal”.

Beliau bercerita kepadaku bahawasanya beliau pada masa dahulu pernah mengharungi lautan bersama-

sama dengan 30 orang lelaki dari kabilah Lakhm dan Juzdam,lalu mereka diopukul oelh gelombang yang

besar selama satu bulan sehingga akhirnya mereka sampai ke suatu pulau yang ada di tengah-tengah

lautan yang merupakan tempat tenggelamnya matahari. Apabila telah sampai di situ mereka pun

menaiki sampan kecil yang mereka gunakan untuk berlabuh di pulau itu. Sebaik sahaja mereka masuk

dalam pulau itu mereka sangat terkejut apabila bertemu dengan seekor binatang yang berbulu kasar

dan tebal. Binatang ini tidak dapat diketahui jantinanya kerana tidak dapat dikesan di sebelah mana

duburnya dan di sebelah mana kemaluannya disebabkan bulunya yang terlalu tebal. Lalu mereka

bertanya kepada binatang ini,Siapa kamu? Binatang itu menjawab: “Akulah Jassasah” (tukang intip

rahsia). Mereka bertanya lagi : Apa itu Jassasah ? binatang itu menjawab pula : “Tak usah panjang cerita

dan hendaklah kamu pergi menemui seorang lelaki yang berada di tempat pertapaan ini kerana ia

sangat rindu mendengar berita dari kamu”

Apabila bintang ini menyebutkan di dalam pertapaan itu ada seorang lelaki,kami menjadi takut

daripadanya kerana boleh jadi ia adalah syaitan betina. Seterusnya kami pun cepat-cepat masuk ke

dalam pertapaan itu,tiba-tiba kami menjumpai di dalamnya sebesar-besar manusia yang pernah kami

lihat yang dirantai dengan sekuat-kuatnya. Kedua tangannya dibelenggukan ke lehernya. Kakinya

dirantai dengan besi dari kedua lututnya sampai ke kedua buku lalinya. Kemudian lalu kami bertanya

kepadanya : Siapa engkau? Ia menjawab “Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku ini (jadi aku tak

perlu lagi menceritakannya) bahkan kamu ini siapa? Kami menjawab : “Kami adalah dari bangsa Arab.

Kami telah pergi belayar dan secara kebetulan laut sedang bergelora lalu perahu kami dipukul ombak

yang besar selama satu bulan dan akhirnya kami tersangkut di pulau kamu ini. Lalu kami menaiki

sampan-sampan kecil dan kami pun dapat memijakkan kaki di pulau ini. Kami sangat terkejut apabila

kami ditemui oleh seekor binatang yang berbulu tebal yang tidak dapat diketahui kemaluannya dari

duburnya disebabkan bulunya yang terlalu tebal itu. Apabila kami bertanya kepadanya,Siapa engkau? Ia

menjawab : “Aku adalah Jassasah (mata-mata)”. Kami bertanya lagi : Mata-mata apa itu? Ia menjawab :

‘’Sudahlah,pergilah kamu menemui seorang lelaki yang ada di dalm pertapaan ini kerana ia sangat

merindukan berita daripada kamu”. Mendengar perkataannya tadi kami merasa takut daripadanya dan

kami pun segera datang menemui engkau. Kami tidak tahu apakah ia itu seorang syaitan betina”.

Setelah mendengar perkataan kami tadi,lelaki yang dirantai itu lalu bertanya : “Cuba ceritakan kepadaku

bagaimanakah kebunn kurma di Baisan? Kami menjawab: Dari sudut apa yang mahu kau tanyakan?

Lelaki itu berkata : Aku bertanya apakah ia masih berbuah? Kami menjawab : Ya! Ia masih berbuah lagi”.

Lelaki itu bertanya pula : bagaimana pula tentang tasik Tharbariah? Kami menjawab : Tentang hal

apakah yang kamu tanyakan? Ia berkata lagi : Apakah masih ada airnya? Kami menjawab : Airnya masih

banyak. Lalu ia berkata : “Sesungguhnya tak lama lagi ia akan kering”. Kemudian ia bertanya lagi

bagaimana pula dengan mata air Zughar? Kami menjawab : Tentang keadaannya yang mana pula kamu

tanyakan? Ia berkata lagi : Apakah masih ada airnya dan penduduk di sekelilingnya masih mengunakan

mata air itu untuk tanaman mereka? Kami menjawab : “Ya! Airnya masih banyak dan penghuni yang

berada di sekelilingnya masih mengunakan mata airnya untuk tanaman mereka”. Kemudian ia bertanya

lagi : Bagaimanakah nabi orang-orang ummiyin (maksudnya Nabi orang-orang Arab,iaitu Nabi

Muhammad saw.) Apakah yang dikerjakannya? Kami menjawab : Ia telah lahir ke Makkah dan telah

berhijrah ke Negeri Yatsrib (Madinah). Ia bertanya pula : Apakah orang-orang Arab memeranginya. Ia

bertanya lagi : “Terus bagaimana perlakuannya terhadap mereka”. Kami menjawab : Ia telah banyak

memperolehi kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang ada di

sekelilingnya telah mengikutnya”. Ia bertanya pula: Sungguhkah itu terjadi? Kami menjawab : Ya!

Sungguh itu telah terjadi. Ia berkata pula: “ Kalau mereka mengikutinya,maka itulah yang lebih baik.

Maka sekarang ini saya mahu mengkhabarkan kepada kamu,siapa sebenarnya saya. Saya adalah “Al

Masih Ad Dajjal”. Rasanya sudah hampir diizinkan aku akan keluar. Bila aku keluar aku akan berjalan ke

serata permukaan bumi sehingga tiada ada sebuah kampung juga pun kecuali akan aku datangi,iaitu

dalam tempoh empat puluh hari,selain dari Makkah dan Thaibah maka aku ditegah dari memasuki

kedua-duanya ini. Bila aku cuba hendak masuk yang mana satu Bandar antara dua Bandar ini,aku akan

dihadang oleh para Malaikat dengan pedang yang hunus. Mereka mengawal kedua-dua Bandar itu

daripadaku dan sesungguhnya pada setiap bahagiannya ada Malaikat yang menjaganya.

Berkata Fatimah Binti Qais (perawi hadis ini) : Lalu Rasulullah saw. menghentak mimbarnya dengan

tongkat yang ada di tangannya lalu bersabda : Inilah Thaibah, inilah Thaibah, inilah Thaibah yakni

Madinah. (Wahai para sahabatku)! Bukankah telah aku persampaikan berita ini kepada kamu? Sahut

sahabat : Ya! Wahai Rasulullah! Lalu Nabi saw. menambah lagi “Sesungguhnya aku sangat tertarik

dengan cerita Tamim Ad Dari ini oleh kerana ia sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepadamu

sekalian terutamanya tentang keistimewaan Makkah dan Madinah. Perhatian! Dajjal itu sebenarnya

berada di Laut Syam atau di Laut Yaman. Sesungguhnya ia berada di arah Timur. Sesungguhnya ia

berada di arah Timur. Sesungguhnya ia berada di arah Timur, sambil Baginda mengistiharkan dengan

tangannya kearah Timur. Kata Fatimah : Maka itulah yang aku hafal daripada Rasulullah saw. daripada

hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah

swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur

bukan di Barat.

6. DIMANAKAH AKAN MULA MUNCUL

Ulama telah sepakat mengatakan bahawa Dajjal akan muncul dari arah Timur. Ada yang mengatakan

dari Khurasan dan ada yang mengatakan dari Aspahan dan pula riwayat yang menyebutkan dari suatu

tempat antara Iraq dan Syria.

Walau bagaimanapun riwayat-riwayat ini sebenarnya tidak bertentangan,kerana boleh jadi mulanya ia

keluar dari Khurasan kemudian lalu mendapat sokongan dari Yahudi Ashrahan yang berjumlah tujuh

puluh ribu orang itu,kemudian cabarannya terhadap kaum Muslim bermula ketika ia berada di antara

Iraq dan Syria. Ada juga riwayat yng mengatakan bahawa Dajjal ini pada masa mula muncul di

masyarakat kelihatannya seperti seseorang yang kuat beriman kepada Allah,lalu ia mempunyai banyak

dan pendukung. Setelah ia merasa kuat dan peminat bertambah banyak. Ia mula mengaku dirinya

sebagai seorang Nabi. Maka ketika itu ia akan ditinggalkan oleh orang-orang yang mempunyai kesedaran

dan kefahaman yang bernarbterhadap agama. Kemudian setelah berlalu beberapa masa,ia mengkau

sebagai Tuhan. Maka pada ketika itulah matanya akan buta sebelah dan akan dituliskan di antara dua

matanya perkatan kafir ertinya kafir. Yang tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap orang yang beriman.

Setelah kejadian ini baru ia mulai membuat kerosakan dan kekufuran yang tiada ada pernah dibuat

seumpamanya dalam sepanjang sejarah dunia ini.

7. BERAPA LAMA IA AKAN HIDUP SETELAH KEMUNCULANNYA?

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,selama empat puluh hari sahaja.

Namun begitu,hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan

hari ketiga sama dengan satu minggu dan hari-harinya yang baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi

keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam hadis

riwayat Muslim ada disebutkan:

Ertinya:

Kami bertanya : Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw.

menjawab : Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari

berikutnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu. Kemudian hari-hari yang masih tinggal

lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari-hari kamu yang biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! di hari yang seperti setahun itu,apakah cukup bagi kami

hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja) Nabi saw. menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti

mengira hari itu dan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang”.

H.R Muslim

Maksud Sabdaan Rasulullah saw ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan

mengikut perjalanan matahari seperti yang biasanya kita lakukan. Jadi kalau misalnya sudah berlalu

tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor maka

hendaklah kita sembahyang Zohor. Dan apabila telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam

setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar,maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya

sembahyang Maghrib,Isyak dan Subuh dan seterusnya sehingga habis hari yang panjang itu sama

panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyangnya pada sehari itu sebanyak bilangan

sembahyang setahun yang kita lakukan.

Begitu pula hari yang kedua di mana panjangnya sama dengan sebulan dan pada hari yang ketiga yang

mana panjangnya sama dengan satu minggu. Pada hari-hari ini sembahyang juga ditakdirkan seperti

contoh yang telah kami sebutkan tadi.

8. MACAM-MACAM FITNAH DAJJAL

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji ummat ini. Oleh kerana itu,Allah memberikan

kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ini ialah:

8.1 - SEGALA KESENANGAN HIDUP AKAN ADA BERSAMA DENGANNYA. BENDA-BENDA BEKU AKAN

MEMATUHINYA.

Sebelum kemunculan Dajjal,dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah swt dengan kemarau panjang

selama tiga tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada

tahun kedua akan kurang duapertiga dari biasa dan pada tahun yang ketiga hujan terus tidak turun.

Umat ketika itu dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itulah Dajjal akan muncul membawa ujian.

Maka daerah mana yang percaya bahawa Dajjal itu Tuhan,ia akan berkata kepada awan : Hujanlah kamu

di daerah! Lalu hujan pun akan turun dan bumipun menjadi subur manakala penduduk yang tidak mahu

percaya dengan Dajjal,mereka akan tetap berada dalam kebuluran walaupun sawah lading mereka

berhampiran dengan sawah lading yang subur yang dimiliki oleh orang-orang yang percaya dengan

ketuhanan Dajjal. Begitu pula halnya dengan keadaan binatang,ekonomi,perdagangan dan segala

sumber kehidupan. Semuanya kan menjadi makmur,stabil meningkat dan maju bagi orang-orangg yang

percaya dengan Dajjal. Sebaliknya bagi mereka yang tidak mahu mengikutinya,mereka akan terus hidup

dala kekeringan,kemunduran dan kemerosotan. Dalam hal ini ada disebutkan hadis Rasulullah saw yang

berbunyi :

Ertinya:

“…..Lalu Dajjal datang kepada suatu kaum dan mengajak mereka supaya beriman dengan ketuhannya.

Apabila menerima seruannya,ia akan menyuruh awan menghujani mereka maka tanahpun akan subur

dan menumbuhkan bermacam-macam tanaman dan binatang ternak mereka juga menjadi gemuk dan

penuh berisi susunya. Manakala kaum lain yang tidak mahu mengikutinya dan tidak mempercayainya

sebagai tuhan mereka akan tetap berada dalam kesengsaraan. Hujan tidak turun di kawasan mereka.

Tanah mereka terus menjadi kering kotang. Tiada ada apa tanaman atau binatang ternak yang dapat

dihasilkan. Dan apabila Dajjal melalui mana-mana kawasan atau bandar yang telah roboh dan hancur

lalu ia berkata : “Keluarkan segala isi perutmu”. Maka akan keluarlah segala simpanan dan tambang

yang berharga yang ada di bawah tanah itu dengan segera mengikutinya seperti rakyat lebah yang

terbang mengikuti ke mana ketuanya terbang. Dan ada pula diriwayatkan bahawa penyokong Dajjal

akan memiliki bergunung roti (makanan) sedangkan orang-orang yang tidak percaya dengannya berada

dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini sahabat bertanya kepada Rasulullah saw:

“Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam pada hari itu wahai Rasulullah?

Nabi menjawab:

“ Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir,bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu

mengantikan makanan”.

H.R Ibnu Majah

8.2- ADA BERSAMANYA SEUMPAMANYA SYURGA DAN NERAKA.

Di antara ujian Dajjal ialah ada kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga

sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam

kerana hakikat yang sebenar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Sabda Rasulullah saw:

Ertinya:

Daripada Hudzaifah bin Yaman ra,berkata, telah bersabda Rasulullah saw: Dajjal musuh Allah itu akan

muncul bersama tenteranya yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan bangsa-bangsa lain. Dan ada

bersama dengannya Syurga dan Neraka dan orang-orang yang akan dibunuhnya kemudian akan

dihidupkan semula dan juga ada bersamanya segunung dari Tharid ( roti yang bercampur dengan kuah

daging) dan sungai air tawar.

Sesungguhnya aku akan mensifatkannya kepda kamu : “Dajjal itu buta matanya (yang kanan) dan

dituliskan di dahinya perkataan “kafir” yang dapat dibaca oleh setiap orang yang beriman samada ia

pandai membaca atau tidak. Maka apa yang dikatakannya Syurga itu sebenarnya Neraka,dan apa yang

dikatakan Neraka itu adalah Syurga”.

H.R. Nu’aim bin Hammad

Dalam riwayat lain ada disebutkan:

Ertinya:

Sesungguhnya bersama dengan Dajjal itu ada air dan api. Maka apa yang dilihat orang api itu

sebenarnya adalah air yang sejuk dan apa yang dilihat orang air itu sebenarnyaa adalah api yang

membakar. Maka sesiapa di antara kamu yang berjumpa dengan keadaan itu,maka hendaklah ia

melemparkan dirinya ke dalam kawasan yang dikatakannya api neraka itu kerana sebenarnya ia adalah

air yang sejuk lagi sedap.

H.R. Bukhari Muslim

8.3 –KECEPATAN PERJALANANNYA DAN NEGERI-NEGERI YANG TIDAK DAPAT DIMASUKINYA.

Ertinya:

“…… Kami bertanya : Wahai Rasulullah! Bagaimana kecepatan perjalananannya di atas muka bumi ini?

Nabi saw. menjawab: “Kecepatan perjalanannya adalah seperti kecepatan “Al Ghaist” (hujan atau awan)

yang dipukul oleh angin yang kencang”.

H.R. Muslim

Kecepatan yang seperti ini tidak ada pada kenderaan orang-orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah

kita mengatakan kecepatan itu seperti kecepatan jet-jet tempur yang digunakan tentera udara dalam

peperangan atau lebih cepat lagi dari itu sehingga beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu

jam,apakan lagi kalau merujuk pada hadis di bawah ini:

Ertinya:

“….. Lalu Dajjal akan mendatangi setiap tempat sumber air (maksudnya mendatangi setiap kampung)

dan dilipat baginya bani ini laksana lipatan kulit kambing kibas”

H.R. Al Hakim

Maksud hadis ini,Dajjal akan berjalan di atas muka bumi in dengan cepat sekali sehingga masa yang

singkat ia telah dapat menjelajah dunia dan penghuni dunia akan segera mengikutinya. Dan dengan

perjalanan yang cepat ini juga Dajjal akan terlepas dari pengamatan orang yang hendak meneliti

kekurangannya,sehingga orang ramai akan tertipu dengan muslihatnya dan tidak berkesempatan

memperhatikan matanya itu.

Namun demikian Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci ummat Islam,iaitu Makkah Al

Mukarammah dan Madinah Al Munawarrah. Maka penghuni kedua-dua Bandar ini akan selamat dari

gangguan Dajjal. Sabda Rasulullah saw:

Ertinya:

Sesungguhnya tidak ada sebuah negeri jugapun yang di atas muka bumi ini kecuali akan dijelajahi oleh

Dajjal dan ia akan menguasai negeri-negeri tersebut kecuali Makkah dan Madinah. Maka Dajjal tidak

melalui mana-mana jalan untuk masuk ke kedua Bandar ini kecuali di sana ada Malaikat yang

menjaganya dengan pedang yang terhunus. Maka Dajjal hanya boleh sampai ke kawasan yang berbatu

merah di dekat persimpangan “Sabikhah”. Lalu bergegarlah Kota Madinah tiga kali gelaran maka tidak

ada seorang munafik lelaki dan perempuan kecuali ia akan keluar daripadanya. Maka Madinah itu sama

seperti tempat pembakar besi yang mengeluarkan karat daripadanya. Dan hari itu dinamakan sebagai

hari “Al Khalash” (hari penapisan)”.

8.4 – PERKATAAN MALAIKAT YANG DISALAH ERTIKAN

Ertinya:

“…… Bersama dengan Dajjal itu ada dua orang Malaikat yang menyerupai rupa dua orang nabi. Kalau nak

kusebutkan nama mereka tentu aku akan dapat menyebutkan namanya dan juga nama kedua ayah

mereka. Salah seorang dari malaikat ini berada di sebelah kanan Dajjal dan yang seorang lagi berada di

sebelah kirinya. Kehadiran mereka merupakan ujian dari Allah swt. Lalu Dajjal berkata kepada orang

ramai : “Bukankah aku ini tuhan kamu? Bukankah aku dapat menghidupkan dan mematikan? Lalu jawab

salah seorang malaikat tadi: “Bohong engkau”. Ucapan malaikat ini tidak dapat didengar oleh sesiapa

kecuali hanya oleh malaikat yang seorang lagi. Lalu malaikat yang mendengar ucapan sahabatnya ini

berkata menjawabnya: “Benar engkau”. Yang menjadi malangnya ialah ucapan Malaikat yang kedua ini

dapat didengar oleh semua orang. Lalu orang menyangka bahawa Malaikat itu menyokong perkataan

Dajjal dan inilah yang dikatakan fitnah (ujian).

H.R. Ahmad

Bukan main keliru yang akan terjadi yang berpunca dari salah erti kepada ucapan malaikat yang kedua

ini, sehingga ramai orang yang menjadi korban kekeliruan ini.

8.5- BANTUAN SYAITAN-SYAITAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKANNYA.

Syaitan-syaitan juga akan bertungkus lumus membantu untuk menjayakan program kesesatan Dajjal ini.

Bagi Syaitan inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam as. Hal ini ada

disebutkan dalam hadis.

Ertinya:

“…… Sesungguhnya di antara fitnah Dajjal itu bahawa ia datang kepada seorang Arab badwi (maksudnya

orang yang lemah iman dan tidak berilmu) lalu ia berkata kepadanya : “Apakah engkau akan percaya

kepadaku seandainya kuhidupkan semula ayah dan ibumu? Arab Badwi itu menjawab: Ya! Maka Dajjal

menyuruh kedua orang syaitan menjelma dihadapannya. Seorang di antara keduanya menyerupai

ayahnya dan seorang lagi ibunya. Lalu kedua-duanya berkata: “Wahai anakku! Dia adalah tuhanmu yang

sebenar. Maka ikutilah dia’’. Maka si anak tadipun lalu percaya dengan Dajjal”.

Dalam hadis lain ada disebutkan:

Ertinya:

“….. Lalu Allah swt mengerahkan kepada Dajjal syaitan-syaitan yang ada di Timur dan di Barat dan

merekapun datang berbondong ke hadapan Dajjal dan menunjukkan kesediaan mereka untuk mengikuti

apa jua perintahnya. Mereka berkata kepada Dajjal: “Gunakanlah kami untuk apa sahaja tujuanmu”.

Dajjal menyahut: Ya. Aku akan berbuat demikian. Maka perlah kamu kepada sekalian manusia dan

berusahalah supaya mereka meyakini bahawa aku adalah tuhan mereka. Khabarkanlah kepada mereka

bahawa aku telah membawa untuk mereka syurgaku (bagi orang-orang yang percaya kepadaku) dan

Nerakaku (bagi orang-orang yang mengingkari ketuhananku)

Kemudian syaitan-syaitan itupun bertebaranlah dimuka bumi dan masuk ke rumah-rumah orang dengan

bilangan yang sangat banyak,lebih dari seratus syaitan untuk sebuah rumah. Syaitan-syaitan itupun

menjelma dalam bentuk ayah tuan rumah itu (yang telah mati) dalam bentuk anaknya,saudara-

saudaranya,hamba-hambanya dan sahabat-sahabatnya. Mereka berkata kepada tuan rumah itu: “Wahai

fulan! Adakah kamu mengenali kami? Tuan rumah itu menjawab : Ya,saya kenal kamu semua. Ini

ayahku,ini ibuku,ini saudara perempuanku,ini saudara lelakiku”.

Tuan rumah itu berkata lagi: “Apa khabar kamu semua? Mereka menjawab: “Bahkan apa khabar

engkau. Cuba ceritakan kepada kami keadaan engkau”.

Tuan rumah itupun berkata lagi: “Apa khabar kamu semua? Mereka menjawab: “ Bahkan apa khabar

engkau. Cuba ceritakan kepada kami keadaan engkau”.

Tuan rumah itupun berkata: “Sesungguhnya telah diberitakan kepada kami bahawa musuh Allah yang

bernama Dajjal itu telah muncul (membuat kerosakan). Mereka menjawab : “Jangan engkau terburu-

buru berkata demikian. Jangan engkau berkata demikian. Dajjal itu sebenarnya tuhanmu yang dapat

membuat sesuatu keputusan terhadap nasibmu. Bersama dengannya ada Syurga dan ada Neraka dan

ada sungai-sungai dan ada banyak makanan. Sesungguhnya tiada makanan kecuali yang datang dari

sisinya,kecuali apa yang dikehendaki Allah”. Ketika itu tuan rumah tadi berkata “ Kamu semua

pembohong. Kamu adalah syaitan-syaitan dan Dajjal itu adalah pembohong besar. Sebenarnya

Rasulullah saw telah memberitahu kami akan keadaanya yang sebenar dan Baginda telah menyuruh

kami supaya menjaga anak-anak kami. Maka tiada kata aluan untuk kamu semua. Kamu adalah syaitan-

syaitan dan Dajjal itu adalah pembohong besar. Sebenarnya Rasulullah saw. telah memberitahu kami

dan keadaannya sebenar dan Baginda telah menyuruh kami supaya menjaga anak-anak kami. Maka

tiada kata aluan untuk kamu semua. Kamu adalah syaitan-syaitan. Dajjal itu musuh Allah. Dan sebentar

lagi Allah akan menurunkan Nabi Isa bin Maryam untuk membunuhnya”.

Kalau tuan rumah itu berkata demikian mereka akan surut dan diam lalu mereka segera pulang dengan

hampa tangan dan kehinaan.

H.R. Nuaim bin Hammad

Untunglah kalau pendirian tuan rumah seperti yang disebutkan dalam hadis yang kedua ini. Tetapi kalau

tuan rumah itu lemah imannya,sudah pasti ia kalah dengan godaan syaitan-syaitan itu seperti apa yang

telah disebutkan pula pada hadis yang pertama tadi.

9- CARA UNTUK SELAMAT DARI FITNAHNYA

Rasulullah saw. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yang perlu diikuti supaya kita dapat

selamat dari Dajjal ini. Cara-caraitu ialah:

Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta mempunyai beberapa

kelemahan yang ketara sekali. Di antaranya ialah buta mata sebelah kanan. Seandainya dia sebagai

tuhan sudah tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yang jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal

takut kalau ada orang yang sempat memperhatikan kekurangannya.oleh kerana itu apabila ia selesai

memfitnah orang disuatu tempat,ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti

keaibannya ini.

Kedua : Tertulis di dahinya “kafir” yang bererti ia adalah seorang kafir,di mana tulisan ini akan dapat

dibaca oleh setiap muslim,sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu

terpedaya dengan godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.

Ketiga : menghindarkan diri daripadanya,samada pergi ke Makkah atau Madinah atau duduk di rumah

dan jangan bergaul langsung dengan masyarakat yang telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia

menghalang golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakkannya pengikut Dajjal ini dari

kalangan orang jahil dan golongan perempuan seperti disebutkan dalam hadis.

Ertinya:

“Dan kebanyakkan yang mengikut Dajjal itu ialah dari golongan Arab Badwi (orang-orang yang jahil ilmu

agama) dan golongan perempuan,sehingga seorang lelaki memujuk ibunya,anaknya yang

perempuan,ibu saudaranya. Ia terpaksa mengikat mereka dengan tali supaya mereka jangan keluar

menemuinya”.

Al Isya’ah m/s 127

Jadi duduk didalam rumah dan tidak bergaul dengan orang yang telah terpengaruh dengan fikiran Dajjal

merupakan salah satu daripada jalan selamat. Dan tidak usah difikirkan darimana mendapatkan

makanan dan minuman kerana telah disebutkan sebelum ini, bahawa tasbih dan takbir di kala itu

berfungsi sebagai makanan dan minuman bagi orang-orang yang beriman.

Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yang terakhir) dari Surah Al Kahfi seperti apa yang

disebutkan dalam hadis Rasulullah saw:

Ertinya:

“…….. sesiapa yang hafal kesepuluh ayat dari awal Surah Al Kahfi ia akan terpelihara dari godaan Dajjal

dan dalam riwayat lain,siapa yang hafal sepuluh ayat yang terakhir daripadanya”.

H.R Muslim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha mengasihani.

1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad saw.) akan Al

Quran dan Dia tidak menjadikan padanya suatu yang bengkuk (terpesong).

2. (Bahkan keadaannya) tetap benar,untuk memberi amaran sekeras-kerasnya (kepada orang yang

ingkar) dari sisi Allah dan memberikan berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang

mengerjakan amal soleh bahawa mereka akan mendapat balasan yang baik.

3. Mereka tinggal tetap di dalamnya selama-lamanya.

4. Dan (Al-Quran itu) memberi amaran kepada orang yang berkata: “Allah mempunyai anak”.